Jan 31, 2009

thanks ye tadi

Hari Selasa, hari kedua cuti raya cina...

Umi: Cepat lah bersiap, cakap nak pergi Jakel.
Aku: On the way ni
Umi: Cepat. nanti promosi beli satu percuma satu untuk kain yang lawa-lawa mesti habis.
Aku: Jangan bimbang, mesti diorang banyak stok tu

Perbualan ringkas pada pagi itu untuk merealisasikan rancangan membeli belah di gedung syurga kain Jakel di Jalan Masjid India. Kaum perempuan yang tak tahu tempat ni memang memalukan, begitulah kata-kata seorang kawan aku. Aku agree je, malas nak layan.

Tapi tujuan sebenar aku mengikut mak dan adik perempuan aku bukan lah mahu melihat dan membeli kain. Memang kompem aku tak ikut kalau ke tempat-tempat macam tu. Dah dasar lelaki kan? Lain lah ajak pergi pertunjukan kereta ke, superbike ke, amoi canitk ke...baru layan

perjalanan dari shah alam ke jakel amatlah mudah. orang shah alam please take note yer. ambil komuter dari shah alam dan turun di stesen bank negara dengan tiket berharga rm....(serius aku tak ingat time tulis ni. sape yang tahu, letak la kat komen). Dari bank negara, lintas jalan menuju ke sogo dan di sebelah kiri sogo itu lah terletaknya pertama kompleks. Jakel pula terletak di sebelah kanan tak jauh dari sogo.

pertama kompleks sebenarnya agenda utama aku. disitulah terletak nye kedai barangan fotografi bebas cukai. Murah baiii, barangan fotografi second hand pun ada. Nama kedainya Foto Selangor.

Berbalik di Shah Alam, di stesen komuter Padang Jawa (stesen sebelum stesen shah alam kalau dari pelabuhan kelang ke KL sentral)

Sampai ke stesen komuter jam 10 pagi. Orang dah ramai. Ni mesti kompem kejap lagi komuter sampai sebab dah ramai yang mulutnya muncung sedepa sebab kecewa dengan perkhidmatan komuter yang lembab tu. Aku tersenyum memikirkan yang aku tak perlu menunggu lama untuk menaiki komuter tu.

Tiba-tiba, suatu pengumuman fevret aku kedengaran yang berbunyi lebih kurang begini;

"Tuan2 dan Puan2, diharap bersabar kerana komuter seterusnya dari port kelang menuju ke KL sentral telah dibatalkan. harap maaf"

What the M!!!

Muncung kami semakin memanjang, lebih dari 2 depa. Mahu sahaja aku nak ambil pembaris meter dari dalam kereta mak aku untuk mengukur kepanjangan muncung pengguna2 di stesen komuter padang jawa itu. Muncung aku tak kurang panjang jugak memandangkan perkiraan aku salah.

Jam 10.45 pagi, masih di stesen komuter padang jawa, akhirnya tren tiba. tapi yang hangin nya, die punya driver boleh buat palat pulak, saje je lambat tekan brek menyebabkan kami sebagai pengguna setia ni berlari2 anak ke depan untuk ke pintu tren. What the M untuk kali kedua!!!

Sepanjang aku hidup, aku sangat berpegang teguh dengan prinsip yang tren memang takkan sesak kalau naik di Padang Jawa.TAK MUNGKIN sebab bukan stesen fevret tak macam stesen shah alam atau subang jaya! tapi hukum karma itu tidak dapat diguna pakai hari tu, damn! sesak macam tren yang baru tiba ke KL sentral menuju ke Mid valley

Ini belum lagi next stesen, stesen Shah alam. lagi la ramai orang masuk tren. Aku tak dapat bayangkan tapi hanya mengagak

dan aku betul...

aura gaya himpitan tahap ke lapan dapat dirasakan sebelum pintu tren dibuka lagi. Keluhan berat dilepaskan

sebaik sahaja pintu di buka, aku memandang sayu ke arah manusia-manusia yang berebut untuk keluar. memang tak bertamadun!

Mataku lantas terpaku kepada seorang gadis yang terasak-asak antara penumpang yang mahu keluar. kind of, em, ayu dan matang...maybe pada mataku

aku yang berdiri bersandar di dinding kaca di sebelah pintu tak bergerak. anak mataku memandang sekeliling. penuh lagi ni. dan ada sedikit ruang di hadapan ku. aku langsung tak menyangka si gadis itu akan datang ke arahku dan berdiri betul-betul dihadapan aku.

alamak, sudah ni. serius bab-bab berhadapan dengan si gadi comel ni memang buat aku lemah. himpitan dari manusia-manusia yang ingin masuk memaksa si gadis itu tak mempunyai pilihan lain selain mendekat kan dirinya kepada aku. aku semakin tergamam. bau wangi mula menjamah sensor hidung ku.

Aku kini betul-betul berhadapan dengannya, silap aku rendah sikit darinya. Si gadis itu menundukkan wajahnya ke lantai. Mungkin malu. Sesungguhnya, aku lagi tak menentu. Mata aku tak keruan, ke kiri dan ke kanan, tercari-cari port yang sesuai kerana tak mahu bertentang mata dengan nya. mataku di alih ke kiri, dihalang oleh mamat bangla, WTM untuk kali ke tiga! lalu ke kanan dan menghala fokus ke luar tingkap. lega seketika.

Tapi aku tetap mengintainya dengan ekor mataku. Serius aku cakap, aku langsung tak teguk air liur sepanjang berhadapan dengannya. tahan. malu untuk menatap wajahnya tapi mahu. wajah secantik itu tak jemu mata memandang. tercari-cari peluang untuk menatapnya, lalu aku sengaja mengalih mataku dari kiri ke kanan dan kekiri semula. Mataku pasti singgah di wajahnya nan ayu itu.

tiba-tiba kami bertentang mata selama 1 milisaat. itu sudah cukup mencairkan aku. aku berpaling ke luar tingkap dan aku tahu dia terus memandang wajah aku. aku terus kaku sebentar

tanganku keras memeluk tubuh. berpeluh dingin. minda ku masih mengcontrol tubuh ku dari melakukan perkara2 yang manjatuh kan maruah dan memalukan diri sendiri. lega kerana ekor mata ku memberitahu aku yang si gadis itu mula mengalihkan matanya ke arah lain.

pergerakan tren dari stesen shah alam ke stesen batu tiga terasa amat lama. perasaan yang mengasyikkan ini terlalu indah untuk dinikmati dan dilepaskan. setiap detik dekat bersamanya kunikmati dengan keindahan. kill me softly please, i'm dying here!

Tiba di stesen batu tiga, lebih ramai yang masuk ke tren daripada keluar. Aku langsung tak pedulikan hal itu, aku hanya mahu menikmati keindahan ini. keindahan yang tak akan ada peluang kedua.

tanpa aku sedari, dia mula bergerak ke arah kiri aku akibat sesakan dan tolakan dari pengguna lain. tengok lah pengaruh gadis comel itu kepadaku. selangkahnya sahaja dah cukup membuat hatiku merasai 1001 perasaan. lega pun ada, kecewa pun ada. lega kerana memang kepala aku terasa lenguh kerana tak dapat tegak kerana bimbang mataku bertentang mata dengannya. kecewa kerana tiada lagi wajah ayu yang dapat kucuri-curi lihat

pada mulanya aku bertanggapan dia kurang selesa di hadapan aku dan beralih ke kiri aku untuk lari jauh dari wajah aku. mungkin dia perasan jelingan aku dengan wajah yang kurang menarik ini atau mungkin juga aku telah berjaya menakutkannya. dan juga...argh, memang mudah betul nak cari alasan untuk orang benci dekat aku.

tapi aku salah,

dia mendekat kan bahunya ke bahu ku. tersentuh. jantung ku berhenti seketika sebelum mengepam laju enzim adrenalin ke seluruh urat2 darah aku. mungkin sebab kulit aku yang gelap berjaya menyembunyi kan kemerahan wajahku.

adakah dia sedang menggoda aku seperti yang aku lihat dalam HBO. Damn jauh otak aku melayang. bertenang burn! kool burn!

tiba-tiba sahaja deria di bahu ku menjadi sangat sensitif terhadap haba. Aku pasti ada medical explaination dalam bab macam ini. aku dapat merasakan kehangatan badannya melalui deria sentuh di bahu ku.

tak berani aku menjeling ke arah kiri aku. bimbang bertentang mata lagi. dan terasa seolah-olah dia bersandar di bahu ku akibat tren yang bergoyang-goyang. tanpa berfikir panjang, aku lantas mengalih sedikit badanku untuk memberi ruang kepadanya untuk bersandar di kepingan kaca yang aku bersandar sekarang. tapi itu menyebabkan bahu ku tidak lagi bersentuhan dengan bahunya. sedikit kekecewaan di situ. takpe la kot.

mungkin lega, lantas si gadis itu bersandar ke kepingan kaca itu. dan rapat ke arahku dan lengan kami bersentuhan. tergamam dengan perbuatannya itu, aku seperti biasa, terus kaku sorang2. anak mataku seperti dapat melihat dia tersenyum ke arahku kerana memberi ruang untuk dia bersandar. mungkin la

seperti biasa, perjalanan tren ke next stesen, subang jaya, terasa lebih jauh daripada biasa.

Tiba di Subang jaya, memang kompem ramai manusia akan masuk di stesen ini. aku mengeluh kerana tak dapat bayangkan betapa sesaknya tren itu nanti.

Suara halus kedengaran, "excuse me" datang dari gadis itu. lunak. khayal dengan keindahan suara itu. kali kedua ayat itu keluar dari mulutnya barulah dapat menyedar kan aku dari lamunan.

Si bidadari aku sudah mahu turun dari singgahsana ini. Aku teragak-agak untuk memberi ruang kepadanya untuk turun dengan secebis kekecewaan. seakan-akan tak mahu melepaskannya

Aku berkata 'Mungkin jodoh kita tak sampai. nice meet with you'. Tapi aku sedar yang kata-kata itu hanyalah diucapkan dalam hatiku.

Ketika dia melintasi aku, kedengaran suara halus mengucapkan, "Thanks ye tadi"

Hatiku tersentap. Pitam seketika untuk beberapa microseconds. Is it for me? Aku terus berpaling ke arahnya dan tak sempat untuk melihat wajahnya dengan jelas. hanya memandang dari belakang. tapi aku yakin mataku tidak berbohong kepadaku apabila melihat secebis senyuman manis dari wajahnya ke arahku ketika tren mula bergerak meninggalkan stesen subang jaya.

"thanks ye tadi"

Mungkin sesetengah orang kata 3 perkataan yang paling menusuk kalbu adalah 'I love you' atau 'I miss you'. tapi bagiku, yang tak pernah harap kan lebih-lebih, ucapan terima kasih, "thanks ye tadi" sudah cukup for me to make my day (walaupun kedai foto selangor tutup pada hari itu.huhu).
dan bila kau menghilang
musnah lah, musnah impian
untuk menggapai bintang
terangi hidupku
kumahu kau tahu
engkaulah destinasiku
dalam ingatanku
-bunkface

Jan 26, 2009

No story not worth to read: Slow Down Culture

It’s been 18 years since I joined Volvo, a Swedish company. Working for them has proven to be an interesting experience. Any project here takes 2 years to be finalized, even if the idea is simple and brilliant. It’s a rule.

Globalized processes have caused in us (all over the world) a general sense of searching for immediate results. Therefore, we have come to posses a need to see immediate results. This contrasts greatly with the slow movements of the Swedish. They, on the other hand, debate, debate, debate, hold numerous meetings and work with a slowdown scheme. At the end, this always yields better results.

Some information before we proceed:

* Sweden is about the size of San Pablo, a state in Brazil.
* Sweden has 2 million inhabitants.
* Stockholm, has 500,000 people.
* Volvo, Scania, Ericsson, Electrolux, are some of its renowned companies
* Volvo supplies NASA.

The first time I was in Sweden, one of my colleagues picked me up at the hotel every morning. It was September, bit cold and snowy. We would arrive early at the company and he would park far away from the entrance (2000 employees drive their car to work). The first day, I didn’t say anything, either the second or third.

One morning I asked, “Do you have a fixed parking space? I’ve noticed we park far from the entrance even when there are no other cars in the lot.” To which he replied, “Since we’re here early we’ll have time to walk, and whoever gets in late will be late and need a place closer to the door. Don’t you think?”

Imagine my face…..

Nowadays, there’s a movement in Europe name Slow Food. This movement establishes that people should eat and drink slowly, with enough time to taste their food, spend time with the family, friends, without rushing.

Slow Food is the antithesis of its counterpart: the spirit of Fast Food and what it stands for as a lifestyle. Slow Food is the basis for a bigger movement called Slow Europe, which was recently mentioned by Business Week.

Basically, the movement questions the sense of “hurry” and “craziness” generated by globalization, fueled by the desire of “having in quantity”(life status) versus “having with quality”: “life quality” or the “quality of being”.

Some interesting stats - again:

* French people, even though they work 35 hours per week, are more productive than Americans or British.
* Germans have established 28.8 hour workweeks and have seen their productivity been driven up by 20%.

This “slow attitude” has attracted the US’ attention, the most avid pupils of the fast and the “do it now!” school of thought.

This no-rush attitude doesn’t represent doing less or having a lower productivity. It means working and doing things with greater quality, productivity, perfection, with attention to detail and less stress. It means reestablishing family values, friends, free and leisure time. Taking the “now”, present and concrete, versus the “global”, undefined and anonymous.

It means appreciating every human being’s essential values through the simplicity of living.

It stands for a less coercive work environment, happier, lighter and more productive where humans enjoy doing what they know best how to do. It’s time to stop and think on how companies need to develop serious quality without rushing - this will increase productivity and the quality of products and services, without losing the essence of spirit.

In the movie, Scent of a Woman, there’s a scene where Al Pacino asks a girl to dance and she replies, “I can’t, my boyfriend will be here any minute now”. To which Al responds, “A life is lived in an instant”.

Then they dance to a tango.

Many of us live our lives trying to catch up with time, but the irony is we only catch up with it when we die of a heart attack or in a car accident rushing to be on time. Others are so anxious of living the future that they forget to live the present, which is the only time that truly exists.

We all have equal time throughout the world. No one has more or less. The difference lies in how each one of us does with our time. We need to live each moment.

John Lennon said, “Life is what happens to you while you’re busy making other plans”.

p/s: credit to Fotowarung by Bazuki

Jan 13, 2009

Youth 09 in brief

Orang cakap setiap gambar memberi 1000 makna. So, kat atas ni kombinasi 10 gambar means 10,000 makna bai!!!

A Pic A Day Keep Girls Nearer #9


Gambar adik bongsu aku, Syahmi, ketika mendaftar di Tadika 'Little Caliph'. Excited giler mamat tu bile dapat kopiah baru tu =p

Jan 11, 2009

PhotoJournalistic : Youth 09 Cosplay Competition

This cosplay competition was held at PWTC, Kuala Lumpur for the event Youth 09. I don't know how to comment, but I really think that this part of activity was not get enough attention from the participants to join. But, anyway, they are really nice.


Each cosplayer show their hottest post to the audiences


I don't know which anime for this cosplayer =(


The one on the left is cosplayer for Reno in Final Fantasy VII. He sure got a nice pose


A final pose from the cosplayer for photography session before the winner was announced


And the winner is....(Who is this character? Jackie Chan or what)

This is my 100th post!!!

I would like to thank all my readers for visiting my blog (especially the one who click my ads, hehe). And for this special 100th post, there will be a very special appearance of me, maybe. Stop this nonsense chat, seat back and enjoy this special edition of my portfolio as a man behind a D60. (Bukan senang photographer nak tunjuk gambar sendiri ni bai)















Jan 1, 2009

celebrate new year dengan sakit telinga

Dah masuk 2 hari aku mengalami sakit telinga yang amat sangat. Bukan sakit yang biasa, tapi berdenyut-denyut. Siapa yang pernah alami sakit gigi berdenyut2 tu tau la camne. Bermakna sudah 2 malam tidur aku tak lena. Bisa betul.

Plan asal nak celebrate new year memang tak dapat diteruskan. Nak pergi KL la, nak shoot bunga api la, nak berdua-duaan la. Alih-alih, jam 10 malam, lampu dah tutup dah. Tak tahan ni. Tidur pun setiap sejam terjaga. Mengaduh sorang2.

Mungkin ada hikmahnya. Bila tengok berita siang tadi, lebih banyak berita mengenai musibah yang dilaporkan. Kemalangan jalan raya la, kebakaran la, tangkap khalwat yang konon2nya nak celebrate new year la. Apehal celebrate new year kat dalam bilik? Pergi la tengok bunga api nuh. Buat countdown ke jam 12 tengah malam. Ini tidak, buat countdown nak buka baju pasangan. Apahal?

Lagi satu, PLUS buat promotion turun harga sebanyak 10% dari jam 12 malam sampai 4.30 pagi.Ek eleh, 10% je pun, kalu tol seringgit, kene bayar 90 sen. Pastu, xde duit kecil n then cakap cukup kan seringgit je la, jimat dan senang kira. Dah lah buat time orang tidur. Apesal tak buat je promotion dari 12 tengah hari hingga ke 12.01 tengah hari je? Emo lak aku padahal naik moto je pun.

Sekarang pun masih lagi sakit telinga. Nak pergi klinik, cuti pulak. Tambah satu lagi sakit, sakit hati. huh. Hanya air yang mencurahi kepala dapat meredakan sedikit sakit tu, tu pun bertahan 5 minit je. Seksa betul.

Biasa la, time2 macam ni lah baru nak teringat kat Tuhan, teringat akan kematian. Kalu tak memang hanyut habis. Teringat pulak saat2 datuk sebelah bapaku meninggal 3 tahun lepas depan mataku akibat penyakit kanser. Lama jugak menderita, dalam 3 tahun lebih kurang sebelum meninggal. Aku tahu kanser itu penyakit keturunan. Lalu aku terfikir,

Mungkinkah sakit telinga ini alamatnya saat2 aku sudah hampir tiba? Ye la, orang lain buat azam baru, aku lak diuji dengan sakit telinga...aku mula terbau ikan...

A Pic A Day Keep Girls Nearer #8

Ferrari mainan adik aku menjadi mangsa untuk menjadi model
(aku dah malas nak beri komen, tengok je la)