Apr 8, 2012

Your Hotness Level is Directly Proportional to Distance of Our Seat During Meeting so that I Can Concentrate

Panjang benar tajuk di atas.

Aku melangkah menuju ke bilik mesyuarat Tingkat 14 Menara 2 KLCC dengan perasaan yang berbaur. Gembira. Cuak. Gugup.

Minggu lepas aku diberitahu untuk menghadiri mesyuarat para Geologist. Tugas aku mudah, hanya datang untuk memberi komen parameter yang digunakan untuk mengira jumlah minyak di bawah tanah di perairan Sabah.

Nampak mudah kan, tapi tanggungjawab diberi adalah simbolik yang menunjukkan apa-apa komen aku adalah mewakili seluruh Jurutera Reservoir di syarikat aku. Kalau aku salah, jatuh air muka semua.

Namun aku bukan gugup disebabkan kerja. Bagi aku, nilai yang diterapkan aku selama ini cukup untuk aku melangkau halangan dalam hati ini untuk menyuarakan pendapat aku.

Malissa.

Cukup indah. seperti tuannya. Pertama kali aku mendengar seseorang yang diberi nama tersebut. Unik.

Selama aku bekerja keras memberikan sokongan penuh sejak setahun lepas kepada projek ini, aku terasa penat lelah aku berbaloi apabila satu hari aku diberitahu projek ini akan menerima ahli baru.

Aku tak peduli siapa, dan tak pernah ambil kisah pun. Pertemuan kali pertama, aku terkejut. Cantik. Rupanya kalau aku ingat ingat lupa memang mirip Rozita Che Wan. Aku hanya menjeling dengan ekor mata. tak berani bertentangan.

adakah ini cinta?

Bukan, ini hanya nafsu. tapi aku tak begitu kuat untuk menepisnya.

Aku tiba di tingkat 14 dan mudah mencari bilik mesyuarat. Masih awal, jam menunjukkan lagi 5 minit untuk bermula. Beberapa orang Geologist yang aku kenal sudah bersedia dengan power point untuk presentation. Aku tersenyum sambil meletak buku nota aku dan menuju ke hujung bilik untuk mengambil air mineral.

Kembali ke tempat duduk aku. Menarik kerusi. Sebelum sempat aku duduk, aku perasan ada kelibat yang baru masuk ke bilik meeting dari pintu yang terletak membelakangi aku. Aku terpaku pabila melihat Malissa mengambil tempat disebelah aku.

Aku memandang ke seluruh meja meeting. masih banyak lagi tempat kosong. Tetapi di sebelah aku juga dia memilih untuk duduk di situ. Fikiran aku mula terawang-awang. Perlukah aku memulakan perbualan. Sekadar senyum sekilas lalu mungkin tak bererti apa-apa.

Atau hanya aku berpura-pura buat tak layan dia dan mungkin dia akan memulakan perbualan. Aku mula berbuat-buat tanya kepada lelaki yang berada di hadapan aku tentang progress projek. Tunjuk concern sikit.

Aku resah. aku berada di tengah. berpaling ke kanan aku dapat melihat skrin projector, tetapi chairman duduk di sebelah hujung kiri meja, yang mana aku akan bertatapan mata dengan Malissa apabila aku berpaling untuk melihat chairman memberi komen.

Aku kelu. Apa yang aku perlu buat dengan tangan aku, dengan cara duduk aku, dengan cara kaki aku. Serba-serbi tak kena. Perlu kah aku menyandar, atau duduk tegak, atau buat gaya berfikir.

Argh. Orang cakap, 'be yourself'. tapi aku tak pernah tahu how to behave myself.

Meeting 2 jam terasa begitu sekejap berlalu. Aku menyuarakan pendapat yang aku yakin untuk projek tersebut. Komen apa yang patut. Kadang-kadang aku terasa pada meeting kali ini aku tidak terlalu senyap. Bagus pabila ada sumber inspirasi kadang kala.

Meeting selesai. Dia terus melangkah pergi. Mungkin dia sempat menjeling aku memberi isyarat yang aku sendiri tak tahu.

Bro, kau tengok banyak sangat series "How I Met Your Mother" ni. She is totally out of your league, dude.

Agreed, aku melangkah kembali ke workstation aku. Below quote kind of true. Silly me.