Jun 16, 2008

Hidup Aku Dan Dokumen Itu

Hari ini hari yang paling bahagia buatku

...

Ayat-ayat dari iklan PETRONAS sering kali terngiang-ngiang di cuping telingaku. Tapi, itu bukan lah 100% menepati kehendak hati ku. Lebih tepat lagi ialah...

Hari ini hari yang paling membosankan buatku...

Berpuluh-puluh dokumen menanti aku dengan wajah-wajah sinis. Sinis seperti mentertawakan ada kuli yang sanggup meluangkan masa untuk melihat dan mencari ketidaklengkapan dokumen-dokumen itu

ketebalan yang tidak boleh diterima akal. 30 cm. Pertama kali aku menghadapi situasi yang aku dapat rasakan erti kekalahan sebelum berjuang.

Namun kuteruskan jua.

Jam 8 pagi. Semangat membara memang sebati dalam juwaku yangmuda dan hangat ini

Jam 10 pagi. Mata mulai merayu-rayu, berkata dengan penuh syahdu untuk menjauhi dokumen yang tidak kunjung tiba ke helaian terakhir itu.

Jam 12 tengahari. Minda berseri-seri menantikan ajakan bos untuk belanja makan di bawah tanpa menghiraukan jari-jari yang letih membelek dokumen itu. Hati gumbira dan perut kenyang sekali

Jam 2 petang. Menyambung dengan penuh rasa berat hati. Yang dicari tidak jumpa, yang dinanti juga tidak kunjung tiba. Membuat target baru, iaitu jam 5 petang

Jam 4 petang. Lagi satu jam untuk menamatkantugas ini. Jelingan dari bos di sebelah tidak memberi peluang untuk aku bersantai sebentar. Tugas perlu dihabiskan sebelum esok hari

Jam 5 petang. Satu lonjakan saujana melonjak-lonjak dalam hatiku. Hari yang meletihkan sudah sampai ke penghujungnya.

Syaitan disebelah kiri berkata "Enjoy beb, hari sudah petang, keindahan dunia menanti diluar sana"

Malaikat di sebelah kanan berkata "Tanggungjawab perlu dilaksanakan. Esok masih ada untuk kamu lihat dokumen yang masih lagi menanti kamu"

Lesu...Kaki melangkah keluar dari pejabat menuju ke lif...

Tiba diluar...hujan pun turun

"Macam mana nak balik ni? Payung tak bawa pulak"

Punggung dilabuhkan di hujung anak tangga yang tidak terkena tempias hujan.

Merenung masa depan yang kelam, sekelam langit yang sedang hujan itu

Jun 15, 2008

SMS dan mangkuk itu

Perjalanan mencari cinta sejati tidak pernah luput. Saban hari ada sahaja idea-idea baru untuk menghasilkan bibit-bibit baru dalam dunia percintaan dengan harapan setiap perbuatan itu dikenang hingga bila-bila

Tetapi, tidak bagiku. Tiada lagi ungkapan-ungkapan tersebut hadir dalam benak mindaku. Putus sudah hubungan antara cinta dengan minda ini

Apakah Tuhan sudah menarik semua perasaan sebegitu dari hatiku?

...

Dia menghantar SMS kepada ku lagi. Setelah sekian lama. Aku mencarut, memaki hamun jauh dalam hatiku. Bukan kepada si dia. Tetapi, kepada yang memberi nombor ku itu kepadanya

Aku sudah muak untuk memberi kasih sayang ku kepada sesiapa. Dewasa ini yang bergerak paralel dengan kenaikan harga minyak banyak mengajarku...akan duit

Duit lah segala-galanya. Kata-kata yang sering dibangkangi seperti dalam drama-drama Melayu

"Cinta tidak mengenal erti status hidup manusia. Kekayaan tidak dapat membahagiakan kamu"

Kenapa hidupku tidak begitu. Kenyataan hidup tidak sama seperti drama. Seringkali upside down

Bagiku, cinta tidak dapat membahagiakan kamu, tetapi duit dapat memberi segala-galanya kepada kamu

Enough bout money...

Esok aku mahu melaburkan duit ke dalam saham. Adakah kebahagiaan atau cinta yang akan aku dapat...

Jun 5, 2008

Minyak naik lagi.

Minyak naik lagi.

Siapa yang salah disini?