Showing posts with label Aku Dia dan CBR. Show all posts
Showing posts with label Aku Dia dan CBR. Show all posts

Jan 29, 2012

Aku, Dia dan CBR Part 14

dari part 1
dari part 13


Aku memanaskan enjin motor Lagenda yang sudah berusia 8 tahun. Masih utuh lagi enjin nya walaupun cat badannya dah kusam, mati dek terjemur bawah cahaya mentari. Terfikir aku yang adakah jatuh maruah seorang lelaki berpangkat jurutera eksekutif ini hanya memacu kapcai untuk berjumpa dengan gadis manis? Persetankan lah anggapan orang lain.

Aku mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Stesen Putra LRT Asia Jaya. Sememangnya mudah dan dekat dengan Federal Highway jika dibandingkan dengan Stesen LRT Kelana Jaya. Sambil mencongak-congak akan baki Touch n Go aku yang hanya berbaki kurang RM10, aku menjenguk jam. Masih ada masa sebelum sampai ke KLCC.

Tengah hari sebegini di hujung minggu memang ramai anak-anak muda berpakaian funky membuat aku jelek. Payah sungguh nak describe dengan perkataan. Asalkan tak buat masalah kat aku sudah.
Aku menjeling ke arah pasangan muda yang baru tiba. Tak lekang tangan masing-masing di bahu dan pinggang. Berpelukan sambil menunggu ketibaan LRT tanpa menghiraukan jelingan mata sekeliling. Mungkinkah aku macam tu juga bila tiba masanya? Entahlah labu

LRT seperti biasa, datang dengan sesak tapi tak pernah aku kisah sebab komuter lagi teruk. Dah nasib dapat 2 gerabak, tak dapat duduk. Nak tunggu yang 4 gerabak tu mungkin next train. Naik je la.

LRT bergerak perlahan dan bergoyang lembut mula membuat fikiran aku terbuang jauh. Excited, cuak, gembira semua ada.

Apa nak buat ni? Tengok wayang ke? Shopping ke? Lunch atau dinner kat mane? Argh, perasaan yang sudah lama aku tinggalkan dahulu perlu aku cungkil kembali. First impression itu penting walaupun aku bukan seorang yang percayakan sangat dengan peranggapan kali pertama.

“Stesen berikutnya…KLCC. Next station… KLCC”

Alamak! Sekejap nya dah sampai. Plan dalam fikiran ini masih tak finalize lagi. Dah bertahun naik LRT ke KLCC, tak pernah lagi terasa LRT ni dipandu laju. Padahal, banyak sangat berfikir jauh sampai tak sedar masa berlalu

Jam menunjukkan 2.40 pm. Janji dengan Sang Puteri untuk bertemu pada jam 3. Masih lagi ada masa. Tempat pertama target aku setelah turun dari LRT adalah tandas. Bukan masalah tangki, tapi masalah rambut. Dah sikat di rumah, tapi naik motor kena pakai helmet, so dah haru biru balik alunan rambut aku ini.

Keluar dari tandas aku terus menuju ke Suria KLCC. Tempat paling sesuai untuk aku menunggu untuk jangka masa 15 minit ini adalah di Centre Court Suria KLCC. Kebetulan di centre court terdapat pameran kereta Toyota. Layan je la dulu.

Apa yang paling penting semasa pameran kereta adalah hot babe yang senantiasa melemparkan senyuman manis kea rah pengunjung dengan harapan mereka akan mengambil flyer sebelum bergerak ke arah pengunjung seterusnya.

Nasib baik tak bawa DSLR, kalau tak memang aku dah tangkap gambar model-model solid ini. Sambil memerhati model Toyota Reiz,

“Encik berminat dengan model ini ke? Kami ada free gift dan diskaun untuk encik”

“Tak tak, saya hanya….”

Sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata yang aku tak berminat ke arah suara tersebut, lidah aku terkelu melihat Puteri berada di sebelah aku sambil tertawa kecil kerana berjaya mengenakan aku.

Bersambung Part 15

Mar 23, 2009

Aku, Dia dan CBR part 13

dari part 1
dari part 12

Aku terdiam. Terkejut dengan kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Puteri melalui speaker handset aku. Biar betul ni. Tak percaya. Aku cubit peha kanan, memang sampai peha kiri pun terasa sakit. Betullah kata orang tua-tua.

Apa yang penting, AKU TAK BERMIMPI!!!

P: Halo…are you there?
S: Oh yes. Sorry. Apa dia tadi?
P: Emm...it’s okay kalau you busy. I just tak nak kacau you.
S: No no no...it’s alright with me. em, just terkejut tadi
P: why? I mengganggu u ke?
S: Tak, tak…tak ganggu langsung. just terkejut je
P: of what?
S: when someone ajak I keluar, especially a lady
P: so, you ni just another innocent person that just fall into my trap la ni?
S: err…hehe. ye kot.

Pandai pula si bidadari ni umpan aku. Sebelum lagi banyak soalan-soalan maut keluar, baik aku ubah strategi sebelum lagi banyak jerat menjemput aku.

S: so, whats your plan?
P: nothing. just jalan-jalan. hilangkan bosan. tengok ragam manusia.
S: like you always do?
P: sometimes la. no plan, just pergi je kat mane-mane yang terlintas dalam fikiran.
S: weird.
P: Why?
S: No la…it just that, biasanya kalau perempuan mesti dah plan awal2 mane nak pergi. especially when shopping.
P: Haha…I guess I am not like that. By the way, I’m not a shopaholic
S: Wow, that’s kind of unique. Nice.
P: Thanks.
S: You are most welcome
P: em, safwan. I assume u agree with me. So, I see you in suria KLCC?
S: and I assume you agree for me to buy u dinner?
P: Hihi…ooo pandai ye. no problem

selepas mengucapkan kata-kata terakhir itu dengan nada bergurau, aku terdengar Puteri ketawa. Comel sungguh dia ketawa.

Jam di dinding sudah menunjukkan angka 1.15 petang. Aku mencongak-congak apa yang aku perlu buat sebelum keluar. mandi, solat, kunci pintu rumah, dan yang penting sekali semestinya selimutkan CBR dan kunci brek disk sekali. Aku tahu banyak betul mata yang menjeling ke CBR aku setiap kali aku panas kan enjin. rimas betul, tapi bangga pun ada. bukan senang nak bergaya sekarang ni, lebih-lebih lagi aku ni bukan lah lelaki metroseksual.

aku menghantar mesej ringkas ‘forgot to mention before, anyway I see you at suria KLCC around 3pm okay’ kepada Puteri.

Tak sampai seminit Puteri membalas dengan ringkas, ‘baik bos =p’

Aku terkena kembali.

***
seminggu sebelumnya,

“truuutuuutuutut”

handphone aku berbunyi dengan nyaring mengharapkan aku terus mengangkatnya. aku membuka langkah longlai ke arah meja computer ku untuk mendapatkan handphone sambil merungut, ‘time crite tengah best ni la die nak berbunyi, time aku kesunyian takde la pulak nak bunyi!’

‘dari umi ni’ hatiku menggetus gembira bila mendapat call dari emak ku dari kampung. langsung lupe crite yang disiarkan tadi’

S: Assalamualaikum umi.
U: Waalaikummussalam, abang sihat ke?
S: sihat, umi dengan abah camne?
U: sihat. Alhamdulillah. Dah makan ke belum?
S: Mestilah sudah. Roti cicah Nescafe tadi.
U: Laa…takkan tu je? Itu lah, dari hari tu lagi umi suruh cari calon isteri, terjaga sikit makan minum.
S: Hehehe...no komen. Abang baru je nak enjoy kehidupan remaja ni. Nanti kalu dah ade, susah sikit nak bergerak bebas.
U: Jangan lama-lama sangat, nanti kalu umi yang carikan nanti jangan menyesal pulak.
S: Hehehe...nanti kalu umi dah ade calon, bagitau la. Nanti abang buat walk in interview.
U: haha…apa2la. ni umi nak bagitau ni. umi dengan abah nak turun shah alam hujung minggu depan. dah lama tak tengok rumah kat Shah Alam tu, abang jaga elok2 tak?
S: Eh, mestila. pokok bunga yang umi tanam kat depan tu makin subur, dengan rumput-rumput sekitar rumah pun subur skali. rumah ni macam umi tinggalkan dulu la. Cuma kurang kemas je. hehe, orang bujang la katekan.
U: Kan umi dah cakap awal2, kalu ade orang rumah kan senang nak kemas. Abang pun boleh rileks je.
S: Alamak, ke situ la gi umi ni.
U: Haha...okay, umi nak pergi tolong abah tanam pokok pisang ni.
S: Okay, kirim salam kat abah. Assalamualaikum
U: Waalaikummussalam

bersambung part 14

Dec 14, 2008

Aku, Dia dan CBR part 12

dari part 1

Aku terus mencapai handset aku. Disebabkan terlalu tergopoh-gapah, handset aku terlepas dari genggaman aku dan terjatuh dari meja. Damn it. Nasib baik terjatuh atas karpet, taklah teruk sangat impaknya.

Terus aku membuka ruang mesej. Hampa. Mesej dari Azri rupanya.

‘Adess bro...tak join ke? Camni ar. Nak merajuk la ni... T_T’

Aku malas nak membazir kredit untuk melayan karenah si Azri ni, lantas membalasnya dalam hati.

‘Bajet comel la tu. Malas aku nak layan. Pergi main jauh-jauh’

Puteri masih belum membalas mesej aku. Aku kecewa dengan diri aku. Kenapalah aku tak teringat langsung nak baca mesej tu dari semalam. Tak pasal-pasal terasa down yang amat sangat. Kalau tak, boleh la aku wish dia ‘Sweet Dream’ sebelum dia tidur semalam. Nampak sweet sikit aku ni.

Truutut….Truutut. Dengan girang aku terus flip up handset. YES…dari Puteri. Berdebar-debar aku menekan butang ‘read’

‘Eeeeeiy...baru bangun ke? Ni apa nak jadi ni? Dah mandi belum?’

Eh, banyak soal pulak si bidadari ni. Sambil tersenyum dan gelak-gelak sikit, aku membalas mesejnya,

‘Dah lama la bangun, dah siap mandi lagi tu. Cuma tak perasan je ada mesej tadi. Hari ni buat ape?’

Aku bergerak dari meja komputer dan landing atas sofa di hadapan tv. Semangat untuk menulis blog terus hilang bila menerima mesej dari Puteri. Bukan senang nak berbalas mesej dengan bidadari comel yang seorang ni.

P: Boleh percaya ke ni dah mandi? Kenapa mesej you ada bau hangit ni? Haha
S: Dah mandi la. I siap pakai perfume lagi ni. Serius wangi. Tu bau hangit jiran you tu.
P: Okay, okay. Hari ni I takde buat ape pun. Rest je. I baru je tengok blog you…Tak sangka jiwang jugak you ni ye.
S: Eh, jiwang ke? You silap baca blog lain kot. Post I semua karut-karut je tu
P: Betul. I confirm it’s your blog. Siap ada gambar you posing atas moto besar lagi. I ada baca post you yang pasal your ex I think.

Aku terpaku. Mesej Puteri tidak aku balas. Entah mengapa tiba-tiba terasa hati disusuk sembilu. Kenangan beberapa tahun lepas yang mahu aku lupakan kini jelas di sudut hati. Sakit. Terasakan aku dihurungi suasana sunyi sepi. Raut wajah Ida kembali menghantui aku. Aku tepis, tapi tak berjaya.

Tiba-tiba handset ku berbunyi…calling dari Puteri. Aku tersedar dari lamunan jauh dan terus mengangkat.

S: Hai Puteri.
P: Eerr, hai Saf…I’m sorry. Really sorry tadi. I tak bermaksud…
S: Eh. no no…it’s okay. I’m fine. Just teringat kisah dulu. Lagi pun memang I selalu luahkan perasaan I dalam blog.
P: You masih teringatkan dia ke?
S: Tak, langsung tak. Err...boleh tak kalau kita tak bincang pasal tu?
P: Okay. I pun tak nak spoil kan mood weekend you. But you know, I can always lend my ears for you.
S: I really appreciate that, Puteri. Thanks a lot.
P: By the way, you ni suka post jiwang-jiwang ke?
S: Tak semua macam tulah. Ada jugak yang best. You dah baca post ‘Lurah Dendam’?
P: Oooh...yang tu ke? Eiiy...jahat la you ni. Tak baik tau mengintai orang punya lurah.
S: Mana ada. Tu kisah time I belajar dulu. Tak sengaja pun terpandang. Tapi seronok jugak teringat kenangan time belajar dulu bila baca semula.
P: You pandai mengarangla. Situation yang biasa-biasa pun buat I seronok baca
S: Thanks. Bila dah tension sangat dengan kerja-kerja kat ofis, kat situ lah nak mengadu, nak mengarut. Hahaha

Tiba-tiba talian terputus. Apehal? Ni mesti takde line ni, Aku menyumpah seranah sehabis mungkin terhadap syarikat telekomunikasi ni. Tapi bila terpandangkan skrin yang gelap, baru aku sedar yang handset aku kehabisan bateri. Terus aku ke plug point untuk mengecas handset. Aku terus call Puteri,

S: Sorry, bateri handset I habis tadi. Jom sambung balik.
P: Saf, you tak buat apa-apa hari ni kan?
S: Em, petang ni I ingat nak pergi servis motor sikit since esok nak ke Cameron
P: O ye ke. I guess you will busy then.
S: Can I ask why?
P: Tak ada apalah.
S: Your tone seems different. I ada terbau ikan ni.
P: Bau ikan? Eeiiiiy, I dah mandi la. What do you mean?
S: Hahaha. Rileks, I smell something fishy.
P: Oh. Itu ke bau ikan? Hahaha, lawak lah you ni.
S: So, tell me…

- terdiam seketika -

P: Emm…Jom hang out

Betul ke apa yang aku dengar ni?

bersambung part 13

Nov 25, 2008

Aku, Dia dan CBR part 11

dari part 1

Aku terjaga dari tidur. Mimpi rupanya. Peluh dingin mengalir di seluruh badan aku. Apakah maksud mimpi ini? Adakah satu alamat? 1001 soalan menerjah masuk ke otak engineer aku. Minda aku masih terfikirkan empunya suara itu dan kenapa dia merayu-rayu untuk menyelamatkan aku?

Tapi, aku pening. Pening kerana aku asyik terfikirkan Ida ketika menunggang motor pulang dari pejabat semalam dan kini Ida hadir dalam mimpi aku. Liat benar untuk kau pergi dari hidup aku. Masih rindukah aku kepadanya walaupun dia telah memusnahkan kehidupan bahagia aku sebelum ini?

Benar kata-sesetengah orang yang kekasih pertama inilah yang paling meninggalkan kesan mendalam dalam hati seseorang.Malas untuk memikirkan maksud mimpi itu tadi, lantas aku melihat jam. 6.45 pagi.

Aku bangun,menuju ke bilik air. Mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh. Selesai solat, aku terlelap kembali memandangkan badan aku masih lesu akibat kekurangan tidur. Aku mengharapkan tidur kali ini ditemani bidadari syurga yang indah-indah.

Jam 12.46 tengah hari.

Aku terjaga. Lama pula aku terlelap. Tapi, badan terasa amat segar. Aku menggeliat dan mencapai tuala untuk mandi. Aktiviti berikutnya,

Makan roti cicah Nescafe.
Layan TV
Bosan.
Online internet.
Friendster. Myspace. Facebook
Membaca blog.

Banyak betul komen-komen yang perlu dibalas. Ini yang susahnya bila blog sendiri menjadi tumpuan ramai. Entah apa yang menarik tentang semua post-post aku. Semuanya berkaitan dengan hasil karutan yang timbul dari kehidupan sekeliling aku. ‘Lurah Dendam’ antara yang paling mendapat banyak komen.

‘Truutut….Truutut’ Handsetku berbunyi. Lantas, aku bangun mendapatkan hanset aku di penjuru sofa. Baru aku teringat ada satu mesej semalam yang belum sempat aku baca.

Aku flip up handsetku. Terdapat 2 mesej diterima. Girang hatiku bila terpandang nama penghantar mesej tersebut. Siapa lagi kalau bukan Puteri. Dengan gelojoh aku terus menekan butang ‘read’

‘Selamat malam. Have a nice dream =)’. Mesej diterima jam 12.15 pagi Sabtu.

‘Alamak, sekarang sudah pukul 2 petang hari Sabtu!’

Aku tersenyum. Gembira. Tapi kecewa pun ada. Kenapalah aku tak perasan mesejnya dari semalam. Mesti dia terasa kecewa sebab aku tak membalasnya semalam. Jariku pantas menaip,

‘Err...hi. How’s ur weekend? Baru terperasan ada msg dari you tadi. Sorry lambat reply’

Aku menunggu Puteri membalas mesej dengan rasa kurang sabar. Merajuk kah dia? Marah kah? Kenapa hati aku pula yang begitu resah dengan hanya satu mesej dari dia?

Aku terbayang-bayang wajahnya yang comel ketika pertama kali bertemu dengannya. Terasa rindu ingin menatap wajahnya. Manis. Aku teringat akan emel dari HR yang dihantar kepada setiap staff setiap kali ada staff baru yang mndaftar masuk. Terus aku menaip alamat webmail syarikat dan log in.

Ada 5 emel baru. Dari vendor dan kontraktor mengenai projek pemasangan pipeline di Greenfield wellhead platform. Argh....persetankan isu itu, aku mahu weekend yang tenang. Satu persatu tajuk emel dibaca dengan harapan terjumpa apa yang dicari.

Ada! Yes!!! Hatiku girang, nasib baik pada masa itu aku tak delete emel ini. Aku membuka dan seraut wajah indah terus terpampang di skrin. Nama Puteri Izzati Sofillea kutatap lama. Cantik nama itu walaupun tidak pernah aku dengar seseorang yang bernama Sofillea selama ini. Unik.

Truutut, hendsetku kedengaran lagi. Kali ini aku terlupa yang aku masih ada satu lagi mesej yang belum dibaca. Aku flip up dan membaca nama penghantar, dari rakan sepejabatku, Azri.

‘Bro, malam ni free tak? Futsal jom. Ampang Sports Planet.’

Kebiasaannya aku kompem tak tolak ajakan untuk bermain futsal. Kehidupan sosial antara rakan sepejabat amatlah perlu. Terutama sekali bila bermain dengan head department. Saham-saham sebegitu perlu dipupuk sejak awal lagi demi menonjolkan diri untuk naik pangkat.

Memandangkan aku perlu berehat dengan secukupnya untuk ke Cameron pada keesokannya, aku menolak ajakan Azri dengan cara yang paling halus, lantas terus membalas mesejnya dengan panjang lebar,

‘Aku tahu kau masih berdendam dengan aku sebab kalahkan kau minggu lepas, tapi sori lah tak dapat join malam ni since aku ada ride ke Cameron. Nanti aku belikan strawberry kat ko yek.’

‘Truutut….Truutut’ Aku girang. Ini mesti mesej dari Puteri.

bersambung part 12

Nov 15, 2008

Aku, Dia dan CBR part 10

dari part 1

Aku membuka kelopak mata. Hairan. Di mana aku sekarang? Bukan di katil, tapi di tengah-tengah kota yang tidak berpenghuni. Sunyi. Aku memandang ke atas. Langit membiru ditemani awan Komulonimbus di ufuk timur langit. Indah. Tapi aku di mana? Signboard pun takde. Jabatan Kerja Raya ni tak buat kerja ke ape? Nak kena saman ni.

Dari jauh, satu lembaga bersusuk perempuan sederhana menghampiri aku. Aku kenal dia, Ida. Memori silam mula menggamit kembali. Sudah lama aku lupakan dia. Kenapa harus dia datang lagi? Apa tempat ni? Dia semakin mendekati aku. Aku berpaling darinya, buat-buat tak nampak. Dari belakang, Ida menegur,

I: Hai. Lama tak jumpa.
S: Emm...hai. Ha ah
I: Sayang sihat?
S: Sihat. But, stop call me that word!
I: Sorry.
S: Awak buat ape kat sini? Apa tempat ni?
I: Saya nak jumpa awak. Awak nak tau tak, saya masih sayang awak.
S: Sayang?! Awak nak sakitkan hati saya lagi?
I: Sampai hati awak cakap macam tu. I miss you.
S: But I’m not missing you.
I: Setelah setahun kita bersama, awak langsung tak rindu kat saya ke?
S: Tak. What for? Lagi sekali saya Tanya, apa tempat ini.
I: Ini dunia ciptaan saya. Boleh awak maafkan saya. Saya janji tak buat lagi
S: Stop bullshitting me. I’m full of them.
I: … (air mata bergenang)
S: (dalam hati) ini yang aku lemah ni.
I: Lets start a new life, please. I want it
S: Sorry, my new and dream life was started long time ago, since when I already lost hope with you. You can go now!

Aku ternampak air mata mengalir deras dari mata Ida. Kalau dulu, aku pasti akan belai dan sapu air matanya setiap kali dia bersedih. Itu dulu. Tapi, sekarang hati aku langsung tak terusik. Maafkan aku. Sebagai seorang lelaki, aku perlu tegas dalam hal-hal sebegini.

Setelah mendengar kata-kata terakhir aku tadi, Ida terus berlari menjauhi aku. Aku memandang ke arah Ida yang bergerak semakin jauh dari aku, tanpa rasa kesal.

Aku terpandang kelibat sekumpulan manusia pada arah yang sama Ida pergi. Masing-masing berkot hitam. Smart. Memandangkan tiada apa yang dapat aku buat, lantas aku bergerak perlahan menuju ke arah mereka dengan pelbagai persoalan di minda.

‘Eh, ini bukan ke geng-geng balak Ida ni’... Aku gusar kerana aku tahu balak Ida memang gangster. Aku menghentikan langkah. Takut mulai menguasai diri bila ternampak seperti masing-masing bersenjata. PARANG!!! Shit!

“KEJAR!!!”

Oh shit again! Aku mula berlari. Berlari sepantas mungkin menjauhi kumpulan itu. Lari daripada ancaman sekumpulan manusia yang ingin menetak aku. Gerun aku melihat parang dihayun-hayun. Seperti dahagakan darah. Aku masih sayangkan nyawa aku.

Mereka masih lagi mengejar aku dari belakang, kurang dari 10 meter. Aku semakin mengah. Aku bukan seorang ahli pecut yang berstamina tinggi. Nafas aku sudah hilang aturannya, pandangan semakin kabur. Kaki semakin kebas kerana kekurangan bekalan oksigen. Langkahku semakin perlahan.

Tiba-tiba, kepalaku dihentak dengan suatu objek tumpul. Aku terjelepuk jatuh. Aku pasrah. Apa nak jadi, jadilah. Mataku berpinar. Hampir pengsan. Satu suara garau kedengaran.

”Menate nih! Mung toksoh lari dari aku. Mung tahu dok hok mung nih kacau gewe aku. Takdok orang lain ke hok mung nok kacau? Mung memang nok mapuh ni. HAAA!!!”

Lebih dari 5 lembaga sedang mengelilingi aku. Pandangan aku kabur, langsung tidak cam wajah-wajah mereka. Yang pastinya masing-masing bertubuh sasa yang bersedia untuk membalun tubuh aku yang lemah ini. Kepalaku berdenyut-denyut. Tanganku menekup dahi aku. Darah!

Aku keliru. Adakah aku yang bersalah? Ida datang ke dalam hidupku sedangkan ketika itu dia masih lagi bersama dengan balaknya. Kalau aku tahu memang mampus aku tak layan Ida tu. Aku langsung tidak tahu. Dan kini, aku diburu geng-geng balaknya itu.

Aku rela digelar status ‘bujang terlajak’ daripada mendapat gelaran ‘orang ketiga’. Aku tak sedesperate itu untuk merampas awek orang lain. Tak aku sangka Ida melayan aku hanyalah sebagai back up ketika dia bergaduh dengan boyfriend nya.

Aku hanyalah mangsa perlakuan perempuan dan kini mangsa kekejaman lelaki. Malang.

Tiba-tiba aku terdengar suara halus dan kurang jelas suara itu. Bukan Ida. Aku pasti perempuan. Merayu-rayu suara itu kedengaran. Seolah-olah memujuk mereka melepaskan aku. Siapakah dia? Aku seperti mengenali suara itu.

Syikin ke? Bukan.
Fara ke? Bukan jugak.
Kamal ke? Confirm la bukan. Dah la nama lelaki

Sebelum sempat aku berfikir lebih panjang, tiba-tiba satu lembaga hitam menerpa ke arahku sambil melimbas parang panjangnya ke arahku. Aku pasrah. Badan aku kaku. Aku memejam mata sebelum libasan parang betul-betul di leher aku.

Selamat tinggal CBR…Selamat tinggal Puteri…Selamat tinggal Reen…

bersambung part 11

Nov 7, 2008

Aku, Dia dan CBR part 9

dari part 1

Jam 2.30 pagi. Sabtu.

Malam beransur tua. Aku menguap. Lantas meminta diri untuk membayar harga makanan untuk semua. Sekali-sekala belanja tiada salahnya. Walaupun agak mahal harga makanan di Kopitiam Pak Li, tapi memang berbaloi dengan rasa dan menu yang ditawarkan.

Hery, Zai, Zid, Mel dan Ikin mula bergerak ke arah motor masing-masing untuk memanaskan enjin. Aku menjeling ke arah Reen yang masih lagi di meja makan. Dia menggamit ke arahku. Mungkin mahu personally mengucapkan terima kasih kerana belanja dia. Ini sudah bagus.

Setelah menerima duit baki, aku lantas berjalan ke arahnya. Berdebar-debar

S: Err...Hai, tak gerak lagi ke?
R: It’s okay. I tunggu you. Thanks anyway sebab belanja tadi.
S: Takde hal. Sekali-sekala apa salahnya.
R: Serius I tak tau makanan kat sini best. Kalau tau dari dulu lagi I join group korang
S: You are welcome. Boleh je join. Tapi memang kat sini tak boleh lawan tempat lain la die punya makanan.

S: Emm..Diorang dah tunggu tu. Jom gerak. Rumah you kat mane?
R: Bukit Jelutong. Taklah jauh sangat pun. You?
S: Belakang tu je. Enjin pun tak sempat panas.Jom

Aku menyarung jaket aku dan bergerak beriringan dengan Reen ke motor. Tiba di CBR, Hery mula mengusik perlahan

H: Hoi bro. Kurang hajaq kau, tadi punyalah malu-malu nak borak dengan Reen. Alih-alih, kau pulak yang nak tekel dia guna taktik belanja kau tu ye
S: Cilakak ko Hery. Belanja sikit macam tu pun kira tekel ke? Niat aku suci dowh
H: Hehehe. It’s okay. Mane tau ada rezeki nanti. Boleh jugak aku makan nasi minyak
S: Kalau ade aku turut gembira. hehehe
H: Eh, aku gerak dulu la. Jauh lagi nak sampai ni. thanks belanja tadi. Minggu depan belanja lagi okay
S: Aahh…mane aci camni. Turn kau la pulak next week. Hehe, jumpe Ahad nanti. Jangan bangun lambat pulak
H: Eleh, kau tengok nanti aku sampai paling awal. Ok, cau

Kesemua yang lain bergerak meninggalkan aku. Aku memanaskan enjin. Tangan kanan aku meraba poket mencari handset. Flip. Satu mesej diterima.

Belum sempat aku menekan butang ‘Read’, aku terdengar bunyi enjin superbike baru dihidupkan. Mataku tecari-cari akan bunyi itu. Jumpa. Honda CBR 1000 RR 2006 Repsol theme. Ini Reen punya. Tak balik lagi rupanya. Aku lantas memasukkan handset semula ke dalam poket dan memulas throttle CBR aku. Aku bergerak perlahan menuju ke arah CBR Reen.

S: Hai cik adik. Sorang je ke?
R: Eh. Isk. Hai. Terkejut I. Tak balik lagi ke?
S: Tunggu you la. Haha, takdelah. Panas enjin kejap. I ingat you dah gerak dengan yang lain tadi.
R: Tak sempat. Dah menghilang tadi. Lagipun kawan I call tadi.
S: Lewat-lewat macam ni pun ada yang call lagi. Oh lupa, ni malam weekend, mesti tengah enjoy lagi tu
R: Hahaha. Betullah tu. Em bu the way, tadi bila you datang, I terkejut juga tengok you pakai CBR jugak. Tak sangka.
S: Oh, really? Zai tak bagi tahu you ke?Moto second hand je pun. Tapi, cantik la theme color motor you. Repsol. Minat Nicky Hayden ke?
R: Thanks. Minat sangat. Handsome la dia tu
S: Macam I?
R: hahaha. Memang…langsung tak sama
S: Isk
R: Emm...Saf. I perasan tadi, you asyik pandang I je.
S: (Oh,shit…kantoi) Err…Err…tak…tak. Oh, tadi ke? Takdelah, I pandang ada sorang mamat kat belakang you tadi, dia bawak laptop Apple. I minat model tu. Nice
R: Oh ye ke? Hahaha. Sorry. My mistake. You punya jeling tu bahaya lah. Boleh buat perempuan cair. Hehehe.
S: (taktik menjadi) Oyeke? Eh, you better gerak sekarang. Dah lewat ni.
R: Okay. See you Ahad ni. Bye

Kami berpisah memandangkan jalan untuk ke rumahku tidak sama dengan jalan yang menuju ke Bukit Jelutong. Ish, tempat orang kaya tu. Bayangkan kat situ renovate rumah saja pun dah 1 juta, apetah lagi nak beli sebuah.

Tapi, betul ke jelingan aku boleh buat perempuan cair? Setakat yang aku tahu, anak kucing pun boleh tebunuh dengan ketajaman jelingan aku. Entahlah. Tapi memang orang yang kurang biasa dengan aku pasti beranggapan aku seorang yang garang. Riak muka aku memang nampak garang bila aku tak tersenyum.

Aku menguap. Jam sudah menunjukkan pukul 3.05 pagi. Ini sudah melebihi had tidur aku. Confirm petang esok baru dapat bangun ni.

Sebaik tiba di rumah sewa, aku lantas membuka baju pejabat dan mandi ringan untuk menyejukkan badan. Dengan badan yang sejuk, ditambah lagi dengan bantal yang empuk bersama comforter yang meng‘comfort’kan, aku terus terlena sebaik sahaja kepalaku mencecah bantal.

Oh bidadari syurga, datanglah ke dalam mimpiku.

bersambung part 10

Oct 31, 2008

Aku, Dia dan CBR part 8

dari part 1

Current time.

Aku tersedar dari lamunan panjang. Damn it. Aku benci betul bila teringat kenangan lama yang mengguris hatiku. Sudah beberapa tahun berlalu, tapi kenapa aku masih teringat akan saat-saat aku bertemu dengan cinta pertamaku. Kan mudah kalau otak manusia boleh ALT+F4 je. So simple.

Aku ternampak signboard exit dari Federal Highway ke Padang Jawa, sempadan antara Shah Alam dan Kelang. Lantas memperlahankan CBR ku untuk mengambil exit itu.

Tiba di Kopitiam Pak Li di Seksyen 7, Shah Alam. Kira-kira 5 minit dari rumahku. Kopitiam itu agak sesak. Memang jam 10 malam hingga jam 2 pagi adalah waktu yang paling sesak terutama sekali ketika hujung minggu.

Aku dan Hery menghentikan motor kami di barisan superbike yang lain. Lebih dari 5 buah superbike elok tersusun rapi. 2 daripadanya memang aku kenal pemiliknya, Kawasaki ZX-10R hijau fluorosence milik Kemal dan Yamaha R1 Fiat Yamaha MotoGP theme milik Zai. Aku tersenyum, lama sungguh tak jumpa mereka semua.

Lantas, mematikan enjin dan membuka fullface. Aku mematah-matahkan jari, membetulkan urat. Fuh, perjalanan selama 25 minit dari KLCC ke Shah Alam dengan kelajuan 200km sejam memang melegakan perasaan

Banyak sungguh mata-mata dari pengunjung-pengunjung Kopitiam Pak Li berkeliaran ke arah kami. Mungkin fenomena melihat penunggang motor besar ini jarang dapat dilihat, lebih-lebih lagi apabila terdengar bunyi merdu dari ekzos superbike. Aku suka begitu.

“WOI!!! Saf, Hery!!! Sini”

Terdengar satu suara memanggil. Zai rupanya. Aku melambai ke arahnya, memberi isyarat yang kami akan join mereka sebentar lagi.

Aku dan Hery berjalan ke arah meja itu.

S: Waah, lama tak jumpa. Sori lah aku tak dapat join ride hari tu. Makin besar ek...kau punya perut
Z: Wakaka. Demit.Kau pun macam dah membesar je. Lepas ni aku nak make sure kau join semua ride yang aku organize
S: No problem bro. Just make sure ada aweks wokeh
Z: Cis. Meh aku kenalkan. Ni name die Kemal
S: Aku kenal la mamat ni. Dulu belajar sekali kot. Yo bro, wassap!
K: Wassap!
S: Apesal malam ni aku nampak banyak muka baru. Mana kau cekup ni?
Z: Dah lama dah diorang ada kat sini. Cuma bila tau kita nak layan Cameron, diorang pun nak join sekali. Aku takde hal. Usha awek tu. Cun tu beb!
S: Sebab tu lah aku tanya. Nanti kenalkan kat aku orait?
Z: Tarak hal la. Lu pun single lagi. hehe
S: Lu dah tak available, duduk diam-diam suda...hahaha

Aku membuka jaket Alpinestar aku dan duduk di antara kerusi Hery dan Zai. Pelayan datang, lantas tanpa segan silu aku terus order white coffee ais dan nasi lemak special. Lapar dan mengidam.

Selepas mengambil order, pelayan lelaki itu terus ke dapur. Zai lantas mengenalkan aku kepada yang lain. Selain Zai, Kemal, Hery, terdapat 5 muka baru yang langsung tidak aku kenal. 2 lelaki dan 3 perempuan. Bob, Zid, Mel, Reen dan Ikin.

Pandangan mataku terfokus ke arah Reen. Aku tertarik dengannya. Raut wajah yang putih dan ala cina sedikit. Mix kot, tak pun orang Sabah atau Sarawak. Rambut lurus, panjang melebihi aras bahu dan tersusun rapi, berskaf putih. Berjeans hitam lusuh dan baby t-shirt putih. Simple dan elegan. Apa yang paling menarik perhatian aku ialah cara dia tersenyum. Dua lesung pipit bertakung di pipinya. Cair beb bila dia tersenyum.

Aku hanya memandangnya dari jauh, hanya mendengar suaranya berbual dan bergelak ketawa dengan Kemal. Aku segan nak join sekali nanti obvious gila aku berminat kat dia. Maybe next time, kalau ada rezeki.

Dari Zai, aku dapat tahu yang Reen juga memakai motor yang sama dengan aku, CBR 1000 RR edisi 2006 dengan Repsol theme. Aku kagum. Ada juga kaum perempuan yang boleh handel superbike yang paling berat dalam kategori 1000 cc itu. Tambahan pula, sama model dengan aku, macam ada jodoh je. Boleh buat modal nak berbicara indah ni.

Sekali-sekala aku terbuat-buat menjeling ke arah Reen. Setting lampu di Kopitiam Pak Li sangat lah indah hingga Reen kelihatan begitu comel sekali disirami cahaya lampu-lampu neon. Kadang-kadang aku bertentang mata dengannya. Untuk elakkan diri dari kantoi, aku buat-buat tersenyum ke arahnya. Tapi sangat obvious aku tengah usha dia kalau kantoi.

Untung betul hari ini. Dapat kenal dua bidadari indah. Seorang turun dari langit melalui lif KLCC, seorang lagi naik CBR. Kedua-duanya comel. Tidak! Aku masih tak dapat menerima hakikat betapa beruntungnya aku hari ini.

Kami terus berbual panjang malam itu. Rancangan untuk melayan korner di Cameron Highland tetap diteruskan. Seperti yang dijanjikan hari Ahad jam 7 pagi berkumpul di stesen minyak Petronas Rawang PLUS highway.

Aku agak kurang sabar. Adakah kerana sudah lama tidak melayan korner ataupun sebab Reen pun turut sama dalam ride kali ini. Seronok!

bersambung part 9

Oct 25, 2008

Aku, Dia dan CBR part 7

dari part 1

Oktober 2006, beberapa tahun sebelumnya

Hujung minggu ini akan diadakan pertunjukan besar-besaran Silat Cekak Ustaz Hanafi di Taman Tasik Titiwangsa. Menarik. Apa yang lebih penting, acara tersebut akan masuk ke dalam Malaysia Book of Record.

“Bro, nak join tak pergi Titiwangsa hujung minggu ni?” Tanya partner silatku

“Mesti la. Tulis nama aku dengan roommate aku sekali dalam form tu. Mane buleh miss. Mane tahu nanti dapat masuk paper”. aku menjawab selamba

”Jangan mengharap tinggi sangat, nanti jatuh berkecai. hehe. ”balasnya.

“Jangan lupa bawa kamera. Walkman sekali okay.”

***

Sabtu pagi yang sejuk,

Aku sudah terpacak di depan bas universiti walaupun tahu yang aku datang terlalu awal. Awal satu jam dari masa yang ditetapkan. Excited punya pasal. Bukan senang untuk aku turun ke Kuala Lumpur.

Bas bertolak dari unversiti tepat jam 10 pagi. Perjalanan dari Perak ke Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama. Sepanjang perjalanan mataku memang payah untuk terlelap. Aku lebih selesa menikmati keindahan alam sekitar ketika dalam perjalanan. Indah dan seronok

Jam 1400. Tasik Titiwangsa..

“Awal lagi ni. Event start kol 3.30 petang. Nak lepak kat mane ni?” kata instruktor Aki.

Instruktor Aki ialah pelatih bagi kumpulan aku. Peribadi agak bagus, hensem pula tu. Aku suka berbual dengannya kerana setiap ayat-ayat dari mulutnya memang penuh bermakna untuk panduan hidup. Boleh dikatakan aku antara pelatih yang paling rapat dengannya.

S: Entah...makan jom.
A: Ceh, baru je makan tadi. Tengok perut ni,dah roi dah. Usha awek jom. Banyak awek UiTM ni.
S: Cewah, dah tak available pun still mencari lagi.Aku ni lain lah. Jom cari port.
A: Ingatkan nak bangkang tadi. Ahah, jom masuk kat dalam dewan tu. Aweks detected, aweks detected!!!
S: Apa-apa lah bos, jom

Aku dan instruktor Aki berbual tanpa henti sehingga acara demonstrasi beramai-ramai dimulakan. Bangga dan penuh harapan supaya muka aku termasuk dalam surat khabar. Walaupun aku tahu kamungkinan itu hanyalah mimpi.

***

Selepas acara berakhir, aku kembali ke dewan tadi. Instruktor Aki tidak dapat dikesan. Dating kot. Pantang aku leka, mesti hilang. Asal aku leka je dia hilang, asal dia hilang je aku leka. Huh!

Sementara menunggu panggilan untuk pulang semula ke universiti, aku termenung keseorangan. Menerawang jauh. Ahli-ahli silat lain yang sibuk mengambil gambar kenang-kenangan tidak aku pedulikan.

“Nak ambil gambar saeng boleh?”

Tiada respon. Bukan untuk aku kot

”Hello.”

Lamunan aku terhenti. Suara siapakah? Satu wajah yang aku tak kenali muncul dihadapan aku. Yang pastinya bukan antara kawan-kawan yang aku kenali, kerana semuanya sudah berjanggut. Yang ini memakai tudung. Siapakah?

”Ya?” Aku membalas perlahan. Bimbang bukan aku yang ditegur.

Dia senyum. Agak manis. Aku membalas senyuman itu

“Nak ambil gambar saeng boleh?”

Terpaku seketika. Mengangguk perlahan. Hati masih tak percaya dengan kata-kata itu. Dia bercakap dengan aku ke?

Lantas dia duduk di sebelah aku. Mengengsot merapati aku. Aku masih kaku.

KLIK!

“Alaa...kenapa garang ni? Senyumlah sikit. One more time, okay?”

Baru aku sedar yang aku tekaku seketika. Ini yang aku lemah ni, bila kena approach dengan perempuan. Lebih-lebih lagi kalau comel. Terkaku tak kena tempat nanti. Baru kau tahu kenapa semua kawan-kawan aku berjanggut, bermisai.

”All right. Nice one. Thanks for the picture” Dia senyum lalu beredar.

Aku tertanya-tanya siapakah gadis misteri itu.

bersambung part 8

Oct 23, 2008

Aku, Dia dan CBR part 6

dari part 1

”Bro, are you okay? Tersengih sorang-sorang ni ape kes?”

Terpinga-pinga aku mencari suara itu. Suara lelaki. Garau. Yang pastinya bukan bidadari aku tadi. Cis, hampa. Kenapa bukan dia?

S: Oh, kau rupanya, Hery. Terkejut aku tadi. Kok ye pun bagilah salam dulu.
H: Hehehe. Dalam 5 kali jugak aku panggil nama kau. Bagi salam lagi la kau tak jawab. Buat tambah dosa aje.

Segan aku dikantoikan oleh rakan aku, Hery. Rakan lama yang aku kenali semasa belajar dahulu. Kini dia bekerja dengan syarikat kontraktor untuk sebuah syarikat minyak joint venture antara Malaysia dan Amerika. Agak lumayan gaji yang diterimanya berbanding dengan aku. Dengki pun ada

H: Lama menyepi? Join FNF tak malam ni?Tempat biasa, Kopitiam Pak Li.
S: Takkan tak kot. Boleh borak-borak dengan geng lama. Aku dah lama mengidam nak makan nasi lemak special nih.

FNF ialah Friday Night Fever di mana perjumpaan tak formal antara penunggang-penunggang motor besar untuk bertukar-tukar khabar serta 1001 perbincangan gosip pasti akan disuarakan. Lebih menarik lagi kalau ada lady bikers yang turut join. Bukan sahaja memeriahkan suasana, malah dapat juga mencuci mata.

H: Kenapa hari tu tak join? Rugi dowh, ade 3 lady bikers baru join. Cun beb.
S: Biasalah, busy. Balik ofis terus sadai kat katil. Awat tak cakap awai-awai?Confirm aku turun.
H: Banyaklah kau. Jadi tak hari Ahad ni nak layan corner kat Cameron Highland?
S: Bab-bab melayan korner ni memang aku tak tolak. Dah lama tak asah lutut ni.hehe
H: Haha. Jom kita gerak dulu. Member-member kita dah tunggu kat sana
S: Wokeh bos. Confirm ke ada lady bikers malam ni? Kalau takde siap kau.
H: Mengharap nampak.hehehe. Trust me dude.

Aku senyum dan mematikan bicara lalu menuju ke parking superbike aku. Honda CBR 1000 RR model 2006 yang aku idam-idamkan selama ini berjaya aku beli 2 bulan lepas walaupun second hand. Harga dalam RM 45k jugak tu.

Minat punya pasal, berbulan-bulan juga aku makan mi segera demi sebuah superbike. Biarlah orang lain cakap bukannya berbaloi pun beli superbike. Hujan pun basah juga. Tapi tanggapan aku berbeza, dengan harga yang sama, pastinya pemilik superbike lebih dipandang dan dipuji dari segi kelajuan dan fizikal berbanding pemilik kereta.

Sementara itu, Hery sudah hampir sampai ke superbikenya, Ducati 1098 RR merah menyala, brand new model. Orang kaya macam dia memang tak kisah kalau nak beli model terbaru. Tambahan pula jenama dari negara Itali yang terkenal dengan ketinggian cukai importnya mentang-mentang Valentino Rossi berasal dari sana.

Aku meletakkan fullface Arai di atas tangki minyak motor aku. Mencari-cari kunci motor dalam poket sebelah kiri seluar. Jumpa. Lantas aku memasukkan kunci ke dalam lubang kunci dan memulas. Starter elektrik ditekan perlahan.

‘VROOOM..VROOOMM......’

Sungguh indah bunyi ekzos Yoshimura yang dikeluarkan. Aku membiarkan enjin panas untuk beberapa ketika sambil memakai fullface dan jaket.

Hery memberi isyarat untuk bergerak terlebih dahulu. Aku membalas dengan melambai tangan. Sementara menunggu enjin panas, aku menatap handset Motorola Razr V3i aku, berharap ada message sweet dari sang bidadari yang baru aku kenali tadi.

Hampa...

Aku membetulkan kedudukan di atas seat. Tangan kananku memulas throttle perlahan. CBR bergerak perlahan, mengikuti Hery dari belakang. Kami keluar dari parking basement KLCC dan melalui Jalan Ampang menuju ke Lebuhraya Persekutuan

Walaupun CBR mampu bergerak lebih dari 200km sejam dengan kuasa penuh, namun aku bukan seorang yang reckless lebih-lebih lagi apabila menunggang dalam kawasan bandaraya ini. Bahaya. Ingat yang tersayang. Mana tahu tengah laju tiba-tiba ada bangla melintas jalan. Mmemang tak berbaloi.

Tapi keadaan berubah bila aku memasuki kawasan lebuh raya.

Biasanya, perjalanan ke Shah Alam dari KLCC mengambil masa 45 minit melalui Federal Highway pada masa sesak pada kelajuan 100km sejam. Memandangkan jam menunjukkan jam 11 malam, trafik yang ringan memberi peluang untuk aku memecut 200km sejam.

Biasanya, ketika dalam perjalanan yang jauh, aku seringkali mengelamun. Teringat kenangan lampau.

bersambung part 7

Oct 18, 2008

Aku, Dia dan CBR part 5

dari part 1

”Alang-alang tu, save your number sekali kat dalam tu boleh?”

Aku tergamam. Jantungku terhenti. Macam tak percaya ayat terakhir yang terkeluar dari mulutnya.Aku mahu sahaja menjerit keriangan tapi aku masih siuman dengan situasi sekarang. Saham mesti kena jaga beb.

“WOW!!!” Aku menjerit kegirangan dalam hatiku. Betul kah apa yang aku dengar ini.

Tergamam lagi. Sekali lagi aku mendengar dia tertawa.

”You ni suka tergamam ke? Comelnya dia. Hahaha”

Aku tersipu-sipu. Saham aku jatuh lagi. Damn it. Ayat-ayat terakhirnya seperti aku kurang percaya. Aku memang lemah pabila mendengar perempuan secomel itu memuji kelakuan aku tadi. Cair.

P: Dah save belum?
S: Oh...emmm..Okay, it’s done
P: Miss call
S: What? Apa dia? Siapa call?
P: Miss call la nombor you. Save nombor I.
S: Owh..okay…Rite, done

Girang dan berbunga-bunga hatiku.

Tetapi aku juga bimbang. Dengan ini, secara rasminya aku sudah mula membuka jalinan baru dengan Puteri. Aku bimbang. 1001 perasaan dan pertanyaan timbul. Bimbang akan terjalin hubungan yang berakhir dengan perpisahan.

Itulah aku. Seorang skeptical dalam perhubungan. Mungkin sebab itu lah aku masih single sehingga sekarang. Takut untuk memulakan perhubungan kerana memikirkan betapa sakitnya jika perpisahan berlaku.

Pengalaman pahit beberapa tahun lepas masih memberi kesan mendalam terhadap aku. Sejak itu, aku mula berazam untuk tidak menaruh harapan kepada mana-mana perempuan untuk dijadikan pasangan hidup sementara waktu. Kerjaya dan duit perlu diutamakan.

Sekali lagi secara tanpa disedari, kami sudah berada di luar dari lif yang menuju ke parking. Kami berpisah. Aku melihat sekeliling. Sunyi sepi. Ini tak boleh jadi. Aku mendapatkan Puteri semula.

S: Macam sunyi je. Jauh ke you park kereta.
P: Kat hujung tu, belakang tiang. I datang lewat tadi, tak sempat nak cari parking yang dekat sikit.
S: Jom I teman you ke kereta you.
P: Wow, nice of you. Thanks a lot
S: No problem. I don’t mind. So, Apa plan weekend ni? Tidur sepanjang hari?
P: Hahaha. Isk, tak manis perempuan tidur lama-lama, nanti dapur hilang bau
S: Itu petua orang tua-tua ke? Tak pernah dengar pun
P: No lah. But, nothing special. Kemas rumah, tengok tv, internet. Like that la
S: Tak keluar jalan-jalan ke? MidValley ke, The Curve ke?
P: Tengok la kalau ada kawan-kawan yang ajak. I ikut je. How bout you?
S: Hari Sabtu I plan nak tidur sepanjang hari. Hari Ahad maybe Cameron Highland kot
P: Tidur sepanjang hari? Are you serious?
S: Hahha. takde lah, I usually update blog hari Sabtu. Idea dah melimpah ruah ni.hehe
P: Wow, you dah buat I lagi tak sabar nak baca blog you. You pergi dengan siapa ke Cameron nanti.
S: Member-member lama time I belajar dulu. Dah lama tak jumpa. You nak strawberry?
P: Wow, I dah lama tak makan. Thank you.
S: Nanti Isnin you datang ofis bawak bakul, I bawak satu lori untuk you.

Sambil tertawa kecil, Puteri menampar perlahan belakang tangan kanan aku. Terkejut aku. Tak sangka aku dengan perlakuannya. Kami tiba di keretanya. Aku agak terkejut bila melihat keretanya.

S: Wow, Mini Cooper S. Is this really yours?
P: Of course. Hadiah birthday dari Papa I awal tahun lepas.
S: That’s cool.

Aku memerhatikan Puteri memasukkan begnya di bahagian tempat duduk belakang.

P: Thanks for today. See you this Monday.
S: Allright. Drive safely. Kalau mengantuk, singgah kat RnR, ade coffee break.
P: Hahaha. Lawak lah you ni. Macam lah nak balik kampung. Okay, bye Saf.

Puteri masuk ke ruang driver dan memulas kunci. Dia melambai. Aku membalas lambaian ke arahnya. Puteri sempat memberi senyuman yang paling menggugat jiwa ragaku sebelum berpisah. Cair.

‘Looking forward to see you again next Monday.’ Kata hatiku dengan penuh harapan.

Aku tarik nafas dalam-dalam.Tahan. Dan menghembus perlahan. Aku cubit pipi kiriku. Sakit. Masih kurang yakin, aku cubit peha kanan aku. Sakit. Confirm, bukan mimpi.

Aku mengorak langkah meninggalkan ruang parking kereta menuju ke kawasan parking motor.

‘Jauh la pulak nak patah balik. Itulah, siapa suruh aku gatal nak hantar ke kereta dia. Tapi, takpe, sebab dia comel.’ Hatiku mengomel sambil kakiku melangkah ke arah motorku,

Honda CBR 1000 RR edisi 2006 dengan belang merah hitam tersegam gagah dari jauh.

”HOI!!!”satu suara menyergah...menyentap lamunan indah aku.

bersambung part 6

Oct 15, 2008

Aku, Dia dan CBR part 4

dari part 1

“Lupa nak tekan butang lif ni.Patut lah lif tak sampai-sampai”

Sekali lagi dia menahan ketawa sambil menekup mulut. Comel

”I ingatkan apelah yang you terkejut tadi. hahaha. Jangan menjerit lagi tau. Terkejut I tadi”

“Sorry, tak sengaja. Refleks”

Dalam hati aku menyumpah-nyumpah, kenapalah aku teringat pasal lif tadi. Kalau tidak, pastinya aku dan Puteri masih berbual mesra dan malam yang indah ini takkan berakhir dengan sebegitu cepat.

Ting Tong…

Shuttle lif khas yang membawa penumpang terus dari tingkat 42 terus ke ground floor pun tiba. Kami melangkah masuk dan suasana kembali sunyi.

Masing-masing memikirkan modal untuk berbicara. Kelu. Tiada modal. Aku menjeling dengan anak mataku ke arahnya. Tidak berani aku bertentang mata dengannya. Mahu tapi malu.

Ting Tong…

Pintu lif terbuka. Saat-saat yang paling aku tak suka hampir tiba. Saat-saat perpisahan walaupun sementara. Lagi pun, esok adalah cuti hujung minggu. Pastinya aku takkan bertemu dengannya untuk dua hari seterusnya.

Kami berjalan beriringan melepasi security.

P: All rite. I go this way. I park my car there.
S: Samalah dengan I. Tapi I naik motor je.
P: Emm, by the way, Saf. Can I have your blog address? It is a long weekend without things to read. But, If you don’t mind la.
S: Okay. no problem.

Aku mencari-cari pen dan kertas dalam beg sandang aku. Hati aku berbunga-bunga memikirkan ada pembaca comel bakal membaca blog aku yang entah apa-apa entah coretan kat dalam tu.

Kertas yang di cari dijumpai tapi tidak pula pennya. Mengeluh. Kenapalah masa sekarang ni lah benda yang dicari tidak dijumpai.

S: You got pen or pencil?
P: Emm…wait. Nah.

Aku menyambut .Tapi, bukan pen yang dihulurkan tapi PDA. Aku kurang pasti dengan model dan jenamanya, tapi yang aku pasti ia sangat jauh berbeza dengan phone aku yang agak ketinggalan, Motorola Razr V3i yang aku beli second hand beberapa tahun lepas.

S: Wow, nice PDA
P: Thanks. Taiplah dalam tu
S: Kejap ye.

Aku terkial-kial menaip alamat blog aku ke dalam ruang message dan menekan ‘save as draft’. Agak lama aku menaip seperti seolah-olah sengaja melambat-lambatkan masa.

Siap. Lantas aku menghulur kembali PDA itu kepadanya.

“Emm…if you don’t mind…”

bersambung ke part 5

Oct 12, 2008

Aku, Dia dan CBR part 3

dari part 1

“Fuh, nasib baik sempat mengelak, kalau tak, jatuh saham aku” hatiku berkata.

Dia berpaling ke arahku. Rambut lurusnya terbuai ketika berpaling. Ayu. Jantungku terhenti seketika. Dia tersenyum

“Hi, actualy, I still baru kat sini. Lif yang menuju ke ground level kat mane ye. Tak biasa lagi la tempat ni.” Lunak sungguh suaranya kedengaran.

“…”aku terkelu

“Em, awak…” Dia mengulang, lalu menghentikan lamunan aku.

“Oh…hi. Sorry. Em, be..belakang tu je” Aku menjawab gagap.

Jatuh saham macho aku sekejap tadi. Damn it. Macam mana entah badan aku tiba-tiba kaku bila berdepan dengannya.

Masih lagi dalam terkejut kerana teguran itu, aku cuba berlagak biasa berjalan menuju ke sisinya.

”Hi, I’m Saf. U in which company?” Aku memperkenalkan diri sambil berbasa-basi walaupun aku memang dah tahu dari emel pengumuman yang diterima pagi tadi.

Sudah menjadi adat istiadat dalam syarikat yang mana setiap staf baru yang mendaftar masuk akan diperkenalkan melalui emel. Sedap namanya Puteri Izzati Sofillea. Tidak aku sangk dapat bertemu juga dengannya malam ini.

“Just call me Puteri. I’m in HR, I think we are in the same company kan? You just came from level 64, rite?”

Syarikat aku aku sedang bekerja sekarang mempunyai 3 level, Operation and Development Department di level 64, Subsurface Department di level 67 dan Business Support Department di level 68.

“That’s rite, the level full of nerd engineers. Haha” Aku cuba membuat lawak bosan.

Aku mengalihkan pandangan aku ke arahnya untuk melihat reaksinya. Dia menekup mulutnya menahan ketawa. Comel dan sopan. Barang kali lawak aku menjadi.

Dia memandang aku kembali. Masih lagi menahan ketawa. Aku terus mengalihkan pandangan. Segan untuk bertentang mata tapi mahu.

“You pandai la buat lawak,” masih lagi menahan ketawa sambil menekup mulutnya.

Ini yang aku lemah ni. Tidak ramai yang ketawa dengan lawak aku kecuali semasa aku membuat praktikal dahulu. Teringat aku kepada kakak itu. Aku lupa apa yang aku cakapkan kepadanya tapi lama betul die tahan gelak sampai keluar air matanya. Aku tersenyum sendirian.

Now it’s happen again but to an angel. Siapa yang tidak cair melihatnya ketawa. Aku hanya tersenyum melihatnya, a man need to control his coolness, otherwise he is nothing. Aku membalas

”No lah. Lawak basi je tu.”

Sambil senyum-senyum, aku cuba memulakan perbualan. Peluang sebegini tak boleh dilepaskan. Sayang.

S: Rajin you kerja. Dah lewat ni.
P: Taklah. Actually bukan kerja pun.
S: Then?
P: Internet.
S: Aik, you tak ada internet ke kat rumah?
P: Dial up je. Lagipun kat sini laju, 1GBps.
S: Hahaha. That’s true, Mula-mula dulu I pun addicted
P: Iye? You suka download ke?
S: Ada juga. Tapi I more on blogging.
P: Wow, nice. I tak ada blog tapi I suka baca blog orang lain. U tau blog ‘Syurgamu’ tak?
S: Of course lah. haha. Dulu I refresh that blog looking for his new post every one hour.haha
P: yeah. I like all his posts even only one-sentence-post. But, now it’s deleted already
S: Well, things come and go. But, I am surely won’t delete my blog
P: Hahaha. You ni lawaklah.

Dalam tidak sedar, kami berbual lebih dari setengah jam. Boleh dikatakan yang dia banyak memulakan topik baru berbanding aku dan sering ketawa dengan komen-komen aku yang penuh dengan lawak basi.

Mungkin sikap yang suka ketawa itu yang membuatnya menawan. Plus, she is gorgeous.

Aku seperti merasa yang ini bukan diri aku sebenar. God, what you have done to me?

Aku jarang berbual dengan orang yang pertama kali aku kenal. Tapi, Puteri is different. Dia mampu membuat aku meninggalkan perangai pendiam aku itu.

Aku ingin mengenali lebih dalam tentangnya. Tapi aku juga pasti dia adalah milik orang.

Teringat kata-kata seorang kawanku ketika belajar dahulu;

‘Setiap yang comel itu mesti sudah berpunya, bro. Kurangkanlah berharap...’


Banyak topik yang keluar sampaikan masalah negara pun dapat diselesaikan. Ada tokoh juga aku nak ambil alih tugas PM ni.

Dalam keasyikan itu, aku seperti teringat sesuatu...

”Ya Allah!!!!” Aku separuh menjerit. Puteri terkejut.

”Whats wrong?”

bersambung part 4

Oct 9, 2008

Aku, Dia dan CBR part 2

dari part 1

Jam 10pm waktu Kuala Lumpur. Di hadapan kubikel sendiri.

Aku menggeliat lenguh. Memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada orang.

Aku mengeluh lagi. Lewat 2 jam dari apa yang dijadualkan. Yang penting, kerja untuk minggu ini sudah siap, yang tinggal hanya hujung minggu yang aman damai.

Sambil mengira barangan yang perlu aku bawa pulang beberapa kali, aku terdengar pintu kaca yang menghubungkan antara lif dan pejabat dibuka.

“Wah, ini sudah bagus. masih ada lagi yang belum balik”

Aku menghalakan pandangan ke arah pintu kaca. Ceh, pak guard rupanya. Hampa.

Aku melemparkan senyuman kepadanya sambil meneruskan kiraan aku. Bimbang jika ada yang tertinggal.

Dompet. Helmet. Jaket. Kunci. Beg galas.
Beg galas. Jaket. Helmet. Kunci. Dompet.
Helmet. Beg galas. Kunci. Dompet. Jaket.

Siap. Aku lalu membuka langkah menuju ke lif. Menekan punat dan menunggu. Lif terbuka. Kali ini aku terkejut sekali lagi. Terkejut melihat seorang bidadari syurga di hadapan mata. Bidadari yang turun dari langit melalui lif KLCC.

Aku kenal dia. Staff baru di bahagian HRM di tingkat 68 dalam company yang sama. Agak comel.

Sambil membuat lagak normal walaupun hati sudah tak keruan, aku mengorak langkah memasuki lif. Dia tersenyum dan aku membalas senyuman kepadanya.

‘Ada chance ni’ hati ku mula menggatal tetapi itu tidak dizahirkan. Kurang berani.

Aku melangkah masuk ke dalam lif. Pintu lif tertutup dan bergerak turun.

Level 60. Diam. Aku kaku

Level 55. Diam. Fikir topik yang sesuai

Level 50. Diam. Fikir sebab dan akibat

Level 45. Diam. Fikiran melayang

Level 42. Ting Tong. Lif terbuka. Tiba di tingkat pertukaran ke lif lain yang menuju ke tingkat bawah

Tersedar dari lamunan, lantas sebagai seorang yang gentleman, aku memberi peluang kepadanya untuk mengorak langkah terlebih dahulu untuk keluar dari lif.

Aku menuruti langkahnya sambil fikiran aku masih lagi terawang-awang.

Setelah berjalan beberapa ketika, tiba-tiba langkahnya terhenti. Aku hampir- hampir terlanggarnya. Aku pelik.

bersambung part 3

Oct 8, 2008

Aku, Dia dan CBR

Di level 64 Tower 2 KLCC, Jumaat, 3.30pm.

“Tuan, emmm…mill certificate for work order 49 sudah attach belum kat dalam final doc? If done, I need to review first before pass it to our document control for achieve.”

Aku terkebil-kebil memandang rakan sejawat aku, M, sambil jari-jariku ligat menaip laporan mingguan untuk minggu ini sebelum menikmati hujung minggu yang indah.

“Emm..wait for moment. Nak habiskan ayat ni, nanti idea hilang.”

Aku menghabiskan beberapa ayat dan membalas;

“Untuk work order ni ke? Sekejap ye”

Tangan aku lantas meraba-raba susunan fail di bawah meja aku dan menarik sebuah fail berkulit keras yang berlabel ‘WO#49’.

Aku membuka muka depan dan terus membelek ke muka surat paling belakang yang mana disitulah mill certificate biasanya diletakkan

“Damn it…Sorry bos, still pending. Aku langsung lupa nak update dengan Vastabux”

Vastabux ialah syarikat kontraktor yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan yang diamanahkan oleh pihak client.

“It’s okay. Nanti dah siap just pass it to me for review.”

Sambil tersengih-sengih menampakkan susunan gigi yang kurang tersusun, aku membalas;

“Apa sahaja untuk bos”

Aku memandang M berlalu dari kubikel aku. Mengeluh berat.

Sejak diterima oleh Construction Team untuk menguruskan beberapa projek kecil, aku kurang menumpukan perhatian terhadap tugasan dari team aku sendiri, iaitu Inspection Team. Lambakan kerja dari Construction Head sering membantutkan perhatian aku untuk menyelesaikan kerja remeh-temeh ini.

Walau apa pun, tak mengapa. Aku masih muda dan bertenaga. Aku anggap ia untuk saham masa depan nanti

Oleh kerana itu, aku perlu bekerja lebih masa hari ini. Waktu kebiasaan pulang pada jam 6 perlu dilanjutkan ke jam 8.

Aku menyambung kerja-kerja yang tiada berpenghujung.

bersambung part 2