Showing posts with label Students Life. Show all posts
Showing posts with label Students Life. Show all posts

Nov 12, 2008

Cicak Dendam

Akhirnya sudah habis satu kertas peperiksaan, Malaysian Studies, untuk semester ini. Masih ada lagi 3 subjek yang perlu di projek kan. Tak sabar menunggu cuti, walaupun aku ni malas betul nak balik rumah. Kalau ada port baik, roger aku weyh...

Badan aku semakin hari semakin membesar. Dah terlebih besar pun sebenarnya. Untuk diet, sekarang aku dah mengamalkan makan nasi sehari sekali je. Kalau lapar tu terpaksa buat buat air je la. Milo, nescafe dan yang terbaru kopi putih bandar ipoh lama. Mengancam tu. Aku harap tahun depan boleh turun 15 kg lagi. cewah.

Lepas minum ni nak dijadikan cerita punyalah pemalas aku. Kalau minum pagi, malam baru basuh. Kalau minum malam, pagi baru basuh. Kalau tak minum macam mane?! Tak payah basuh la bang. Tapi, jangan bimbang, aku memang basuh dengan cukup detail, celup sabun dalam air panas lagi tu untuk menanggalkan kotoran degil. Memang bersih habis. Sebab tu lah gelas tu dapat bertahan sehingga kini.

Satu malam yang juga dirahsiakan detailnya untuk mengelakkan fitnah durjana...

Aku seperti biasa. Lapar mula menjenguk ke dalam perutku. Orang cakap kalau nak diet jangan makan malam. So, aku pun pun mengambil keputusan yang biasanya aku buat. Minum air. Since pagi tadi dah minum mili, malam ni nak minum nescafe pula since nak tidur lewat sikit sebab keesokannya hari weekend. Nice.

Aku melangkah lapar ke arah dapur untuk memanaskan air. Mengisi air ke dalam heater lalu menekan butang 'ON'. Lampu pun menyala. Sambil itu, aku meletakkan gelas plastik 'Nescafe' yang penuh dengan keladak-keladak dari Milo yang dibuat pagi tadi.

Sambil menunggu air masak, aku cuba untuk menonton berita. Namun berita-berita politk di Malaysia amat mengguris hati fragile aku ini. Penuh dengan sampah sarap tak mungkin akan bersih. Buang masa betul orang yang update berita dan blog mengenai politik jadah ni. Baik sedekah je duit untuk aku beli sebuah MV Augusta 1043 RR.

Ketap!!!

Bunyi yang menandakan air sudah siap dimasak. YES!!! ... aku dengan pantas terus menuang sedikit air panas ke dalam gelas plastik aku untuk membasuh keladak-keladak bekas air milo pagi tadi. Lantas mengacau dengan sudu agar keladak itu tanggal.

Eh...ape ni?!

Sudu yang aku guna untuk mengacau air panas itu seperti berat kerana terlanggar sesuatu. Aku lantas menjenguk ke dalam gelas.

CICAAAK!!!....OH SHIT!!!!!

Aku tak geli dengan cicak mahu pun kucing. Tapi bayangkan perasaan itu bila anda mengacau air yang anda tahu ada cicak di dalamnya. Bulu kening pun boleh meremang beb!? Nasib baik aku tak melatah

Apehal la kau lepak dalam gelas aku ni wahai cicak? Takde port lain ke nak lepak. Dalam gelas aku jugak. Kang dah kena air panas dengan aku. Terus mampus...Cuba la cari port lain kalau nak lepak. Sogo ke, Lot 10 ke, Suria KLCC ke, tak pun paling cikai pun kat Hotel Palace of Golden Horses pun okey ape. Bukannya dalam gelas aku.

Kepada cicak yang terkorban tu, saya harap anda telah membeli insuran nyawa sebelum ini untuk support anak bini keluarga. Tapi, bukan ke kalau bunuh cicak ni dapat pahala?! Tapi malam tu bukan malam Jumaat?!

Satu malam aku rendam gelas aku dengan dettol+air panas ditambah lagi dengan semburan pewangi-sape-punye-entah. Trauma tu beb

Nov 3, 2008

Angin Dendam (ini bukan lanjutan dari siri Lurah Dendam)

Sekarang musim angin monsun study week. Damn, masa untuk exam sudah dekat. Preparation cam haram je. final year project (FYP) presentation nak kena buat lagi. Tensi tensi

Tapi kalu tensi senang je bagi aku, moto 'take a walk, dude' memang selalu diamalkan. Bukan lah take a walk kat ipoh, kat dalam utp suda.

Nak bersukan tapi takde member. Semuanya jenis stok-stok study je. Kalau yang ada pun, bersukan dalam mimpi atas katil petang-petang. Pastu bila bangun berpeluh-peluh, mulalah kata kat aku yang dia baru lepas bersenam. Ape kes ni brader? Apa lagi, joging je la jalan penyelesaian nyer. Betapa keseorangannya hidup aku. huhu. cewah

Nak berjoging pun bukan senang. FYP eh FYI, utp ada 2 tempat paling hot untuk pergi berjoging. Satu mengelilingi kolam, satu lagi mengelilingi padang besar. So, nak kena pilih mana port yang bagus sebelum menyesal. Mindset aku, padang= lelaki manakala kolam = aweks2 yang hot+sexy+wangi

Mesti aku pilih kolam punya. Lagipun dengan wujudnya trek joging keliling kolam, makin ramai aweks2 yang hot+sexy+wangi turut joging. Tak tau kenapa, sebelum trek tu wujud, susah betul nak nampak diorang joging. Tapi, aku tetap mengamalkan dasar terbuka. Pandang dan nikmati saja apa yang patut.

Setakat joging satu round complete memang takde hal. Tapi dah masuk round kedua tu memang pancit habis. Kurang macho sikit disitu. Takpe, kalau ada orang tanya, cakap je dah 5 round. Ada orang tanya ke? Ah, nak cakap jugak!

Apa yang membuat utp lagi berwarna-warni ialah dengan kewujudan foreigner yang turut bersenam sekali. Suasana integrasi dapat dirasai walaupun bukan di sekolah berasrama penuh integrasi. Aku suka begitu.

Aku paling suka kalau joging dengan mengharungi angin yang kuat. Selesa. Memang fevret bila angin menuju ke arah aku. kalau dapat menuruti aweks2 yang hot+sexy+wangi, memang kembang kempis hidung aku dengan kewangian mereka. Yang paling penting, pandangan mata tetap di jaga (kot?!)

Suatu petang yang indah, (tarikh ddirahsiakan kerana mengelak kontroversi)...

Aku tengah berjoging hingga separuh dari trek, tiba-tiba aku terdengar derap langkah yang agak kerap dari arah belakang aku. Ada yang tengah berjoging dibelakang aku la tu.

Aku pantang betul bila berjoging kalau ada orang yang turut berjoging di belakang aku. Mesti aku control macho sket. Kalau aweks2 yang hot+sexy+wangi kat belakang memang berbaloi la control sket. Tapi kalau balak, memang terasa sia-sia je hidup ini. Dey, kalau nak laju, tak payah la ikut belakang aku lama-lama, potong suda. Rimas ni

Aku memulakan mode control aku. Kalau aweks2 yang hot+sexy+wangi, memang best ni. Malas nak menoleh, obvious pulak nanti. Usha diam-diam suda. Aku terus berjoging sambil menikmati angin yang bertiup ke arahku dari hadapan. Mata mencari-cari aweks2 yang hot+sexy+wangi yang lain. Dimanakah kamu?

Derap langkah dari belakang semakin mendekati dan zaasss.....

Terdapat lembaga gelap (walaupun pada masa itu masih petang) melintasi aku. Foreigner rupanya. Mungkin dari Sudan atau Mozambique. Mungkin juga Afrika Selatan, yang pastinya bukan dari negara Kelantan. Aku pasti yang itu. Sebab aku pun dari sana

Aku lega. Kan senang kalau potong awal-awal, takdela aku control lama-lama.Dah la lelaki, sia-sia je control.

Angin masih bertiup kencang ke arahku...

Aku tiba-tiba perasan yang angin bertiup ke arah aku itu sudah bertukar. Bukan bertukar rupa atau warna, tapi BAU. Oh shit!. mamat foreigner tu yang bawak bau hangit yang memang tak hengat la. Damn it. Aku sesak nafas. Bayangkan tengah joging dengan nafas yang tak keruan, tiba-tiba bau itu muncul. Apa kamu sempat untuk berbuat apa-apa?

Dah nama angin, Aku tak dapat mengelak. Tangan aku menepis-nepis, tetapi angin+bau itu pandai. Langsung tak bagi peluang kat aku. Lantas menerjah ke hidung aku. Sungguh menusuk kalbuku. F**k it. Aku terus berhenti joging. Mamat-foreigner-hangit-punya-bau tu pun turut berhenti joging. Pancit kot. Berjalan tak jauh didepan aku. TIDAK!!! kenapa kau seksa rongga hidung aku.

Angin masih menderu bertiup ke arah ku melalui mamat-foreigner-hangit-punya-bau. Rongga hidung seperti dipenuhi molekul-molekul palat yang amat. Aku menekup hidung. bernafas melalui mulut. Mahu juga bernafas melalu kulit. Tapi kulit aku tak lembab seperti katak. Pengsan

Dan angin terus bertiup sepoi-sepoi bahasa tanpa rasa kesal....

***

Pengajaran: Jaga pandangan mata anda terhadap aweks2 yang hot+sexy+wangi dan sila bawa penutup hidung ketika joging

Oct 30, 2008

Lurah dendam

Hari Selasa yang panas, 2 hari lepas...

Hari yang dijadualkan untuk test subject Petroleum Exploration. Agak nice subject itu since lecturer nya sempoi-sempooi yang amat ditambah lagi seorang amoi-graduate-asistant-cun-yang-amat-garang-sekali. Jas**** namanya.

Sehari sebelum test, semua calon2 sibuk membuat note yang ditaip didalam komputer dengan saiz yang maha kecil memandangkan kami dibenarkan membawa sehelai nota bersaiz A4 untuk ke test. Klik di sini untuk mengetahui saiz A4. Weyh, takkan tak tau saiz A4 kot. Bayangkan macam mana anda mahu masukkan 400 slideshow note ke dalam satu A4

Disebabkan kebenaran membawa A4 note semasa test, aku mula membayangkan bahawa test tersebut mesti sangat3x susah yang macam haram.

Tepat sekali snagkaanku. Macam haram je susah sampaikan note tu macam takde mende dan sia2 je buat. Tapi takpe, kami dijaga oleh amoi-graduate-asistant-cun-yang-amat-garang-sekali.

Aku mengambil tempat duduk sebelah Ainos (bukan nama sebenar). Test susah, so, paham2lah. tengkuk mula memanjang, mata mula terjulur keluar, telinga mula menjdai sensitif, tangan mula memberi isyarat2 pelik danmulut mula menjadi terkumat-kamit.

Tiba-tiba aku terpandang sesuatu. Apa lagi, aku pun sound la Ainos (sedikit nama sebenar).

"Weyh, jaga pandangan mata anda!"

Ainos disebelahku berpaling dan berkata, "Wadehel!"

aku mengulang ayat sama dan dia membalas ayat sama selama 5 kali.

kerana apa? Kerana aku terpandang LURAH DENDAM

Bahaya sungguh lurah itu. Bisa tidak membuat kami konsentret kat test...

***

Weyh amoi! lain kali kalu nak pergi test, pakai la baju labuh ke bawah sikit or seluar yang tidak terlalu terlondeh. Lurah dendam anda sungguh nice untuk dipandang. Cis! Ni amoi yang lain. bukannya amoi-graduate-asistant-cun-yang-amat-garang-sekali.

Kami keluar dari dewan test dengan perasaan yang berbaur. Hampa ada, gembira pun ada. Kamu lelaki?Paham2 ajalah

Oct 24, 2008

Baru aku tau yang dia seorang pelakon handalan

mungkin antara kamu tak pernah mendengar atau melihat lakonannya. aku tak pasti sama ada dia itu popular atau tidak. entahlah.

tapi apa yang aku pasti, aku ternampak sebuah lakonan mantap darinya semalam.

katakan dia sebagai R.

kisah drama percintaan yang menyayat hati antara R dan K.

ikutilah kisahnya...


R: Saya sudah tiada masa lagi. Saya perlu tinggalkan tempat ini
K: Kenapa awak harus pergi? Awak tak sayang saya kah?
R: Bukan macam itu, saya terlalu sayang dengan awak
K: Tapi kenapa?
R: Dengar sini sayang, saya harus pergi. Believe me. Saya tak dapat hidup tanpa awak
K: Awak tipu! kalau awak tak dapat hidup tanpa saya, tinggallah disini
R: Saya terpaksa. Em, awak
K: ...
R: Awak..
K: Apa dia?
R: Saya nak bertolak hujung minggu ini
K: Awalnya. Awak memang nak tinggalkan saya kan?
R: I need to rethink on our relationship.
K: Nak fikirkan apa lagi? Awak dah ada pengganti ke?
R: Bukan macam tu. It's too hard for me
K: Sudah lah. pergi, pergi!!!
R: Sayang...

K berlari anak meninggalkan tempat itu tanpa menolah ke arah R lagi. Dia terlalu sedih ditinggalkan R.

R tidak mengejar K. Sebagai seorang lelaki, dia ada egonya tersendiri dan dia harus teguh dengan pendiriannya.

hujung minggu, R membawa diri. Dia perlu berfikir. Sepanjang 3 jam perjalanan, dia berfikir dan terus berfikir. Pada malam itu, dia menyesal. Terlalu menysal. Lantas, dia berusaha untuk call dan message.

"Burn, aku luper ar nak bawak balik kabel komputer aku. Nanti tolong pass kat Rizzat k"


Featuring;

R sebagai Rumet
K sebagai kabel komputer
Burn sebagai rumet kepada Rumet

Oct 7, 2008

Semua itu Adalah Memori

Aku mula melukis komik ketika di sekolah rendah. Setiap buku latihan di bahagian belakang pasti penuh dengan komik yang aku lukis dan jalan ceritanya aku reka sendiri. Inspirasi aku untuk melukis kebanyakannya dari siri Power Rangers, Flashman, Maskman, Gaban etc...Cikgu Hamidah, guru Bahasa Melayu memang sudi meluangkan ceramahnya terhadap telinga aku apabila mendapati karya-karya aku di belakang muka surat buku karangan aku.

Di STAR, aku mula melukis potret, tapi langsung tidak cantik. Lantas, untuk tidak menghampakan kehendak hati, aku meniru lukisan dari komik dan aku juga boleh lah dikatakan pandai dalam melukis pemandangan. Pemandangan padang sekolah memang selalu menjadi mangsa aku dari pelbagai sudut. terima kasih kepada encik Hishamyang menjadi sumber inspirasi aku.

Ketika tahun menjelang SPM, aku mula mengarang. Aku beranggapan aku hanya berbakat dalam seni lukisan tapi aku salah. Aku meninggalkan seni lukisan seketika dan mula tertarik dengan seni tulisan apabila karya main-main aku disiarkan dalam majalah sekolah.

Dan kini di UTP, aku hanya mampumembuat blog dengan celoteh-celoteh yang kurang bermakna

Sep 23, 2008

I need a GF

"Dude, I need to have a GF"

"Of course la, yang engkau baru terfikir sekarang nak cari GF ni what de heck? Orang lain semuanya dah lama ada, siap dah ada yang buat back up lagi"

"Bukan macam tu bro, aku tak perlukan back up. Kasihsayang aku kepadanya nanti untuk dia seorang saja"

"Well, I wanna suggest you someone, but, forget it, kau ni bukan ke alah sikit dengan perempuan ni?"

"Tu la masalahnya. Aku kurang pandai la bab2 camni anyway. But I need someone."

"Sound like you are desperate. Jangan sampai kau cari lelaki pulak"

"Sh*t, haram. Jangan sampai nanti esok keluar berita ada pelajar UTP mati termakan kaki aku nanti"

"Cool down, babe. Rileks. So, apa yang dah berlaku sampai tiba2 kau macam ni?"

"Nothing, just want to spend my kredit for her especially. Balance RM 214.63 and expired 20 September 2009! So, before my handset kena curi, at least dapat jugak merasa untuk guna kredit ni."

Sep 15, 2008

Students Fantasy Life #1

Sesungguhnya aku tiada apa yang menarik untuk diceritakan kepada orang lain. Hidup ini bagaikan berlakon dalam drama yang sangat dull. Tidak seperti cerita Korea yang...you should know better than me.

Sudah dua tiga minggu aku demam. Demam dengan melayan cerita Korea yang jiwang itu.

"Dude, jangan langsung cuba mula tengok drama Korea, nanti...well, later you know"

Nasihat yang penuh 1001 rahsia cuba disampaikan kepada aku.

Namun aku tak peduli since tiada lagi drama untuk aku tonton ketika makan malam especially.

Akhirnya...

Now I am addicted to Korean drama.

'Which Star Are You From' starts make my life miserable. The way of story start make me live in a fantasy world. Well thats fine by me.

Segan dengan karenah rumet, aku mula membuat cerita,

"Well rumet, it seems that cerita Korea ni made for me, a loner, to live in a fantasy world. You different, man. Tak perlu berfantasi romatis since you got already a girl that can be romantis of"

Haha, what a lousy idea

Menonton episod final, seperti keadaan aku di ambang perpisahan dengan orang tersayang.

Habis final episod,hatiku tercetus,

"God, please send me that girl to comfort my heart"

Damn it. I am in fantasy again.

Aug 24, 2008

Hujan Di Kala Convofair Bermain Biola

Wikend ini wikend yang sibuk. Convofair perlu dilaksanakan oleh MPP. Biarlah mereka. Aku terus begini. Menikmati angin sejuk wikend di kala jam 3 pagi. Acara rutin setiap kali wikend.

Hujan memang sinonim dengan setiap Convofair. Bukan band Hujan yang buat gigs tu, tapi hujan yang mat saleh cakap 'rain'. Asal Convofair je hujan, asal hujan je convofair. Huh

Malam yang sejuk selepas hujan memang enak untuk ditiduri, er, I mean, tidur. Well, lepas kempunan tak dapat lihat Nabil Raja Lawak Musim Kedua akibat hujan lebat memang mengecewakan. Apalah dosa aku pada kau wahai Nabil, mungkin sebab aku langsung tak spend 1 sen pin time undi kau ari tu kot.

Isnin ni Convo. next year giliran aku pula, em, mampukah aku?Orang kata nanti, bila dah habis belajar, boleh bawa pulang ijazah dan azizah.Ijazah itu insya Allah, tapi Azizahnye mane?

*Borang J boleh didapati di kaunter-kaunter aktif untuk tempahan Azizah. Sekian

Aug 2, 2008

Aku sudah Final Year

2 minggu sudah berlalu sejak kembalinya ke UTP selepas 8 bulan menempuh kehidupan internship. Terlalu sekejap rasanya berada di Carigali Hess. 8 bulan bagaikan 8 hari. Namun kehidupan harus diteruskan.

Final Year memang amat mencabar bagiku lebih-lebih lagi kelas bermula jam 10 setiap hari dan Jumaat pula tiada kelas. Membuatkan jadual biologi ku terganggu oleh kehendak nafsu sendiri.

Bangun jam 9.30am dari Isnin ke Khamis manakala jam 12 pada hari Jumaat. Sabtu dan Ahad tak payah cakapla, petang baru mata dibuka untuk membuktikan yang aku masih hidup lagi di dunia ini.

Papehal pun hidup mestilah diteruskan. FYP perlu dimulakan. Tahun depan saya mahu graduate. Superbike 1000cc perlu dibeli untuk memenuhi impian hati setelah sekian lama.


Mar 13, 2008

Beyonce UTP version

sweet memory of mine...the happiness gained during students life...
To whoever out there, appreciate ur students life and enjoy to the fullest before u regret it.
anyway, just want to share with you all guys...
enjoy the show k.



p/s : It's me in there???