Jan 29, 2012

Aku, Dia dan CBR Part 14

dari part 1
dari part 13


Aku memanaskan enjin motor Lagenda yang sudah berusia 8 tahun. Masih utuh lagi enjin nya walaupun cat badannya dah kusam, mati dek terjemur bawah cahaya mentari. Terfikir aku yang adakah jatuh maruah seorang lelaki berpangkat jurutera eksekutif ini hanya memacu kapcai untuk berjumpa dengan gadis manis? Persetankan lah anggapan orang lain.

Aku mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Stesen Putra LRT Asia Jaya. Sememangnya mudah dan dekat dengan Federal Highway jika dibandingkan dengan Stesen LRT Kelana Jaya. Sambil mencongak-congak akan baki Touch n Go aku yang hanya berbaki kurang RM10, aku menjenguk jam. Masih ada masa sebelum sampai ke KLCC.

Tengah hari sebegini di hujung minggu memang ramai anak-anak muda berpakaian funky membuat aku jelek. Payah sungguh nak describe dengan perkataan. Asalkan tak buat masalah kat aku sudah.
Aku menjeling ke arah pasangan muda yang baru tiba. Tak lekang tangan masing-masing di bahu dan pinggang. Berpelukan sambil menunggu ketibaan LRT tanpa menghiraukan jelingan mata sekeliling. Mungkinkah aku macam tu juga bila tiba masanya? Entahlah labu

LRT seperti biasa, datang dengan sesak tapi tak pernah aku kisah sebab komuter lagi teruk. Dah nasib dapat 2 gerabak, tak dapat duduk. Nak tunggu yang 4 gerabak tu mungkin next train. Naik je la.

LRT bergerak perlahan dan bergoyang lembut mula membuat fikiran aku terbuang jauh. Excited, cuak, gembira semua ada.

Apa nak buat ni? Tengok wayang ke? Shopping ke? Lunch atau dinner kat mane? Argh, perasaan yang sudah lama aku tinggalkan dahulu perlu aku cungkil kembali. First impression itu penting walaupun aku bukan seorang yang percayakan sangat dengan peranggapan kali pertama.

“Stesen berikutnya…KLCC. Next station… KLCC”

Alamak! Sekejap nya dah sampai. Plan dalam fikiran ini masih tak finalize lagi. Dah bertahun naik LRT ke KLCC, tak pernah lagi terasa LRT ni dipandu laju. Padahal, banyak sangat berfikir jauh sampai tak sedar masa berlalu

Jam menunjukkan 2.40 pm. Janji dengan Sang Puteri untuk bertemu pada jam 3. Masih lagi ada masa. Tempat pertama target aku setelah turun dari LRT adalah tandas. Bukan masalah tangki, tapi masalah rambut. Dah sikat di rumah, tapi naik motor kena pakai helmet, so dah haru biru balik alunan rambut aku ini.

Keluar dari tandas aku terus menuju ke Suria KLCC. Tempat paling sesuai untuk aku menunggu untuk jangka masa 15 minit ini adalah di Centre Court Suria KLCC. Kebetulan di centre court terdapat pameran kereta Toyota. Layan je la dulu.

Apa yang paling penting semasa pameran kereta adalah hot babe yang senantiasa melemparkan senyuman manis kea rah pengunjung dengan harapan mereka akan mengambil flyer sebelum bergerak ke arah pengunjung seterusnya.

Nasib baik tak bawa DSLR, kalau tak memang aku dah tangkap gambar model-model solid ini. Sambil memerhati model Toyota Reiz,

“Encik berminat dengan model ini ke? Kami ada free gift dan diskaun untuk encik”

“Tak tak, saya hanya….”

Sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata yang aku tak berminat ke arah suara tersebut, lidah aku terkelu melihat Puteri berada di sebelah aku sambil tertawa kecil kerana berjaya mengenakan aku.

Bersambung Part 15