Feb 18, 2015

Tempat Dating Menarik

Hehehe, lame betul tak update blog ni. Ye la, dulu single sebab tu blog ini sahaja tempat meluah kan perasan, eh perasaan. Sekarang dah berpunya, mestila kena selalu spend time bersama untuk mengenali each other.

Anyway, masa single dulu, memang malas nk explore tempat best utk makan or lepak2. Sekarang dah byk list tempat menarik yang kami lawati dan enjoy bersama. 

1. The Cabin @ Melawati

2. Mali's Corner @ Setapak

3. Tasik Ampang Hilir @ Ampang

4. Istana Bambu @ MRR2 Hulu Kelang

5. Cheese Nan Tarik @ Jalan TAR

6. Pakli Kopitiam @ Seksyen 7 Shah Alam

7. Kayu Nasi Kandar @ Ampang

8. Starbucks @ MRR2 PETRONAS menghala tol Gombak

9. Nasi Ayam Tat @ Sri Rampai Business Park

10. Shahrin Low @ Bukit Antarabangsa

11. The Cosy Place @ Wangsa Maju

12. Bora Ombak @ Ampang

13. Colmar Tropicale @ Bukit Tinggi

14. McDonald @ Highway Karak menuju ke bukit Tinggi

15. Meatball @ Ikea Damansara

16. Ayam Penyet Wong Solo @ Ampang

17. Dip & Dip @ The Curve Damansara

18. Nasi Lemak @ depan KWSP Wangsa Maju

19. Nasi Lemak Goreng @ Sekyen 3, Petaling Jaya old town

Waiting list

1. District 21 @ IOI City Mall

2. Texas Chicken @ Wangsawalk Mall

to be continue...

Nov 30, 2013

Selamat Tinggal Malaysia

Cukup 4 tahun aku bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat minyak dan gas terkemuka di Malaysia. Namun, seperti mat saleh cakap, "I cannot see my future". Aku melihat diri aku sendiri ke dalam cermin. Seribu satu persoalan.

Ke mana aku selepas ini? Ramai rakan lain sudah mula mengorak langkah untuk lebih maju. Dengan erti kata lain, meninggalkan syarikat sekarang dan mencari peluang pekerjaan yang mampu memberi gaji dua atau tiga kali ganda daripada sekarang.

Benar kata salah seorang senior. Kadang-kadang, kita bekerja ini disebabkan masih ada teman yang satu kepala gila dengan kita. Stress kerja langsung tak dirasai apabila ada teman yang mengajak buat aktiviti pelik-pelik selepas waktu office. Gila apa tiba-tiba ajak join marathon 10km. jogging 1 km pun dah nak mati. Satu minggu aku terkangkang-kangkang nak turun tangga penangan 10km.

Tapi akan sampai satu tahap yang seorang demi seorang akan pergi meninggalkan kita. Sunyi.

Secara serius, aku tak pernah mengimpikan kerja yang bergaji tinggi untuk memuaskan hawa nafsu perbelanjaan. Cukup sekadar untuk menampung makan dan tinggal di flat 2 bilik. Teringin aku meminta kerja sebagai pelayan di restoran, di mana peluang untuk berborak dengan pelanggan. Mengetahui masalah kehidupan seharian mereka. Mengenali lebih ramai kawan. Daripada terperap di depan komputer dan bersedia untuk menjawab segala pertanyaan dari bos besar

***


Bulan depan aku akan memulakan kehidupan baru di luar negara. Dengar kata di tempat itu, tiada elektrik di waktu malam disebabkan generator tutup untuk menjimatkan bahan api.

Gelap. Suram. Aku pasti terpesona dengan taburan bintang di langit malam di sana

Mar 4, 2013

Sebuah Kehidupan Baru

21 Feb 2013, Khamis

Group rakan sepermainan aku, seperti biasa akan berkumpul di gelanggang badminton bermula jam 4.30 petang selepas waktu kerja. Memang tiap-tiap minggu kami akan berbadminton sehingga ke Maghrib dan dinner beramai-ramai selepas solat Maghrib.

Antara dalam group kami, aku namakan dia sebagai N, cukup suka bermain badminton. Dan skill permainannya bukan seperti tipikal gaya seorang perempuan bermain. Above average, terbukti apabila berjaya membalas pukulan smash aku. Mungkin level permainannya melebihi aku, kerana aku suka main-main jer. Just to have fun

Hari ini genap 2 bulan aku mula menaruh minat terhadap N. Lama aku memendam rasa kerana aku sedar aku tak hensem, tapi agak macho (bak kata member aku la). Perasaan merendah diri itu sangat tebal, walaupun orang lain selalu cakap 'Go for it!'

Sedikit flashback...

Hampir 7 tahun selepas aku putus cinta dengan kekasih pertama aku. Mungkin kurang pengalaman sebelum ini dalam usaha untuk mengekalkan hubungan apabila ada masalah.
Status terakhir yang aku tahu dari FB, dia sudah berkahwin. Semoga bahagia ke anak cucu cicit.

Berbalik kepada N, kami mungkin sudah kenal lebih dari 2 tahun di tempat kerja, tapi mula rapat ketika kami bekerjasama ketika menguruskan Teambuilding company kami hujung tahun lepas. Tapi, ketika itu aku memang memandangnya dengan biasa-biasa sahaja. Rajin betul dia buat kerja dan sanggup volunteer menjadi emcee ketika aku tengah serabut untuk menjadi stage manager

Tapi perasaan ini wujud sehabisnya Teambuilding. Dia datang ke workstation aku untuk meminta bantuan dalam bab kerja. Sebenarnya bukan aku yang dia cari untuk selesaikan masalah itu, tapi terdetik hatinya untuk bertanya kepada aku. Dan dia berjumpa dengan orang yang betul, kerana aku ada pengalaman untuk selesaikan masalah tersebut.

Tapi tak semudah itu untuk aku membantu dia. Aku secara bergurau menyuruh dia untuk belanja aku makan atas pertolongan aku. Dia seperti sangat gembira mengiyakan permintaan aku. Mulai malam selepas dinner itu, aku mula berfikir panjang. Setiap malam aku tidak cukup tidur. Seperti cinta pandang pertama. Pada mulanya, aku menganggap ini hanyalah sementara. Biasalah, orang lelaki ini cepat je jatuh cinta, dan cepat jugak perasaan itu lenyap.

Masa tidur aku yang normal 6-7 jam menjadi 4-5 jam sahaja. Nasib baik hujung tahun, kerja tidak banyak dan tiada siapa sedar yang aku sudah tak terurus sangat seperti dulu. Aku tak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Sebelum habis tahun 2012, group kami bercadang untuk mendaki Bukit Broga. Dan N sangat gembira kerana excited untuk mengambil gambar. Oh ya, aku kagum dengan skill street photography dia. Aku pun sebenarnya minat photography,tetapi tidak aktif sangat. Aku lebih kepada candid moment.

N mempunyai senyuman manis. Sangat indipendent, mungkin sebagai anak sulung dan juga bersekolah asrama penuh. Langsung tak pernah tengok dia berdrama (mengada-ngada). Sangat pandai bergaya, tetapi langsung tak menunjukkan ciri-ciri high maintenance. Aktif berbadminton. Tak suka membalas sms aku on the spot (buat aku tertunggu-tunggu). Langsung aku tak faham akan dia. Itu yang buat aku tertarik.Setiap hari, aku akan sms dan cuba chatting dengan N. Aku mahu kenal N dengan lebih rapat

Banyak kali aku bertekad untuk meluahkan perasaan, tetapi tak pernah berjaya kerana lidah aku sangat kelu. Ini first time untuk aku cuba untuk propose. Sebelum ini, aku di propose oleh ex aku ketika belajar dulu. Bukan senang untuk meluahkannya. Drama-drama Melayu sangat misleading kerana nampak senang untuk propose dan diterima.

Kali pertama - ketika sambutan tahun baru. result: tiada masa sesuai (alasan aku) terlepas peluang
Kali kedua - ketika sambutan hari jadi aku. Result: tiada masa sesuai (alasan aku lagi) terlepas peluang lagi
Kali ketiga - berjaya mengajak dinner. ketika menghantarnya pulang...kelu lidah aku. mungkin dia menyedari akan niat aku.Terlepas peluang lagi!

Selepas itu, tiba-tiba N sangat susah untuk dinner bersama. Mungkin masa yang aku pilih tak sesuai. Banyak kali ditunda mostly disebabkan timing (pada hemat aku). Tapi aku tak pernah berputus asa. Aku langsung tak nampak tanda-tanda yang aku di reject. Setiap kali memulakan perbualan, dia sangat responsive. Dan aku anggap itu signal yang sangat baik.

Habis flashback...

Sehabis group kami bermain badminton, terus mandi dan solat Maghrib. Sehingga saat ini aku tidak terasa nak buat move terhadap N kerana dalam group ramai-ramai, segan kot. Selepas mandi dan solat Maghrib, terus kami dinner dan lepak beramai-ramai sehingga jam 9. Aku berpisah dengan group aku di eskalator kerana aku menaiki motor dan mereka temasuk N menuju ke LRT untuk pulang.

Ketika aku menunggang motor keluar dari parking, tiba-tiba tercetus idea gila. Apa kata aku meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati aku ini malam ni juga? Memang gila. Sangat gila. Mungkin sudah tak dapat menahan perasaan aku yang terbuku ini. Aku tahu di mana stesen LRT yang dia turun sebelum mengambil teksi untuk ke rumahnya.

Terus aku memacu motor aku ke stesen LRT tersebut.

Sesampai di parking motor LRT tersebut, aku masih tak percaya dengan keputusan yang bakal aku buat sekejap lagi. Ini kerja gila ni. Tak sampai 2 minit, aku melihat dia melangkah keluar dari stesen LRT menuju ke bus stand untuk menahan teksi. Ketika itu, dia masih tak nampak aku kerana aku agak tersorok berada di belakang bas yang tengah parking.

Aku berkata dalam hati yang aku masih boleh back off lagi masa ni dan biarkan sahaja dia naik teksi dan terus pulang. Tapi kaki aku tak mahu berundur, seperti tak mahu habiskan hari ini begitu sahaja tanpa ada keputusan. Aku maju sedikit ke bus stand supaya dia dapat melihat aku.

Aku berdiri di sebelah bus stand dengan kaku. N ternampak aku dan sangat terkejut sambil ketawa. Aku tahu ketawa itu ikhlas dan obviously dia tak expect aku untuk berada di situ. Aku berjaya buat dia terkejut dan aku juga tahu yang dia dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya.

Aku masih kelu sambil tersenyum. berdebar-debar. Now, it is too late to back off. Sangat pelik kalau aku tak luahkan perasaan aku pada malam ini selepas aku tiba-tiba saja berdiri di situ. Dan mungkin aku takkan dapat peluang sebegini lagi di kemudian hari.

N: Eh, apa yang kau buat kat sini? Bukan ke kau dah lama balik lepas dinner tadi?
Aku: Saje je tunggu kau kat sini. (Aku tak tau kenapa aku cakap macam tu, seolah-olah aku tak berniat langsung untuk berjumpa dengan N)

N masih tergelak-gelak, tak sangka aku muncul di situ. Dia berdiri di depan aku tapi tak keruan. Aku juga tak keruan, tapi aku perlu tunjuk konfiden

Aku: Emmmm, sekejap, (lama gila aku kelu ketika ini)...macam mana nak cakap ye (Aku mengulangi ayat ini 3 kali sebab aku masih nervous)
N: (sambil gelak-gelak untuk cover nervous, berundur sedikit ke belakang) Janganlah, aku takut
Aku: (Aku confirm yang dia sudah tahu apa yang akan aku katakan kemudian). Aku...aku...aku...
N: (sambil menunggu dengan nervous, masih dengan ketawa kecil...kali ini dia bergerak ke kiri ke kanan, berpusing-pusing seperti mahu mengelak. comel betul) aku takut...

Aku masih tak dapat bayangkan macam mana aku mengumpul tenaga untuk melafazkan kata-kata selepas itu,

Aku: (dengan sangat perlahan, what done is done!) Aku suka kat kau!
N: Ape dia? (tak dengar kot, di tambah lagi bunyi kenderaan melintas)
Aku: AKU SUKA KAT KAU!!! (aku meninggikan suara aku sedikit selepas 2 kali aku mengulangi ayat yang sangat embarassing itu)

N tersenyum malu sambil menutup muka dan terduduk di bus stand itu. Aku pun seperti keletihan kerana satu beban yang cukup besar dah berjaya aku luahkan. Pada masa itu, suasana sunyi seketika, aku tak tahu apakah jawapan yang bakal aku terima. Cukup lama masa berlalu. Suspens.

Seketika kemudian, N memulakan bicara, aku seperti kelam kerana sangat nervous dalam hati ni.

N: Kau suka aku sebab gosip kan? (gosip ini timbul bila kami mula rapat ketika buat kerja bersama)
Aku: Gosip pasal kita berdua ni baru je timbul few weeks lepas. Apa yang aku rasa sekarang ni dah lama. Right after teambuilding, masa tu kau datang kat aku untuk minta tolong pasal kerja. Masa tu kalau kau perasan, aku langsung tak cukup tidur sebab selalu teringat kat kau, banyak jerawat start naik masa tu.

N: Wauuu, beraninya kau. Aku pun ada minat kat orang, tapi aku tak pernah berani pun nak luahkan perasaan aku. Seganlah
Aku: Berani? Aku tergagap-gagap kot nak cakap tadi tu. Tapi, ni dah cukup 2 bulan dah aku start ada perasaan ni. Dah lama aku nak cakap, tapi tak pernah dapat peluang yang baik untuk bagitahu kau.

Terdiam seketika. N sambil tunduk, dia melafazkan jawapannya setelah sekian lama aku menunggu.

N: Sayangnya. Kau lambat la.
Aku: (dengan tak bermaya apabila mendengar jawapan itu) Oh, ye ke? Aku lambat ke? (Nada kecewa, tak sanggup lagi aku meneruskan soalan lain)

N: Aku pun suka kat kau. Kalau kita jadi, mesti bestkan? Adik-adik aku pun suka kat kau bila jumpa hari tu. Diorang selalu tanya pasal kau. Tapi, (terhenti seketika) kau lambat la. Aku dah ada boyfriend.
Aku: (sambil menarik nafas dalam-dalam. sangat terasa sebak di dada) Okeh! aku dah clear. Aku faham. Aku tak tahu pun. Nanti aku bagitahu yang lain supaya tak gosip kan kita dah.
N: Eh, janganlah cakap pasal ni kat diorang. Nanti diorang cakap aku jahat.
Aku: Eh, kenapa kau yang jahat pulak? Bukan kau yang salah. Kau dah ada kan. Aku la yang kacau line. Tapi takpe, nanti aku fikir macam mana nak handle gosip ni.

Ada beberapa kali N mengulangi ayat sama, iaitu 'Kau lambatla...'. Mungkinkah dia juga meminati aku, tapi memandangkan dia dah berpunya, N tak mahu bermain api dan mengeruhkan keadaan. Aku dapat merasakan yang dia mahu memberitahu aku sesuatu tapi tidak keluar pun dari mulutnya. Aku langsung tak ada semangat untuk bertanya lebih-lebih.

Aku pun sebenarnya langsung tak tahu yang dia dah berpunya. Pandai betul dia simpan private life dia daripada geng-geng ofis yang lain. Kalau aku tahu, kejadian malam ini tak mungkin berlaku. Aku harap kejadian malam ni tak mengganggu hubungan N dan BF nya.

N: Kau baik sangat. Semua orang kau layan dengan baik. Aku rasa bersalah
Aku: Kenapa kau pula yang rasa bersalah? Aku yang bersalah, aku tak patut buat macam ni. Tapi aku tak tahu yang kau dah ada.

N: Hmmm. Kau lambatla...Emm, aku tolong kau nak? Aku ada ramai kawan, kau nak yang macam mana? Yang putih, yang bertudung labuh, yang pakai skirt...
Aku: (tak sempat dia menghabiskan ayat itu) Jangan la. Jangan sebab kau rasa bersalah, kau nak tolong aku carikan yang lain. (sebak). Aku tak ada preference mana-mana jenis perempuan. Bila perasaan itu timbul, i just go for it. Mana tahu kalau aku ada peluang.

Selepas itu, aku sudah tak dapat ingat apa yang kami bualkan. Otak aku langsung tak keruan selepas mendapat jawapan itu. ingat-ingat lupa. Sedar tak sedar dah sejam kami berbual di bus stand tu. Bermacam-macam topik keluar yang tak berkaitan

Jam dah menunjukkan angka 11 malam. Sudah 3 kali aku menyuruh dia balik kerana, sebenarnya aku yang nak lari dari tempat itu setelah mendapat tahu jawapannya, tapi N tak berganjak seolah-olah masih tak puas hati untuk memujuk aku untuk mengatasi rasa bersalahnya. Aku takut aku akan break di depan dia. So not cool.

Aku pun bangun dari situ untuk menyuruh N pulang kerana sudah lewat. N akur dan terus bangun untuk menahan teksi. Sambil berkata,

Aku: Apa yang terjadi malam ni kita habiskan kat sini saja. Kau jangan rasa bersalah. Kalau kau rasa bersalah, aku jugak akan rasa bersalah. After this kita still boleh be professional, still main badminton dan jangan lupa belanja aku makan. (Memang nampak macam ayat memujuk, tapi hati aku sangat pedih kerana aku sendiri tak yakin yang aku boleh kotakan apa yang aku kata)

Sambil teksi bergerak pergi, N melambai tangannya sambil tersenyum manis kepada aku. Aku membalas lambaiannya sambil tersenyum pahit.

Mission failed.

Aku start enjin motor untuk beredar dari situ dengan hati yang kosong, badan yang lesu, lemah tak bertenaga. Namun fikiran aku masih waras untuk menunggang motor dengan cermat. Aku tak mahu terjadi accident malam itu dan N akan rasa bersalah esoknya. Nampak tak cool giler

Setibanya aku di rumah sewa aku 15 minit kemudian, aku perasan ada sms yang berbunyi,

'You're such a good man with a kind heart. Insyaallah, you'll find someone. =)'

Malam tersebut aku hanya berjaya melelapkan mata selama 3 jam sahaja. Keesokannya, nasib baik aku ditenggelami dengan timbunan kerja yang banyak. Tapi aku tak pasti bagaimana aku mahu menempuhi hujung minggu tanpa berfikir perasaan ini. Aku cuba menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang kelakar supaya aku tak terlalu melayan perasaan.

Orang cakap, senang datang senang juga pergi...Setelah 2 bulan memendam perasaan, mungkinkah aku memerlukan 2 bulan juga untuk melupakan N? Agak susah. Aku tak mahu membuat andaian-andaian negatif tentang kejadian malam itu. What happens there, stay there. Bus stand dan bulan menjadi saksi kisah aku dan N.

Air mata aku langsung tak keluar, perasaan itu seperti di tahan-tahan daripada keluar. Aku mahu nampak cool walaupun sangat fragile di dalam. Sangat susah untuk diluahkan. Tak mahu orang lain tahu akan kejadian malam itu.

Sehinggalah aku ter klik satu video di Youtube, ketika melihat video lagu Nella Fantasia yang dinyanyikan oleh Choi Sung Bong semasa first audition untuk rancangan Korea's Got Talent, air mata aku mencurah-curah keluar. Shit!

Aku tahu aku akan akan tergelak sorang-sorang bila baca post ni anytime in the future. Betapa bodohnya aku.

I just need to find a pharmacy that can prescribe 'time' medication. Let the time heals my heart.

May 21, 2012

World, please revolve around me



At one time, I hope that I can have a place that i really called it a home

A home for me to have alone time

So, I can spend the time for me

To use my finger to play piano 

Until my tear stop raining

Apr 8, 2012

Your Hotness Level is Directly Proportional to Distance of Our Seat During Meeting so that I Can Concentrate

Panjang benar tajuk di atas.

Aku melangkah menuju ke bilik mesyuarat Tingkat 14 Menara 2 KLCC dengan perasaan yang berbaur. Gembira. Cuak. Gugup.

Minggu lepas aku diberitahu untuk menghadiri mesyuarat para Geologist. Tugas aku mudah, hanya datang untuk memberi komen parameter yang digunakan untuk mengira jumlah minyak di bawah tanah di perairan Sabah.

Nampak mudah kan, tapi tanggungjawab diberi adalah simbolik yang menunjukkan apa-apa komen aku adalah mewakili seluruh Jurutera Reservoir di syarikat aku. Kalau aku salah, jatuh air muka semua.

Namun aku bukan gugup disebabkan kerja. Bagi aku, nilai yang diterapkan aku selama ini cukup untuk aku melangkau halangan dalam hati ini untuk menyuarakan pendapat aku.

Malissa.

Cukup indah. seperti tuannya. Pertama kali aku mendengar seseorang yang diberi nama tersebut. Unik.

Selama aku bekerja keras memberikan sokongan penuh sejak setahun lepas kepada projek ini, aku terasa penat lelah aku berbaloi apabila satu hari aku diberitahu projek ini akan menerima ahli baru.

Aku tak peduli siapa, dan tak pernah ambil kisah pun. Pertemuan kali pertama, aku terkejut. Cantik. Rupanya kalau aku ingat ingat lupa memang mirip Rozita Che Wan. Aku hanya menjeling dengan ekor mata. tak berani bertentangan.

adakah ini cinta?

Bukan, ini hanya nafsu. tapi aku tak begitu kuat untuk menepisnya.

Aku tiba di tingkat 14 dan mudah mencari bilik mesyuarat. Masih awal, jam menunjukkan lagi 5 minit untuk bermula. Beberapa orang Geologist yang aku kenal sudah bersedia dengan power point untuk presentation. Aku tersenyum sambil meletak buku nota aku dan menuju ke hujung bilik untuk mengambil air mineral.

Kembali ke tempat duduk aku. Menarik kerusi. Sebelum sempat aku duduk, aku perasan ada kelibat yang baru masuk ke bilik meeting dari pintu yang terletak membelakangi aku. Aku terpaku pabila melihat Malissa mengambil tempat disebelah aku.

Aku memandang ke seluruh meja meeting. masih banyak lagi tempat kosong. Tetapi di sebelah aku juga dia memilih untuk duduk di situ. Fikiran aku mula terawang-awang. Perlukah aku memulakan perbualan. Sekadar senyum sekilas lalu mungkin tak bererti apa-apa.

Atau hanya aku berpura-pura buat tak layan dia dan mungkin dia akan memulakan perbualan. Aku mula berbuat-buat tanya kepada lelaki yang berada di hadapan aku tentang progress projek. Tunjuk concern sikit.

Aku resah. aku berada di tengah. berpaling ke kanan aku dapat melihat skrin projector, tetapi chairman duduk di sebelah hujung kiri meja, yang mana aku akan bertatapan mata dengan Malissa apabila aku berpaling untuk melihat chairman memberi komen.

Aku kelu. Apa yang aku perlu buat dengan tangan aku, dengan cara duduk aku, dengan cara kaki aku. Serba-serbi tak kena. Perlu kah aku menyandar, atau duduk tegak, atau buat gaya berfikir.

Argh. Orang cakap, 'be yourself'. tapi aku tak pernah tahu how to behave myself.

Meeting 2 jam terasa begitu sekejap berlalu. Aku menyuarakan pendapat yang aku yakin untuk projek tersebut. Komen apa yang patut. Kadang-kadang aku terasa pada meeting kali ini aku tidak terlalu senyap. Bagus pabila ada sumber inspirasi kadang kala.

Meeting selesai. Dia terus melangkah pergi. Mungkin dia sempat menjeling aku memberi isyarat yang aku sendiri tak tahu.

Bro, kau tengok banyak sangat series "How I Met Your Mother" ni. She is totally out of your league, dude.

Agreed, aku melangkah kembali ke workstation aku. Below quote kind of true. Silly me.

Jan 29, 2012

Aku, Dia dan CBR Part 14

dari part 1
dari part 13


Aku memanaskan enjin motor Lagenda yang sudah berusia 8 tahun. Masih utuh lagi enjin nya walaupun cat badannya dah kusam, mati dek terjemur bawah cahaya mentari. Terfikir aku yang adakah jatuh maruah seorang lelaki berpangkat jurutera eksekutif ini hanya memacu kapcai untuk berjumpa dengan gadis manis? Persetankan lah anggapan orang lain.

Aku mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Stesen Putra LRT Asia Jaya. Sememangnya mudah dan dekat dengan Federal Highway jika dibandingkan dengan Stesen LRT Kelana Jaya. Sambil mencongak-congak akan baki Touch n Go aku yang hanya berbaki kurang RM10, aku menjenguk jam. Masih ada masa sebelum sampai ke KLCC.

Tengah hari sebegini di hujung minggu memang ramai anak-anak muda berpakaian funky membuat aku jelek. Payah sungguh nak describe dengan perkataan. Asalkan tak buat masalah kat aku sudah.
Aku menjeling ke arah pasangan muda yang baru tiba. Tak lekang tangan masing-masing di bahu dan pinggang. Berpelukan sambil menunggu ketibaan LRT tanpa menghiraukan jelingan mata sekeliling. Mungkinkah aku macam tu juga bila tiba masanya? Entahlah labu

LRT seperti biasa, datang dengan sesak tapi tak pernah aku kisah sebab komuter lagi teruk. Dah nasib dapat 2 gerabak, tak dapat duduk. Nak tunggu yang 4 gerabak tu mungkin next train. Naik je la.

LRT bergerak perlahan dan bergoyang lembut mula membuat fikiran aku terbuang jauh. Excited, cuak, gembira semua ada.

Apa nak buat ni? Tengok wayang ke? Shopping ke? Lunch atau dinner kat mane? Argh, perasaan yang sudah lama aku tinggalkan dahulu perlu aku cungkil kembali. First impression itu penting walaupun aku bukan seorang yang percayakan sangat dengan peranggapan kali pertama.

“Stesen berikutnya…KLCC. Next station… KLCC”

Alamak! Sekejap nya dah sampai. Plan dalam fikiran ini masih tak finalize lagi. Dah bertahun naik LRT ke KLCC, tak pernah lagi terasa LRT ni dipandu laju. Padahal, banyak sangat berfikir jauh sampai tak sedar masa berlalu

Jam menunjukkan 2.40 pm. Janji dengan Sang Puteri untuk bertemu pada jam 3. Masih lagi ada masa. Tempat pertama target aku setelah turun dari LRT adalah tandas. Bukan masalah tangki, tapi masalah rambut. Dah sikat di rumah, tapi naik motor kena pakai helmet, so dah haru biru balik alunan rambut aku ini.

Keluar dari tandas aku terus menuju ke Suria KLCC. Tempat paling sesuai untuk aku menunggu untuk jangka masa 15 minit ini adalah di Centre Court Suria KLCC. Kebetulan di centre court terdapat pameran kereta Toyota. Layan je la dulu.

Apa yang paling penting semasa pameran kereta adalah hot babe yang senantiasa melemparkan senyuman manis kea rah pengunjung dengan harapan mereka akan mengambil flyer sebelum bergerak ke arah pengunjung seterusnya.

Nasib baik tak bawa DSLR, kalau tak memang aku dah tangkap gambar model-model solid ini. Sambil memerhati model Toyota Reiz,

“Encik berminat dengan model ini ke? Kami ada free gift dan diskaun untuk encik”

“Tak tak, saya hanya….”

Sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata yang aku tak berminat ke arah suara tersebut, lidah aku terkelu melihat Puteri berada di sebelah aku sambil tertawa kecil kerana berjaya mengenakan aku.

Bersambung Part 15

Dec 30, 2011

White water rafting - my first time


Penerangan gambar -
Selepas cuak menuruni jeram, tiba-tiba ada jurukamera untuk merakam aksi kami. terus hilang rasa cuak untuk camwhoring. next jeram selepas gambar ini diambil, 2 ahli dari bot kami yang bertopi putih tu terjatuh dari bot (terlintas semua detik-detik 25 tahun kehidupan ini semasa di dalam air yang deras. the horror!)

Suka betul aku letak tajuk 'my first time' nih. memang betul ape.

Pardon my sexiness in the picture. But it is okay to girls yang nak copy gambar ini untuk buat laptop wallpaper. Tiada copyright, tiada saman menyaman di mahkamah ye. Lagi bagus kalau print dan letak di depan meja study atau kubikel masing-masing.

Selepas 2 tahun bekerja, tiba-tiba terasa kosong je kehidupan ini dan terus teringat akan ber gig-gig gambar dalam simpanan. Selepas beberapa jam memilih foto yang paling kurang kontroversi, masukkan ke dalam photoshop. edit contrast sikit diikuti dengan application of lemon style theme, resize kanvas dan wording sikit. peh, cair.

Just untuk promotion FOC, white water rafting ini diadakan sempena Reservoir Engineering Integration Day 2011 di Sungai......alamak aku lupe daa ape nama sungai tersebut. Kalau yang kenal dengan Gua Tempurung di Perak, di entrance tersebut lah rombongan kami turun bas dan meneruskan perjalanan menaiki lori ke hulu sungai tersebut.

Penerangan keselamatan dan pembukaan oleh instruktor yang bernama Max dari Riverbug (organizer of white water rafting) sangat berkesan dan kelakar. Cuak pun ada apabila dia menekankan ramai yang jatuh dari bot bila menuruni jeram. o dem, aku ternampak dia tersenyum kambing seolah-olah memang nak kitorang jatuh ke sungai tu

Kategori sungai itu sederhana, iaitu gred 2. Kategori mencabar, gred 3, boleh disertai di Padas, Sabah. Haram cuak.

Setelah menempuh 7km perjalanan, memang seronok habis dan terasa berbaloi apabila terjatuh dari bot. Mahal kot, tak jatuh memang tak dapat appreciate keseronokan water rafting ni. normal price mahu cecah rm 200 lebih sekepala untuk event ini.

Siap dapat sijil lagi tu yang menandakan kitorang ni dah tak teruna/dara lagi dalam meniti arus jeram yang deras dengan white water rafting

Nak rasa? Google sendiri 'Riverbug' dan call diorang untuk menyertai (sungguh aku promote diorang ni FOC)

Nov 8, 2011

Pantai dan Gitar

Aku memandang ombak menghempas pantai. tenang sekali. sejak berpindah ke Kuala Lumpur, jarang sekali aku menikmati keindahan pantai. paling dekat pun untuk menikmati ombak adalah di sunway lagoon.

Menikmati angin yang menderu lembut, membuat aku terasa kesunyian. di saat ini teringat akan kenangan lalu. sampai sekarang ia menghantui aku. mungkin disebabkan inilah aku masih bersendirian. lari dari kenyataan.

***

Beberapa tahun lalu,

Aku melihat dia begitu indah, bermain gitar di atas tunggul kayu di Pantai Teluk Lipat. jarang sekali aku dapat melihat seorang gadis yang pandai bermain alat muzik. Mengah disebabkan jogging aku hilang buat sementara waktu.

Aku melintasinya dan singgah di bangku batu yang tak begitu jauh untuk kudengari alunan gitarnya. Sambil mengelap peluh, aku melihat jam yang menunjukkan 6 petang.

Sambil memejam mata menikmati angin pantai, aku menghayati alunan permainan gitarnya. Berdasarkan pengalaman aku, mungkin si gadis ini sama ada berlatih untuk persembahan muzik atau sedang meluahkan perasaannya melalui nada gitarnya.

Sayu. mungkin aku tersilap dengar, tapi aku dapat merasakan nada sedih dalam corak permainannya. lagu yang tak pernah kudengari ini dimainkan berulang kali sambil berhenti seketika di antara lagu. mungkin tak nak bagi jari sakit kot.

Enak dibuai angin dan alunan lagunya ditambah pula cuaca yang tidak begitu panas menyebabkan aku terlelap seketika.

Aku terjaga apabila terasa dikuis-kuis. Ternampak dua budak perempuan comel disebelahku. macam kembar seiras

“Uncle, mak kami cakap tak baik tidur petang”

Comel betul budak ni walaupun hatiku terusik bila mereka memanggil aku uncle. Balik nanti aku ingat nak beli Fair and Lovely. Kasi muda remaja sikit.

“Uncle tak tidur, pejam mata sekejap je. Ni nama kamu siapa?”

“Nini. ni adik saya Lini. Uncle, kami nak aiskrim roti”

Alamak, baru lelap sekejap dah kena pau dengan budak-budak kecik ni. Biasanya aku mesti malas nak layan budak-budak macam ni, tapi kecomelan Nini dan Lini buat aku tak keberatan untuk berbelanja.

Tiba-tiba je kedengaran bunyi loceng pakcik aiskrim yang memarkirkan basikalnya di bawah pokok dalam 15 meter dari tempat aku lepak.

“Nah, ambil rm5 ni, baki bagi balik kat uncle ye. Mana mak Nini dan Lini?”

“Mak takde...”

Tak sempat Nini habiskan ayat dia, Lini menarik Nini menuju ke arah pakcik aiskrim tu. Gembira betul budak-budak ni bila dapat aiskrim.

Aku kembali melihat ke arah pantai. Hari masih terang. Jam menunjukkan 6.30 petang. Dekat setengah jam juga aku terlelap. Tiba-tiba aku perasan, tiada lagi alunan gitar kedengaran. Hanya angin pantai yang menderu.

Dah balik rasanya. Kosong. hilang dah momentum untuk berjogging. Sambung esok lah. Kadang-kadang best juga melihat matahari terbenam lebih kurang setengah jam lagi.

Awan kumulunimbus berarak menghiasi ufuk barat mengindahkan lagi pemandangan langit yang semakin jingga. Tiada petanda hujan turun. Kalau aku tahu dari awal, pasti aku bawa DSLR sekali. Gambar jenis silhouette sangat sesuai dengan keadaan sekarang.

Terdengar suara tapak kaki menghampiri. Pastinya Nini dan Lini.

“Uncle, ni duit baki”

Aku tak ingat dah Nini atau Lini yang menghulurkan duit baki itu. Eh, rm5. sama seperti yang aku hulurkan tadi. Tak sempat aku bertanya, tiba-tiba satu suara lembut menyapa,

“ooo, ini ke uncle yang nak belanja tadi?”

Aku berpaling dan ternampak seraut wajah yang seakan aku kenali. Si gadis yang bermain gitar tadi. dari dekat baru aku sedar akan kemanisan raut wajahnya.Terus terjatuh hati pandang pertama.

“Hai.”

Aku pun of course terus membalas sapa gadis tersebut, “Hai.”

“Nah, aiskrim roti. Saya belanja”

Takkan nak tolak kalau dah dipelawa gadis cantik. lagi pun peluang keemasan ni susah untuk dicari. sambil berterima kasih, aku pun menyambut aiskrim roti itu dari tangannya. Tersentuh pula tangannya. Lembut. Aku jatuh hati sekali lagi.

“Rajin awak layan budak dua orang ni. ish, tak malu betul la minta orang lain belanja”

Lembut suaranya ditambah lagi keayuannya terserlah pabila angin pantai meniup rambutnya. Hitam. Tidak dicelup warna lain tak seperti gadis-gadis Bandar sekarang ni.

“Nini dan Lini ni comel sangat. Tak kisah pun,” aku membalas.

Aku menjemput Nini, Lini dan si gadis itu duduk di bangku batu. Masih banyak ruang.

“Nama kita Lissa. Awak?”
“Safwan.”
“Selalu ke datang sini? tak pernah nampak pun.”
“Kadang-kadang je. biasanya datang joging kalau ada semangat”
“Em, rajinnya bersenam. bagus”

Aku menjeling raut wajahnya yang tersenyum indah. Tak berani aku menatap lama, kantoi nanti.

“Tadi kan ada main gitar. best la lagu tu”
“Eh, macam mana tahu ni? awak dengar ke?”
“Tadi dah pancit joging, saya terus duduk kat sini. lepaskan penat sambil dengar awak main gitar tadi”
“Oh ye ke. Gitar tu ada dalam kereta. tak boleh main lama-lama, sakit jari. lagipun nak teman budak-budak ni bermain”
“Emm, saya suka lagu yang awak main tu. apa tajuk dia ye? nanti balik saya ingat nak download”
“Thanks. Tapi kita tak tahu apa tajuk lagu tu. dapat dari soundtrack drama. macam background muzik je”

Aku sedikit kecewa bila mendengar kenyataan itu. Lissa menyambung,

“Lagu itu dah lama dah kita belajar. Just tiba-tiba je hari ni nak datang main kat pantai. berulang-ulang”
“Ulang-ulang?”

Lissa mengangguk-angguk. Senyumannya hilang. Aku dapat merasakan ada sesuatu. Nini dan Lini yang baru menghabiskan aiskrim, meminta izin untuk bermain istana pasir. Lissa membenarkan mereka pergi asalkan tidak terlalu dekat dengan air.

“Saya pun pernah main lagu sama berulang-ulang dari pagi sampai malam.”
“Awak pandai main gitar juga ke?”
“tak tak, main guna mp3 je, bukan gitar. tak pandai”
“hahaha, tak kira la kalau tekan play je”
“kenapa pula? asalkan kita dengar lagu yang sama berulang-ulang, apa yang lainnya?”
“tak samalah. jari tak sakit pun kalau mp3”

Aku lega melihat senyumannya kembali. Mungkin lagu yang dimainkan tadi mempunyai simbolik tertentu yang sedang berlaku dalam hidupnya sekarang. Tak berani aku bertanya lebih-lebih. Ayat-ayat aku tak cukup manis untuk memujuk seorang perempuan yang berduka.

“Boleh kita tanya awak sesuatu tak?”
“Boleh, apa dia?”
“Apa yang awak akan buat dengan barang kesayangan awak kalau awak berpindah jauh dari sini?”

Aku tertanya-tanya, adakah ini soalan trick atau soalan UPSR budak sekolah rendah.

“Kalau dah barang kesayangan, bawa lah pindah sekali”
“Tak boleh bawa. Tak muat.”
“Cuba bagitahu barang yang macam mana. besar ke, berat ke, sampai tak boleh bawa pindah?”
“Isk, jawab la. macam mana nak buat kalau tak boleh bawa pindah”
“Jual la. dapat untung sikit. boleh beli yang baru nanti”
“Tak nak. sayang la nak jual. ini kan barang kesayangan”
“Hadiahkan la”
“Kan”

Jawapan aku macam dah terkena. Ni memang bukan soalan UPSR lagi ni. Memandangkan aiskrim roti dah habis dimakan, Lissa mengajak aku untuk join bermain istana pasir bersama Nini dan Lini. Berguling-guling Nini dan Lini digeletek aku. Habis pasir satu badan.

***

Tamat imbas kembali

Petang semakin gelap. Angin pantai berhembus semakin sejuk, menusuk sum-sum tulang. Aku berjalan menuju ke arah kereta aku sambil membimbit selipar. Aku membuka pintu belakang kereta.

Aku mencapai gitar yang tersadai di tempat duduk belakang. Dah usang ditelan masa tapi tidak pernah kubiarkan ia berhabuk. Tali gitar yang putus aku ganti kan dengan tali yang baru. Kupetik tali gitar itu. hanya satu lagu yang aku tahu.

Disudut gitar itu terukir tulisan tangan,

You cherish my life till last moment.
Terima kasih ‘Uncle’
-LisSafwan-

Sep 19, 2011

Light Writing - Liyana Fizi...khas untuk kaki indie

Aku bukan hardcore indie yang terlompat-lompat di dataran merdeka tuh...layan ringan-ringan je. Tu pun secara tak sengaja yang mana tiba-tiba je minat lepas join member menjual t-shirt kat gig-gig terkenal ketika muda-muda dahulu.

Berniaga di pintu masuk gig. Ketika masuk, semua nya wangi-wangi, cun bermekap, tampan segak bergaya dengan deodoren murah. Ketika itu, tersangkut d60 di leher membuat semua gadis menyapa dengan senyuman. Mungkin ingat kan aku ini photog fanzine indie.

Aku snap dan buat archieve je

Anyway, habis je gig, peh...masing-masing bermandi peluh. tak kira gadis atau jejaka. strategi menjual baju di pintu masuk agak berkesan.

"bro, bagi t-shirt design ni satu. saiz XS ade tak? berapa ye? boleh kurang lagi tak ni? kami sekolah lagi. Orait, tenkiu bos. tandas kat mane ye? ni berpeluh jeruk ni kena salin baju dulu. lepas ni nak gi mid"

memang laris la jualan t-shirt nya. abes menjual, kami makan di sri murni. nasi goreng chicken maryland

Aku suka style gambar ni
 Sebagai hadiah, klik sini untuk download lagu seperti tertera pada tajuk atas

Sep 8, 2011

myfirsttime.com

Hari ini aku jatuh cinta lagi...buat kali ke berapa ratus entah.

Biasa lah lelaki,

First time nampak yang cun, mesti jatuh.
First time tersentuh tangan, jatuh lagi.
First time tiba-tiba dia senyum kat kita, jatuh jugak.
First time duduk-duduk kat sebelah terbau perfumenya, sape tak jatuh

Mane tak nye beratus-ratus kali terjatuh.

Perempuan bukan macam tu kot. rasenye la, based on experience aku tengok movie-movie melayu romantik. Kena kenal dari hujung rambut hingga kaki dan buat analisa 13 kali baru boleh jatuh cinta. Jangan marah ye

Tu yang seronok nya orang bujang. perasaan sebegitu begitu indah. So close but yet so far. Kalau dah couple, mesti rindu nak single balik sebab perasaan macam tu dikawal rapi oleh spouse kite. argh, terkongkongnye

Statement tu bukan menunjukkan aku anti couple ye. just dari pengalaman

Harap-harap tidur malam ni dibuai mimpi yang indah.

Sep 7, 2011

Misi Penthouse

Di tengah-tengah sibuk dengan kerja, aku melayari Mudah.com. Of course la bila boss takde kat bilik. agak mencari nahas jugak la bila dia ada kat biliknya. tiba-tiba je berdiri belakang aku sambil tersenyum. Camtu je

Umur dah semakin meningkat. Sebagai lelaki, selain aset perut, aku perlu mencari aset untuk masa depan, iaitu rumah. Mak bapak dah bising suruh cari bini. Aku nak cari rumah dulu, baru senang nak cari bini (persepsi biasa orang bujang. bajet bila ada rumah,semua gadis sangkut)

Taste aku tinggi, gara-gara pengruh rumet. so, aku start browsing Sri Binjai Penthouse. macam nice sebab tak jauh dari KLCC, senang nak pergi kerja. Since Sri Binjai ade 2 tower, penthouse tower 2 yang tidak menghadap view KLCC dah ada orang angkut dah. So, since xde choice lain, aku pun usha yang tower 1 punyer, which the view is KLCC.

Erk, RM 50 million. Aku terus menekan punat ALT+F4

Moving on, kalau tak dapat penthouse range 1km dari KLCC, aku mencari sekitar. Asalkan kurang dari 10km ok kot. Tinggi betul taste aku ni.

Aha. jumpa pun. 4.2km dari KLCC. Macam nice. Kalau tiba-tiba pukul 3 pagi ada gadis yang pancit tayar kat parking depan Zouk, aku sedia datang dalam masa kurang 5 minit untuk repair. Lepas repair, itu episod lain

dari situ ke KLCC ikut Jalan Ampang yang jem tu sambil naik motor ade la dalam 10 ke 15 minit. Tu je yang aku tak gemar, jalan sempit, lori mengalahkan motor nak menyelit membuta tuli

1400 sqft bukaan. Asalkan lebih dari 1000 sqft, dah buat aku tak lemas.

Dan yang paling special ada tambahan 400 sqft roof garden. Peh. Dalam otak terngiang-ngiang party barbeku bersama gadis-gadis KL.

Lagi satu dekat dengan stesen lrt jelatek. Kalau berjalan, mungkin 10 ke 20 minit nak sampai ke stesen. Bagus untuk exercise. Kawasan perumahan tak bimbang sangat. Lagipun aku lelaki.

Harga 380k. mungkin aku nak mintak discount 10k kalau ejen tu tak period masa nego nanti. Tengok slip gaji memang lepas, cuma mungkin bulan2 kena prepare 2k jugak nih.

yang lain-lain tu, ade swimming pool, security 24 hours (Melayu, bukan bangla)

Air liur dah meleleh...

Siasatan lanjutan interior penthouse tersebut masih berjalan. Area dah cun. Jangan indah khabar dari rupa sudahlah. Malas nak cari penthouse lain. majalah penthouse available je online kalau pandai cari guna google

Komen rakan - dalam 5 bulan lagi, kita akan ber penthouse party!
Komen aku - mana nak cari gadis ni?!

Aku, Jersi dan Dia Part 5

'Comel kot tengah nyorok...as usual pic ade kaitan dengan post kali ni'


“Oh, design sendiri ke. Cantik la”

Berbunga-bunga matahari hatiku bila mendengar pujiannya. Berhadapan dengannya bertentang mata, berbual mesra. kalaulah aku boleh freeze masa. Saat ini tak perlu berlalu

“Biasa-biasa je tu. Nanti dah habis kad ni, saya nak design  letak team lain pulak. Mungkin Harimau Malaya”

“Wow, mesti kreatif jugak ni. Em..”

“Kenapa? Ada yang tak kena ke?”

“Pelik la. Awak ni lain la. Biasanya tak ramai peniaga jersi or clothing yang boleh design something like this. Yang diorang tahu hanya menjual je”

Sejak aku menjual jersi ni, memang aku dah mengagak akan andaian itu. Ibarat peniaga pasar malam, aku cuba menyelami isi hati mereka.

Bagaikan tiada pelajaran, mereka dianggap hanya tahu sifir tolak, yang mana jualan tolak modal sama dengan untung. Tapi mungkin juga diorang pandai nombor negatif. Jika untung itu negative sama dengan rugi.

Tapi aku tidak menyalahkan gadis ini. Mungkin dia tidak dididik di dunia perniagaan zaman sekarang. Aku pun membalas

“Cuba awak tengok makcik yang jual baju baby kat bucu sana. Awak suka baby tak?” Aku cuba untuk mencari modal…

“Isy. Siapa yang tak suka. kenapa dengan makcik tu?”

“Dia tak pandai buat design2 ni, tapi dia ada website jual baju-baju baby dan setiap minggu, jualan online dia sahaja tak pernah kurang dari 20 helai. Bukan murah baju baby dia tu, branded paling murah harga RM30. Tak masuk jualan di karnival lagi. Cuba kira”

Aku memandang wajahnya. Nampak terkejut walaupun ditutupi disebalik senyuman manisnya. Angin aircond tiba-tiba bertiup dan menyapa rambut lurus nya menutupi mukanya. Lantas, jarinya menyisir rambut terlitupnya ke belakang telinganya.

Aku jatuh hati. Siapa gadis ini?

“Awak dah buat saya jatuh hati…”

Terkejut aku mendengar kata-kata itu. Biar betul ni? Tak sampai 15 minit pun berborak, begitu mudah untuk dia meluahkan perasaannya. Aku tergamam. Jersi Liverpool di tangan aku terjatuh ke tanah.

Si gadis itu lantas mengambil jersi tu dan menyapu debu sebelum menghulurkan padaku.

“Takde angin pun boleh terjatuh jersi ni? Pelik. Awak ok ke?”

Tersedar dari lamunan, aku terus meng cover,

“Eh, ok ok…ni mane datang angin aircond ni, tiba-tiba je tiup. Apa awak cakap tadi?”

“tak, bila awak cakap pasal makcik tu tadi, awak dah buat saya jatuh hati untuk start bisnes jugak”
Aku berkata dalam hati ‘oh, jatuh hati dengan bisnes ke? Cis, pandai sungguh dia bermain dengan kata-kata’

“Mudah dan susah. Mudah untuk minat tapi susah untuk mulakan dan maintain kan”

“Saya ada kawan, mungkin dia boleh ajar”

Truuuutuututtut…Si gadis tu menyeluk saku dan mengangkat phone. Peh, Blackbery Bold. Aku Nokia je. Cet. Nampak macam tergesa-gesa, sambil meninggalkan aku dia sempat tersenyum dan berkata,

“ok, terima kasih ya. Nanti saya contact awak. Jangan lupa jersi saya tau. Bye”

Si gadis itu terus berlalu, menhilang tanpa sempat aku membalas. Hampa. Ni mesti boyfriend dia yang call. Aku teringat yang aku tak sempat untuk mengetahui namanya, tiba-tiba semuanya sudah berakhir. Aargh!

Tak seperti pelanggan lain yang meminta bisnes kad aku. Tak pernah aku berharap diorang akan call aku balik, mungkin kad itu hanya dijadikan alas an untuk menjaga hati aku bila diorang tak berminat untuk membeli jersi dari aku.

Aku harap dia call. Mungkin just kawan, kena cop perampas aku tak mahu.
Jam dah menunjukkan angka 9 malam. Ramai peniaga dah mula berkemas balik. Semuanya tersenyum, aku agak masing-masing at least jualan dah lebih dari rm1000, untung tu aku tak sure la.

Aku mengemas barang-barang jualan, bersiap untuk pulang. Mahu 30 helai jersi terjual hari ni.

Bersambung Part 6

Jul 21, 2011

Aku, Jersi dan Dia Part 4



Aku mendongak dan bersedia untuk membalas soalan itu. Terpaku. Tepat aku memandang wajahnya. Ayu. Sang Bidadari Liverpool tadi. Dia tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi. Aku tak tahu mengapa, tapi aku sangat suka melihat senyumannya especially bila ternampak giginya. Pelik betul la aku ni.

“Eh, hi. Nak tukar saiz? Nak saiz L yang tadi tu ke?”

“ Ha’ah. Itulah. Tadi saiz L Nampak macam kecik, actually memang saiz saya.”

Aku mencari-cari jersi Liverpool ladies saiz L di rak baju. Tak jumpa. Tadi macam ada kat tempat gantung tu. Pelik. Baru je ada tadi. Takde pulak. Oh ye, baru aku teringat…

“Alamak, tadi tu dah last stock untuk saiz L tu. Emm, baru je tadi ada orang dah beli”

Aku melihat senyumannya semakin hilang dari raut wajahnya. Tapi, tetap cantik beb.

“alaa, esok boleh dapat tak stock baru? Rugi la tak boleh pakai time Liverpool match malam ni. ”

Aku perlu berbuat sesuatu. Esok hari isnin. dah start kerja balik. Biasanya aku ambil stok antara hari selasa, rabu atau khamis semasa lunch. Dekat dengan tempat kerja je pun. Hari isnin time lunch, biasanya pergi tidur sekejap kat surau. Tak tahu kenapa, tapi macam dah jadi habit.

“Hari selasa ni paling awal stock baru sampai.”

“Oyeke, alaaa, tak sempat la nak pakai untuk tengok match malam ni”

“Em, tengok kat kedai mamak ke?” aku sekadar berbasa-basi, mungkin sengaja untuk mendengar suaranya yang merdu tu. Tak salah kan.

“Ha’ah, kat Hakeem. Baru havoc sikit bila sumbat gol. Bosan la tengok kat rumah”

“Habis tu pergi dengan your boyfriend ke? Dia minat Liverpool jugak ke?”

“Haah, kitorang memang fans Liverpool, dari dulu lagi”

Nasib la korang fans same. Bahagia rumah tangga. Kalau aku, memang haram tak minat bola. Tapi lepas aku start menjual jersi ni, memang at least kena update sikit la. Ye la, mana mungkin orang nak beli jersi Liverpool yang ada nama Torres sekarang selepas dia tiba-tiba berpindah ke kelab Chelsea dan mengecewakan jutaan peminatnya.

Cakap pasal Torres, aku tak tau bomoh mane kau pakai, tapi kau berjaya memusnahkan ramai penjual jersi dari segi mental dan fizikal. Ye lah, siapa yang nak beli jersi Liverpool yang tercetak nama hang. Lebih-lebih lagi aku ni yang baru setengah tahun jagung menjual jersi.

Aku berkata dalam hati, ‘masa ni lah nak tau nama si gadis tu. Aku pasti namanya seindah wajahnya. Plus, dapat contact number lagi tu ’

Aku menghulurkan buku jualan aku kepada si gadis itu. untuk meminta dia menulis nama dan contactnya. Aku bukan seorang yang jenis direct untuk meminta nombor phone dari gadis cantik yang baru berapa minit aku kenal. Segan kot. Dalam drama boleh la.

“Awak tulis nama dan contact kat sini. Nanti bila saya dah dapat stok, saya call awak.”

Dia membalas ‘ok’ sambil tersenyum menampakkan susunan gigi yang cantik. Terdetik hati aku, boyfriend nya mesti suka buat lawak. Hanya dengan itu dia boleh membuat gadis itu ketawa dan menampakkan giginya yang cantik. Tapi terfikir jugak yang taste boyfriend dia dan aku sepastinya lain.

“Alamak, pen takde dakwat la. Macam mana nak tulis ni?”

Time-time macam ni la pulak pen nak buat hal. Apa pen ni anggap aku nak nombor gadis ni untuk mengorat ke? Haiyaa… Aku pun mencapai kotak bisnes kad aku yang tak luak-luak walaupun dah hampir setahun aku print. lalu menarik sekeping kad dan menghulurkan kepada gadis itu.

“Kalau macam tu, ini kad saya. Nanti hari selasa call atau sms saya. Komfem stok dah ada masa tu.”

“safwan”

Tersentap aku mendengar apabila suaranya menyebut namaku. Indah sekali. Aku tak tahu di mana datang perasaan sebegini. Aku seolah-olah familiar dengan perasaan itu. Pengalaman 5 tahun lepas terdetik. Adakah ini…

“Awak Liverpool fan jugak ke?”

“Eh, tak-tak, saya sokong Malaysia je. Kelab-kelab barat ni saya kurang follow, kalau tahu pun, macam Torres buat perangai tu adala.”

“haha, Takdela. Saya tengok logo kat bisnes kad awak ni Liverpool, tu saya tanya tu”

“Oooo, sebab time tengah google cari design bisnes kad, nampak design tu paling cantik”

Cantik macam awak. Aku berkata dalam hati. Mana mungkin aku cakap kuat-kuat, mahu lebam kena sebijik dari boyfriend dia kalau dia mengadu.

Bersambung Part 5

Jul 17, 2011

Sejarah hitam di malam hari

Sepanjang weekend ini, aku sibuk membuka gerai di Bazar Rakyat Seksyen 28 Shah Alam. As usual, jual jersi. Promote sikit, jersi terbaru Barcelona away stok sudah tiba

Sepanjang pemerhatian aku di bazar ini secara pendek

Artis jemputan, Osman Kering, memang kelakar in live daripada tengok dalam tv. Datang Sabtu malam dan menghiburkan orang ramai dengan dikir barat spontan. Takde hafal lirik dah, main hentam je. Pengunjung memang terpaksa tahan kentut sebab nak gelak kuat-kuat.

Aku tak tahu lah berapa organizer bayar kat dia, tapi dari jam 8 sampai jam 1 pagi memang huhahuha je kat atas pentas tu. Tak pancit ke? dikir barat spontan, mengajar pengunjung macam mana nak jadi artis. banyak lagi la.

Lebih kurang jam 10 malam tu, tengah Osman Kering berdikir barat, tiba-tiba ada seorang india menunggang motor separa laju dan terlanggar kereta. Aku tak sure macam mana cerita yang sebenar. Mungkin si india itu mabuk, mengelak atau kereta itu tiba-tiba keluar dari parking tanpa usul periksa. Ketika itu, aku baru sahaja selesai menjual sehelai jersi Chelsea kepada pelanggan.

Tiba-tiba, KAPOW! (macam dalam komik Harimau Kumbang lak)

Sambil terdengar dentuman itu, aku pantas menoleh dan terlihat motosikal terpelanting. Mahu dua tiga kali jugak motosikal tu buat sommersault (betul ke penggunaan perkataan aku ni?) di udara.

Tanpa sempat aku kagum dengan tindakan refleks aku, orang ramai yang leka mendengar celoteh Osman Kering terus menerpa-shilpa ke tempat kejadian. Aku rilek je jaga booth, incase ade pelanggan lagi. bisnes tetap bisnes.

Yang peliknya (dan mungkin kelakar pada sesetengah orang), Osman Kering ni (aku pasti dia menyedari situasi ini since nampak jelas kot accident tu dari atas pentas) meneruskan persembahan dikir baratnya.

Rilek je mamat tu. Aku rasa artis memang dilatih untuk menggunakan gangguan sebagai idea. Bertambah lagi gelak sakan pengunjung yang masih tak sedar kejadian kemalangan itu. Padahal si india tu tengah separuh pengsan tahan sakit.

Jam 12 aku tutup kedai. Nak tunggu Osman kering habis persembahan dia, memang tertidor la aku kat booth tu.

Oh ye, mengenai tajuk...sejarah hitam bukan untuk aku. TQ

Jul 12, 2011

Jom Jom menggemukkan diri dengan promosi McDonald


Esok last bai. Tak perlu original kupon. just print hitam putih. Nak print 6 copy dalam satu A4 pun boleh asalkan tak kurang dari 4x9cm

Nanti, kalau dah redeem tu jangan segan silu dermakan sikit kat aku ye.

Jul 11, 2011

Aku, Jersi dan Dia Part 3

Autism, a disorder of neural development characterized by impaired social interaction and communication, and by restricted and repetitive behavior.

Baru aku faham kenapa anak aunty itu suka baca semua jenis kamus. Because of repetitive behavior. Macam dalam drama ‘House’ lak. Perasaan simpati tumbuh di lubuk hatiku. Dah ketentuan Tuhan, aunty. Bersabarlah.

“Susah nak cari kat MPH ni, aunty. Maybe kena order dulu. in few weeks sampai la kot”

“Lambat lagi tu. Anak aunty tu dah beria-ria mintak.”

”Or, aunty boleh order online, thru Amazon ke. Yeah but takes awhile jugak untuk deliver”

Aku mengerti perasaan seorang ibu. Terpancar jelas dari matanya. Kecewa kerana masih tak dapat melunaskan permintaan dari anaknya yang istimewa.

Tiba-tiba aku teringat buku-buku kategori rare sebegini boleh didapati di Universiti Malaya. Rugi la penganugerahan ISO kalau setakat kamus dari negara jiran ini tidak boleh didapati dari situ. Komik shin chan rilek je mengganas di semua kedai buku.

”Aunty. Mungkin aunty boleh cari di library atau kedai buku di UM”

”Right. Exactly. Kenapalah aunty tak terfikir sebelum ni. Anyway, thanks. I think my husband dah jauh tinggalkan aunty”

Baru aku teringat yang aunty ni datang bersama husband dia. Tapi husband dia tak singgah pun, just pass through. Mungkin tiada apa yang menarik minatnya di sini.

Termenung aku. Kalau pasangan baru berkahwin, memang tak lekang seolah-olah ada gam gajah tertumpah di tangan mereka. Tapi, setelah lama berkahwin, perasaan cinta menjadi pudar, berjalan tak ingat pasangan. Kenapa Watson atau Guardian takde jual ubat untuk pulihkan perasaan itu?

”Anyway, please choose one keychain for me. I want something yang nice and unique.”

Aku pun membelek-belek design keychain. Mana aku reti taste aunty ni. Setiap orang lain perangai nya. Aku cuba recommend design yang paling cepat terjual, design yang mempunyai kepingan besi berbentuk kasut tumit tinggi.

Dia menolak. Mungkin terlalu stylo dan tak kena pada umurnya. Em, takkan aku nak suggest design tengkorak. Mahu kena ceramah dalam bahasa Rajnikanh nih. Aku jugak yang rugi kalau terlepas pelanggan.

 Terlihat aku ada sebiji keychain di hujung meja, berbentuk tas tangan bertatahkan manik bagaikan permata. Belum sempat aku mencapai keychain itu, tangan aunty terlebih dahulu mencapainya.

”This is so nice. I like the color and design. I take this one”

Teringat akan anak aunty yang special. Aku menawarkan diskaun kepadanya. Nak bagi free macam too much and sometimes people are not appreciate free things. Bagi diskaun adalah cara terbaik.

”Just rm5 aunty, i give you discount rm3”

Mungkin terlalu kecil amount itu, tapi hati aku lega bila melihat reaksi nya yang tersenyum dan mengucapkan,

”Thanks alot. Take this rm 5. I need to catch my husband now. K, bye”

”Thank you.”

Melihat kelibat aunty itu pergi, aku terkenang kembali mengapa aku memulakan bisnes part time menjual jersi ini.

Setelah cukup setahun aku bekerja tetap, aku terfikir yang aku perlu memulakan sesuatu untuk menambahkan isi poket aku. Dalam banyak-banyak produk, aku memilih jersi. Bukan kerana aku minat bola, tapi aku minat akan semangat yang terselindung di sebalik setiap jersi kelab. Masing-masing ada perangai tersendiri.

Awal-awal perniagaan, aku bermotifkan keuntungan. Setelah cukup setahun aku berniaga, aku sedar aku takkan kaya dengan hanya berniaga di karnival atau bazar.

Tapi apa yang aku dapat ialah boleh bergaul dan berjumpa orang ramai yang tak pernah aku kenal. Semuanya lain ragam, lain perangai, lain background. Aunty berbangsa India sebentar tadi telah menyedarkan aku tentang betapa kita perlu bersyukur kerana ada yang lebih malang dari kita.

Honestly, dalam masa setahun aku berniaga, keuntungan itu hanya untuk pusing modal, beli stok baru, sewa tapak, minyak, tol dan upah kepada adik2 yang menolong. Itu belum termasuk ditipu organizer karnival yang haram tak reti tarik pengunjung. Tapi semua ini tak pernah membosankan aku.

Aku tersenyum sendirian sambil membelek-belek flyer dari peniaga booth sebelah yang mahu promote pembacaan kad tarot. Mengarot la tarot ni.

”Hi, nak tukar saiz boleh tak?besar sangat la pulak”

Bersambung Part 4

Jul 10, 2011

argh...tiada pelanggan hari ini

seperti tajuk di atas, sekali lagi aku ulang...

AAARGH...TIADA PELANGGAN HARI INI!

Sebenarnya memang aku dah agak akan kejadian ini. memandangkan pada hari selasa lepas aku menerima sepucuk SMS yang menyatakan terdapat free tapak di fashion bazaar di Brem Mall Kepong.

Free?! something wrong here. Nothing is free in this world. Nak kencing pun kena bayar 20 sen. lepas ni nak kentut pun kena bayar 5 sen kot.

Oh, fyi, aku jual jersi (untuk my new secret admirer k).

Tapi memandangkan tempat ini belum pernah aku explore, aku pun membalas kepada organizer untuk reserve kan aku sekeping korner lot untuk aku.

This is called calculated risk. Kategori risiko memang tinggi sebab ianya free, dan disebabkan sewa tapak yang free, jadi kurang rugi la in case takde sale. Korang boleh capture x? inilah management. banyak lak filosofi aku.

Well, dalam berniaga memang ada turun naik. ayat memujuk hati. kelentong la hati lu mat. Kalau cinta kasih sayang boleh la kelentong hati lu. Berniaga mane boleh. Dah tak laku,means takde duit la. Aku tahu kebahagian tak boleh dibeli dengan duit. Tapi kalau ada yang tolong belikan untuk aku,aku bahagia.

Setelah berpuas hati dengan performance jualan di sini sehingga jam 6 petang (which is nil), aku telah berjaya menambah satu lokasi perniagaan lagi ke senarai hitam aka death note. Jauh perjalanan, luas pengalaman, sempit poket ini.

Jam 6.30 siap berkemas dan terus pergi wayang melayan 'KL Gangster'. Dalam 3 jenis drama/movie yang aku tengok hari ini (cube teka kalau berani), aku pelik sebab semuanya pelakon yang sama, Haaron Haziz. No komen.

Sampai ke rumah, i-city sambung memekak dengan gig nya menggegarkan pintu kaca bilik aku. Band dah best, tapi nyanyi lagu x best. Apa hasil...

Esok dah keje balik!

Jul 9, 2011

Mari Download Drama Nora Elena

Emm, bapak lama dah aku tak melawat blog ni. Tak sure masih adakah pembaca tegar di blog ini. Last post pun dah tahun lepas. itu pun satu post saje.

FYI, kepada pembaca blog yang datang ke blog ini untuk "Aku, Dia dan CBR" (tengok link kat previous post), my apologise kerana terpaksa stop. Stop kerana background cerita tersebut adalah berasaskan daripada dunia internship. Yang mana dunia kerja tetap aku sekaran dah totally berbeza.

Dunia kerja is totally different from dunia intern. I still working in Tower 2 KLCC with a different role. Currently I planned for another series to replace "Aku, Dia dan CBR".

The title is "Aku, Jersi dan Dia"

I cannot think other title. But, with some spice here and there, I already release Part 1 and Part 2 in my FB notes. Still thinking which one is better, posting in FB or here.

Anyone interested to read, just go to my FB and click at 'Notes'. I make my profile available to all, no need to add me if you are not my friend as well. Nothing need to hide anyway.

Oh, btw, since tajuk kat atas tu cakap mari mendownload Drama Nora Elena, ni ade link kt bawah untuk semua episod. Tangkap jiwang pulak bila melayan drama ini.



Nora Elena
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19
Episod 20
Episod 21
Episod 22
Episod 23
Episod 24

Semua link di atas adalah dari Mediafire. Aku suka Mediafire sebab tiada 30 saat masa menunggu. Tiada verfication link. Tak payah tunggu 30 minit before next download. If you happen to have unifi, klik all link above to open in new tab for each episodes, and then download all episodes straight away in less than 30 minit. Awfsome!

Sep 25, 2010

Di mana Bonus?!

Menatap akhbar Metron di pagi Sabtu. Headline yang sangat lucu itu aku baca dengan kuat,

"Kami mahu bonus lagi"

Dituturkan oleh rakyat Malaysia ke dalam akaun MukaBuku ditujukan khas kepada pemimpin negara ini.

Fikiran positif aku mengatakan, ye la, siapa yang tak mahukan bonus. Siapa yang menolak rezeki. Tidak salah meminta.

Bagi pihak aku, aku tidak memandang sangat bonus, hanya lah bersyukur dengan apa yang dapat diberi. Tetapi sangat sakit hati kalau bonus yang sepatutnya diberi kepada kita dipotong separuh untuk dibahagi-bahagikan kepada orang lain

Semuanya kerana politik

Aku benci politik, aku benci penganugerahan diberi tetapi tidak sedar akan penindasan berlaku di sebalik tabir. Tapi aku tahu, dunia tidak pernah adil.

Aku mahu lari. Lari ke dunia hidup ku sendiri.

Aku sudah lama mencari

Aku mahu memulakan perniagaan...

Aug 14, 2010

Eye Range

Aku menekan punat 'Run' di software MBAL, sebuah perisian yang akan mensimulasikan ramalan pengeluaran (dalam bahasa barat dipanggil production forecast). Kepuasan kerana berjaya menyiapkan forecast untuk gas field di Malaysia Timur. Lama betul aku menghabiskan masa untuk model ini

Tapi senyuman kepuasan aku tak bertahan lama.

"This is not logic. Do you expect you can produce gas this much? With this porosity and permeability, the recovery factor should no t exceed 80%. Man, you need to think man. Think as a reservoir engineer. Take count all these input."

Itulah kata-kata indah daripada seorang profesional yang telah berkhidmat dalam bidang ini lebih dari 20 tahun. Berbanding aku yang setahun jagung ni, walaupun tak sampai lagi setahun aku berkecimpung. Terlalu baru bagi aku untuk melawan.

Pulang semula ke workstation aku.

Jam menunjukkan angka 10 pagi. Perut dah berbunyi. Nak makan, tapi puasa. Menyesal aku tak bangun sahur tadi.

Masih bengang dengan model aku yang gagal, aku meneruskan usaha membaiki model aku.

"Hi. Tak puasa ke?"

Aku mendongak pabila terdengar suara halus menyapa aku. Ternampak wajah si amoi comel yang aku panggil Wai Wai. Hati aku yang panas tadi terus disimbah ais kering.

A: Eh hai, Wai Wai. What bring you here?
W: I want to see my bos, but he is not there.
A: Boss always busy la.You should call first?
W: Thats why laa. Buat letih je turun. I pun puasa juga hari ni.

Aku terkesimatun. Belum sempat fikiran aku tersasar jauh, dia menyambung,

W: I tak makan breakfast pun lagi. haha
A: Hahaha.

Dia menarik kerusi di workstation sebelah dan duduk di sebelah aku. Wangi dan of course, comel. Alamak, boleh tergugat iman dan terbatal puasa ni. Aku terus mengaplikasikan perkara yang terlalu biasa yang aku selalu lakukan, iaitu control macho.

Aku tak tau sama ada perkara ini betul atau tidak. Biasanya dalam drama, sang lelaki mesti terus gelabah bila bertemu sang perempuan cantik. Mula lah sang lelaki itu tersasul, terjatuh, tak tentu arah. Mungkin salah satu cara untuk pengarah drama itu mahu menonjolkan betapa cantiknya sang perempuan itu. Kalau sang pengarah itu ambil aku sebagai pelakon, mampos drama tu takde feeling. Sebab tu la aku tak jadi pelakon (ayat memujuk)

Sejam kemudian kami borak pasal kerja. Malas nak post, aku pun tak ingat sangat sebab...well, bila kita berborak, mesti la memandang ke satu sama lain. Memandang wajah comel macam tu sudah cukup untuk melupakan kebengangan aku sekarang. Apatah lagi dapat melupakan perkara panjang lebar yang dibincang.

Terdetik dalam hati aku,"Kan bagus kalau inspirasi macam ni datang tiap-tiap hari. Sepuluh reservoir model pun aku boleh siap kan"

Lain kali, bila interview kerja, aku nak demand,

Aku:My motivation is quite low eventhough my work effort is high. So, if possible, I'd like to apply the position with highest possibilities of motivational serrounding in your company.
Interviewer: What do you mean?
Aku: A position where beautiful and charming girls within my eye range.