Oct 31, 2008

Aku, Dia dan CBR part 8

dari part 1

Current time.

Aku tersedar dari lamunan panjang. Damn it. Aku benci betul bila teringat kenangan lama yang mengguris hatiku. Sudah beberapa tahun berlalu, tapi kenapa aku masih teringat akan saat-saat aku bertemu dengan cinta pertamaku. Kan mudah kalau otak manusia boleh ALT+F4 je. So simple.

Aku ternampak signboard exit dari Federal Highway ke Padang Jawa, sempadan antara Shah Alam dan Kelang. Lantas memperlahankan CBR ku untuk mengambil exit itu.

Tiba di Kopitiam Pak Li di Seksyen 7, Shah Alam. Kira-kira 5 minit dari rumahku. Kopitiam itu agak sesak. Memang jam 10 malam hingga jam 2 pagi adalah waktu yang paling sesak terutama sekali ketika hujung minggu.

Aku dan Hery menghentikan motor kami di barisan superbike yang lain. Lebih dari 5 buah superbike elok tersusun rapi. 2 daripadanya memang aku kenal pemiliknya, Kawasaki ZX-10R hijau fluorosence milik Kemal dan Yamaha R1 Fiat Yamaha MotoGP theme milik Zai. Aku tersenyum, lama sungguh tak jumpa mereka semua.

Lantas, mematikan enjin dan membuka fullface. Aku mematah-matahkan jari, membetulkan urat. Fuh, perjalanan selama 25 minit dari KLCC ke Shah Alam dengan kelajuan 200km sejam memang melegakan perasaan

Banyak sungguh mata-mata dari pengunjung-pengunjung Kopitiam Pak Li berkeliaran ke arah kami. Mungkin fenomena melihat penunggang motor besar ini jarang dapat dilihat, lebih-lebih lagi apabila terdengar bunyi merdu dari ekzos superbike. Aku suka begitu.

“WOI!!! Saf, Hery!!! Sini”

Terdengar satu suara memanggil. Zai rupanya. Aku melambai ke arahnya, memberi isyarat yang kami akan join mereka sebentar lagi.

Aku dan Hery berjalan ke arah meja itu.

S: Waah, lama tak jumpa. Sori lah aku tak dapat join ride hari tu. Makin besar ek...kau punya perut
Z: Wakaka. Demit.Kau pun macam dah membesar je. Lepas ni aku nak make sure kau join semua ride yang aku organize
S: No problem bro. Just make sure ada aweks wokeh
Z: Cis. Meh aku kenalkan. Ni name die Kemal
S: Aku kenal la mamat ni. Dulu belajar sekali kot. Yo bro, wassap!
K: Wassap!
S: Apesal malam ni aku nampak banyak muka baru. Mana kau cekup ni?
Z: Dah lama dah diorang ada kat sini. Cuma bila tau kita nak layan Cameron, diorang pun nak join sekali. Aku takde hal. Usha awek tu. Cun tu beb!
S: Sebab tu lah aku tanya. Nanti kenalkan kat aku orait?
Z: Tarak hal la. Lu pun single lagi. hehe
S: Lu dah tak available, duduk diam-diam suda...hahaha

Aku membuka jaket Alpinestar aku dan duduk di antara kerusi Hery dan Zai. Pelayan datang, lantas tanpa segan silu aku terus order white coffee ais dan nasi lemak special. Lapar dan mengidam.

Selepas mengambil order, pelayan lelaki itu terus ke dapur. Zai lantas mengenalkan aku kepada yang lain. Selain Zai, Kemal, Hery, terdapat 5 muka baru yang langsung tidak aku kenal. 2 lelaki dan 3 perempuan. Bob, Zid, Mel, Reen dan Ikin.

Pandangan mataku terfokus ke arah Reen. Aku tertarik dengannya. Raut wajah yang putih dan ala cina sedikit. Mix kot, tak pun orang Sabah atau Sarawak. Rambut lurus, panjang melebihi aras bahu dan tersusun rapi, berskaf putih. Berjeans hitam lusuh dan baby t-shirt putih. Simple dan elegan. Apa yang paling menarik perhatian aku ialah cara dia tersenyum. Dua lesung pipit bertakung di pipinya. Cair beb bila dia tersenyum.

Aku hanya memandangnya dari jauh, hanya mendengar suaranya berbual dan bergelak ketawa dengan Kemal. Aku segan nak join sekali nanti obvious gila aku berminat kat dia. Maybe next time, kalau ada rezeki.

Dari Zai, aku dapat tahu yang Reen juga memakai motor yang sama dengan aku, CBR 1000 RR edisi 2006 dengan Repsol theme. Aku kagum. Ada juga kaum perempuan yang boleh handel superbike yang paling berat dalam kategori 1000 cc itu. Tambahan pula, sama model dengan aku, macam ada jodoh je. Boleh buat modal nak berbicara indah ni.

Sekali-sekala aku terbuat-buat menjeling ke arah Reen. Setting lampu di Kopitiam Pak Li sangat lah indah hingga Reen kelihatan begitu comel sekali disirami cahaya lampu-lampu neon. Kadang-kadang aku bertentang mata dengannya. Untuk elakkan diri dari kantoi, aku buat-buat tersenyum ke arahnya. Tapi sangat obvious aku tengah usha dia kalau kantoi.

Untung betul hari ini. Dapat kenal dua bidadari indah. Seorang turun dari langit melalui lif KLCC, seorang lagi naik CBR. Kedua-duanya comel. Tidak! Aku masih tak dapat menerima hakikat betapa beruntungnya aku hari ini.

Kami terus berbual panjang malam itu. Rancangan untuk melayan korner di Cameron Highland tetap diteruskan. Seperti yang dijanjikan hari Ahad jam 7 pagi berkumpul di stesen minyak Petronas Rawang PLUS highway.

Aku agak kurang sabar. Adakah kerana sudah lama tidak melayan korner ataupun sebab Reen pun turut sama dalam ride kali ini. Seronok!

bersambung part 9

Oct 30, 2008

Lurah dendam

Hari Selasa yang panas, 2 hari lepas...

Hari yang dijadualkan untuk test subject Petroleum Exploration. Agak nice subject itu since lecturer nya sempoi-sempooi yang amat ditambah lagi seorang amoi-graduate-asistant-cun-yang-amat-garang-sekali. Jas**** namanya.

Sehari sebelum test, semua calon2 sibuk membuat note yang ditaip didalam komputer dengan saiz yang maha kecil memandangkan kami dibenarkan membawa sehelai nota bersaiz A4 untuk ke test. Klik di sini untuk mengetahui saiz A4. Weyh, takkan tak tau saiz A4 kot. Bayangkan macam mana anda mahu masukkan 400 slideshow note ke dalam satu A4

Disebabkan kebenaran membawa A4 note semasa test, aku mula membayangkan bahawa test tersebut mesti sangat3x susah yang macam haram.

Tepat sekali snagkaanku. Macam haram je susah sampaikan note tu macam takde mende dan sia2 je buat. Tapi takpe, kami dijaga oleh amoi-graduate-asistant-cun-yang-amat-garang-sekali.

Aku mengambil tempat duduk sebelah Ainos (bukan nama sebenar). Test susah, so, paham2lah. tengkuk mula memanjang, mata mula terjulur keluar, telinga mula menjdai sensitif, tangan mula memberi isyarat2 pelik danmulut mula menjadi terkumat-kamit.

Tiba-tiba aku terpandang sesuatu. Apa lagi, aku pun sound la Ainos (sedikit nama sebenar).

"Weyh, jaga pandangan mata anda!"

Ainos disebelahku berpaling dan berkata, "Wadehel!"

aku mengulang ayat sama dan dia membalas ayat sama selama 5 kali.

kerana apa? Kerana aku terpandang LURAH DENDAM

Bahaya sungguh lurah itu. Bisa tidak membuat kami konsentret kat test...

***

Weyh amoi! lain kali kalu nak pergi test, pakai la baju labuh ke bawah sikit or seluar yang tidak terlalu terlondeh. Lurah dendam anda sungguh nice untuk dipandang. Cis! Ni amoi yang lain. bukannya amoi-graduate-asistant-cun-yang-amat-garang-sekali.

Kami keluar dari dewan test dengan perasaan yang berbaur. Hampa ada, gembira pun ada. Kamu lelaki?Paham2 ajalah

Oct 26, 2008

tempat speaker kereta belakang tu dipanggil dashboard ke?

Ni aku nak cerita sket la time kecik-kecik dulu. Tibe-tibe je teringat mende-mende pelik yang aku pernah buat dulu. Sekarang ni jangan harap la nak tengok aku buat, buat malu je.

bapak aku dulu beli kereta Honda Accord yang spesis kotak tu, bukan yang aerodinamik siap dengan 3.5 liter macam sekarang ni. Lama tu die pakai kereta tu, sebelom kahwin lagi kot. kaler putih yang dah nak masuk kuning sket time tu.

Banyak woo kenangan aku dengan kereta tu. tak tau la skarang kereta tu wujud lagi ke tak. Kalu nampak je kat jalan, Honda Accord dengan plat WBA 6589,kompem aku beli kereta tu balik. Letak kat muzium rumah.

time aku kecik-kecik dulu, maknanya time tu bapak aku muda lagi, fuh, memang layan korner beb. Lebih-lebih lagi kalau balik kampung. Jalan dulu-dulu mane ada yang straight macam skarang. Semua jalan-jalan kampung yang merentasi hutan belantara.

Jiwa muda lagi tu, laju memang tak hingat, kalau time tu bapak aku dapat masuk formula 1, korang semua memang kompem tak sempat dengar nama Lewis Hamilton.

Aku ni satu perangai pulak. Bapak dengan mak aku duk kat depan. memang la diorang kene duk depan, takkan duduk kat atas bonet pulak. Pastu adik-adik aku berhimpit kat belakang. Lagi sekali aku nak sound, takkan la duduk kat atas bumbung kereta pulak.

Pastu, aku ni memang rimas sikit kene himpit ni. Hangin satu badan pun takleh lepas bila dah kene himpit. lebih-lebih lagi bila kepala adik aku terlentok kat bahu aku. Apa lagi, DUSHUUM la aku bagi dengan bahu aku. Tapi yang peliknya, dah kuat-kuat aku bagi pun, dia boleh layan tidur lagi. Last-last aku pulak yang tak dapat tidur.

Alih-alih aku ade satu idea gila. Aku panjat dekat atas punya dashboard kat belakang seat tu. Tak tau la dashboard ke ape tapi macam dashboard kat depan cuma dia ada kat belakang. Alahai, tempat yang letak speaker kereta tu. Kalu tak tau jugak, pergi beli kereta, pastu tengok kat mane ade speaker kat belakang seat tu. ha, yang tu lah. Kang aku bagi link wikipedia lak, nampak skema badak lak.

Ish, sambung balik citer tadi

Aku pun panjat lah atas tu dan landing kat situ. Time tu badan kecik lagi, aku baru darjah satu kot. Tak pun darjah dua. kalau rase tak logik jugak, tadika lasenang citer. Selesa beb bila dapat lunjur kaki, stengah jom aku menggeliat. Penat je duduk kat bawah tadi.

Kiranya bapak aku tak boleh tengok cermin pandang belakang la sebab badan aku dah block view dia. Takpe, keselesaan aku lebih afdhal pada pandangan mata hati aku time tu. lagipun bapak aku ade dua side mirror yang support die. Time tu aku jahil sket dalam bab cermin ni. Bila dah start bawak kereta,barulah aku tau yang cermin tu penting kot nak tengok orang belakang.

Banyak lagi mende yang aku nak cerita time kecik-kecik dulu. Ye lah, duduk kawasan luar bandar, mane ade PS, game boy lagi.

Ada sekali tu, sebab terpengaruh idea gila dalam tv nak bwat pondok atas pokok, aku pin pegi belit paip getah ke pokok mempelam depan rumah aku. Boleh bergayut, duduk-duduk, lompat-lompat. Pastu kene marah sebab paip tu jadi panjang, pecah dan putus. Wakaka...nanti lah aku cerita dengan detail lain kali

Oct 25, 2008

Aku, Dia dan CBR part 7

dari part 1

Oktober 2006, beberapa tahun sebelumnya

Hujung minggu ini akan diadakan pertunjukan besar-besaran Silat Cekak Ustaz Hanafi di Taman Tasik Titiwangsa. Menarik. Apa yang lebih penting, acara tersebut akan masuk ke dalam Malaysia Book of Record.

“Bro, nak join tak pergi Titiwangsa hujung minggu ni?” Tanya partner silatku

“Mesti la. Tulis nama aku dengan roommate aku sekali dalam form tu. Mane buleh miss. Mane tahu nanti dapat masuk paper”. aku menjawab selamba

”Jangan mengharap tinggi sangat, nanti jatuh berkecai. hehe. ”balasnya.

“Jangan lupa bawa kamera. Walkman sekali okay.”

***

Sabtu pagi yang sejuk,

Aku sudah terpacak di depan bas universiti walaupun tahu yang aku datang terlalu awal. Awal satu jam dari masa yang ditetapkan. Excited punya pasal. Bukan senang untuk aku turun ke Kuala Lumpur.

Bas bertolak dari unversiti tepat jam 10 pagi. Perjalanan dari Perak ke Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama. Sepanjang perjalanan mataku memang payah untuk terlelap. Aku lebih selesa menikmati keindahan alam sekitar ketika dalam perjalanan. Indah dan seronok

Jam 1400. Tasik Titiwangsa..

“Awal lagi ni. Event start kol 3.30 petang. Nak lepak kat mane ni?” kata instruktor Aki.

Instruktor Aki ialah pelatih bagi kumpulan aku. Peribadi agak bagus, hensem pula tu. Aku suka berbual dengannya kerana setiap ayat-ayat dari mulutnya memang penuh bermakna untuk panduan hidup. Boleh dikatakan aku antara pelatih yang paling rapat dengannya.

S: Entah...makan jom.
A: Ceh, baru je makan tadi. Tengok perut ni,dah roi dah. Usha awek jom. Banyak awek UiTM ni.
S: Cewah, dah tak available pun still mencari lagi.Aku ni lain lah. Jom cari port.
A: Ingatkan nak bangkang tadi. Ahah, jom masuk kat dalam dewan tu. Aweks detected, aweks detected!!!
S: Apa-apa lah bos, jom

Aku dan instruktor Aki berbual tanpa henti sehingga acara demonstrasi beramai-ramai dimulakan. Bangga dan penuh harapan supaya muka aku termasuk dalam surat khabar. Walaupun aku tahu kamungkinan itu hanyalah mimpi.

***

Selepas acara berakhir, aku kembali ke dewan tadi. Instruktor Aki tidak dapat dikesan. Dating kot. Pantang aku leka, mesti hilang. Asal aku leka je dia hilang, asal dia hilang je aku leka. Huh!

Sementara menunggu panggilan untuk pulang semula ke universiti, aku termenung keseorangan. Menerawang jauh. Ahli-ahli silat lain yang sibuk mengambil gambar kenang-kenangan tidak aku pedulikan.

“Nak ambil gambar saeng boleh?”

Tiada respon. Bukan untuk aku kot

”Hello.”

Lamunan aku terhenti. Suara siapakah? Satu wajah yang aku tak kenali muncul dihadapan aku. Yang pastinya bukan antara kawan-kawan yang aku kenali, kerana semuanya sudah berjanggut. Yang ini memakai tudung. Siapakah?

”Ya?” Aku membalas perlahan. Bimbang bukan aku yang ditegur.

Dia senyum. Agak manis. Aku membalas senyuman itu

“Nak ambil gambar saeng boleh?”

Terpaku seketika. Mengangguk perlahan. Hati masih tak percaya dengan kata-kata itu. Dia bercakap dengan aku ke?

Lantas dia duduk di sebelah aku. Mengengsot merapati aku. Aku masih kaku.

KLIK!

“Alaa...kenapa garang ni? Senyumlah sikit. One more time, okay?”

Baru aku sedar yang aku tekaku seketika. Ini yang aku lemah ni, bila kena approach dengan perempuan. Lebih-lebih lagi kalau comel. Terkaku tak kena tempat nanti. Baru kau tahu kenapa semua kawan-kawan aku berjanggut, bermisai.

”All right. Nice one. Thanks for the picture” Dia senyum lalu beredar.

Aku tertanya-tanya siapakah gadis misteri itu.

bersambung part 8

Oct 24, 2008

Untuk lelaki sahaja

ini amaran...saya mahu bagitau rahsia lelaki.

saya bagi kamu option;

kalau kamu perempuan, sila tekan tanda merah 'X' yang terletak di bucu atas

kalau kamu lelaki; sila scroll down

baik....bagus

saya bagi kamu punca dahulu;

Kaum lelaki yang tidak memakai kasut semasa keluar (berjalan2 etc) memang tidak malu

Kenapa?

Kamu tau tak yang...

isk, sogan lah nak cakap...ah.. balunlah

Kamu tau tak yang...

saiz ibu jari kaki kamu sama dengan saiz. k......n kamu

terkejut?

ini adalah fakta. Jadi, kalau nak pergi kelas tu pakai lah kasut, arahan ikhlas dari security yang sangat concern dengan hal ehwal kelelakian disamping tidak mahu kamu disaman.

Baru aku tau yang dia seorang pelakon handalan

mungkin antara kamu tak pernah mendengar atau melihat lakonannya. aku tak pasti sama ada dia itu popular atau tidak. entahlah.

tapi apa yang aku pasti, aku ternampak sebuah lakonan mantap darinya semalam.

katakan dia sebagai R.

kisah drama percintaan yang menyayat hati antara R dan K.

ikutilah kisahnya...


R: Saya sudah tiada masa lagi. Saya perlu tinggalkan tempat ini
K: Kenapa awak harus pergi? Awak tak sayang saya kah?
R: Bukan macam itu, saya terlalu sayang dengan awak
K: Tapi kenapa?
R: Dengar sini sayang, saya harus pergi. Believe me. Saya tak dapat hidup tanpa awak
K: Awak tipu! kalau awak tak dapat hidup tanpa saya, tinggallah disini
R: Saya terpaksa. Em, awak
K: ...
R: Awak..
K: Apa dia?
R: Saya nak bertolak hujung minggu ini
K: Awalnya. Awak memang nak tinggalkan saya kan?
R: I need to rethink on our relationship.
K: Nak fikirkan apa lagi? Awak dah ada pengganti ke?
R: Bukan macam tu. It's too hard for me
K: Sudah lah. pergi, pergi!!!
R: Sayang...

K berlari anak meninggalkan tempat itu tanpa menolah ke arah R lagi. Dia terlalu sedih ditinggalkan R.

R tidak mengejar K. Sebagai seorang lelaki, dia ada egonya tersendiri dan dia harus teguh dengan pendiriannya.

hujung minggu, R membawa diri. Dia perlu berfikir. Sepanjang 3 jam perjalanan, dia berfikir dan terus berfikir. Pada malam itu, dia menyesal. Terlalu menysal. Lantas, dia berusaha untuk call dan message.

"Burn, aku luper ar nak bawak balik kabel komputer aku. Nanti tolong pass kat Rizzat k"


Featuring;

R sebagai Rumet
K sebagai kabel komputer
Burn sebagai rumet kepada Rumet

Oct 23, 2008

Impian dan Realiti

Aku sering membayangkan kehidupan indah. Mestilah. Setiap orang ada impian. Biar lah impian itu tak munkin kesampaian.

Kamu ada impian? Kalau tak ada, jangan baca post ini kerana kamu tidak akan nampak siapa kamu

Kalau nak dibuat senarai, sampai kiamat pun takkan habis. Manusia mana pernah puas

Rumah besar, kereta, kerjaya etcetra etcetra etcetra

Bagi aku,

aku pernah bercita-cita untuk menjadi pengutip sampah yang berjaya kerana seronok melihat pengutip sampah bergayut di lori sampah yang bergerak.

aku pernah ingin menjadi pelakon drama jiwang yang akan memukau perasaan penonton sehingga menitiskan air mata

aku pernah juga ingin mencipta lirik dan menyanyi lagu yang sangat jiwang dan menusuk kalbu pendengar

aku pernah ingin menetap di negara Jepun kerana tertarik dengan keindahan kawasan, bahasa dan budaya mereka memandangkan 4 tahun aku diberi pendedahan sebegitu ketika belajar bahasa jepun di STAR

aku pernah bermimpikan untuk menjadi pelumba moto GP yang terkenal dan terunggul kerana bila di interview setelah menang dalam perlumbaan, aku akan bercakap dalam bahasa melayu. FYI, top 3 pelumba moto GP akan di interview dalam 2 bahasa selepas menang dalm perlumbaan, english dan bahasa ibunda mereka.

tapi aku tahu, impian itu sudah lepas

biarlah ia menjadi kenangan manis

kerana aku sudah dewasa untuk berfikir

dan

aku perlu mencari duit untuk membeli sebuah superbike

Aku, Dia dan CBR part 6

dari part 1

”Bro, are you okay? Tersengih sorang-sorang ni ape kes?”

Terpinga-pinga aku mencari suara itu. Suara lelaki. Garau. Yang pastinya bukan bidadari aku tadi. Cis, hampa. Kenapa bukan dia?

S: Oh, kau rupanya, Hery. Terkejut aku tadi. Kok ye pun bagilah salam dulu.
H: Hehehe. Dalam 5 kali jugak aku panggil nama kau. Bagi salam lagi la kau tak jawab. Buat tambah dosa aje.

Segan aku dikantoikan oleh rakan aku, Hery. Rakan lama yang aku kenali semasa belajar dahulu. Kini dia bekerja dengan syarikat kontraktor untuk sebuah syarikat minyak joint venture antara Malaysia dan Amerika. Agak lumayan gaji yang diterimanya berbanding dengan aku. Dengki pun ada

H: Lama menyepi? Join FNF tak malam ni?Tempat biasa, Kopitiam Pak Li.
S: Takkan tak kot. Boleh borak-borak dengan geng lama. Aku dah lama mengidam nak makan nasi lemak special nih.

FNF ialah Friday Night Fever di mana perjumpaan tak formal antara penunggang-penunggang motor besar untuk bertukar-tukar khabar serta 1001 perbincangan gosip pasti akan disuarakan. Lebih menarik lagi kalau ada lady bikers yang turut join. Bukan sahaja memeriahkan suasana, malah dapat juga mencuci mata.

H: Kenapa hari tu tak join? Rugi dowh, ade 3 lady bikers baru join. Cun beb.
S: Biasalah, busy. Balik ofis terus sadai kat katil. Awat tak cakap awai-awai?Confirm aku turun.
H: Banyaklah kau. Jadi tak hari Ahad ni nak layan corner kat Cameron Highland?
S: Bab-bab melayan korner ni memang aku tak tolak. Dah lama tak asah lutut ni.hehe
H: Haha. Jom kita gerak dulu. Member-member kita dah tunggu kat sana
S: Wokeh bos. Confirm ke ada lady bikers malam ni? Kalau takde siap kau.
H: Mengharap nampak.hehehe. Trust me dude.

Aku senyum dan mematikan bicara lalu menuju ke parking superbike aku. Honda CBR 1000 RR model 2006 yang aku idam-idamkan selama ini berjaya aku beli 2 bulan lepas walaupun second hand. Harga dalam RM 45k jugak tu.

Minat punya pasal, berbulan-bulan juga aku makan mi segera demi sebuah superbike. Biarlah orang lain cakap bukannya berbaloi pun beli superbike. Hujan pun basah juga. Tapi tanggapan aku berbeza, dengan harga yang sama, pastinya pemilik superbike lebih dipandang dan dipuji dari segi kelajuan dan fizikal berbanding pemilik kereta.

Sementara itu, Hery sudah hampir sampai ke superbikenya, Ducati 1098 RR merah menyala, brand new model. Orang kaya macam dia memang tak kisah kalau nak beli model terbaru. Tambahan pula jenama dari negara Itali yang terkenal dengan ketinggian cukai importnya mentang-mentang Valentino Rossi berasal dari sana.

Aku meletakkan fullface Arai di atas tangki minyak motor aku. Mencari-cari kunci motor dalam poket sebelah kiri seluar. Jumpa. Lantas aku memasukkan kunci ke dalam lubang kunci dan memulas. Starter elektrik ditekan perlahan.

‘VROOOM..VROOOMM......’

Sungguh indah bunyi ekzos Yoshimura yang dikeluarkan. Aku membiarkan enjin panas untuk beberapa ketika sambil memakai fullface dan jaket.

Hery memberi isyarat untuk bergerak terlebih dahulu. Aku membalas dengan melambai tangan. Sementara menunggu enjin panas, aku menatap handset Motorola Razr V3i aku, berharap ada message sweet dari sang bidadari yang baru aku kenali tadi.

Hampa...

Aku membetulkan kedudukan di atas seat. Tangan kananku memulas throttle perlahan. CBR bergerak perlahan, mengikuti Hery dari belakang. Kami keluar dari parking basement KLCC dan melalui Jalan Ampang menuju ke Lebuhraya Persekutuan

Walaupun CBR mampu bergerak lebih dari 200km sejam dengan kuasa penuh, namun aku bukan seorang yang reckless lebih-lebih lagi apabila menunggang dalam kawasan bandaraya ini. Bahaya. Ingat yang tersayang. Mana tahu tengah laju tiba-tiba ada bangla melintas jalan. Mmemang tak berbaloi.

Tapi keadaan berubah bila aku memasuki kawasan lebuh raya.

Biasanya, perjalanan ke Shah Alam dari KLCC mengambil masa 45 minit melalui Federal Highway pada masa sesak pada kelajuan 100km sejam. Memandangkan jam menunjukkan jam 11 malam, trafik yang ringan memberi peluang untuk aku memecut 200km sejam.

Biasanya, ketika dalam perjalanan yang jauh, aku seringkali mengelamun. Teringat kenangan lampau.

bersambung part 7

Oct 22, 2008

bukan senang aku mahu memberi tips motibasi ni

untuk kamu, kamu dan kamu yang sedang menghadapi final year ini;

jangan tension
jangan depressed
jangan layu
untuk menghadapi final year yang 'susah-betul-nak-habis' ni

semangat sikit. sikit je lagi nak habis

nanti dah bekerja,
this pain
this tears
this sweat
will helps you survive in the corrupted world.

believe me

life is not always dull.
not always pain...
so, the tip is
lets blogging

express your feeling
read others feeling
be a feeling person
the you will see you are not alone

Oct 19, 2008

Pic of the week



10 things bout this photo

1 - Saya ada tanduk besar
2 - Gambar di ambil semasa intern di Carigali Hess
3 - Waktu di ambil, jam 10 pagi waktu pejabat
4 - Berjalan di hadapan tower 2 menuju ke pejabat Kencana Best Wide
5 - Memakai baju pejabat yang tidak ber'iron'
6 - Hampir kena hujan. Nasib baik cepat
7 - berpatah balik ke pejabat selepas waktu pejabat semata2 utk blogging
8 - Setiap hari wajib keluar dari pejabat selagi dokumen ada untuk diperiksa
9 - Gembira kerana jauh dari pemantauan bos
10 - Rindu~

Kamu degil?

Dialog antara aku dan dia

A: Awak masih sayang kat saya?
D: Sayang.
A: Betul?
D:Betul, sayang. Tak tipu.
A: Tapi...
D: Tapi apa dia, sayang?
A: Semalam kawan saya keluar mapley jam 2 pagi. Dia nampak ex-BF awak
D: So?
A: Ex-BF awak tengah makan dengan awak. Berdua
D: I know that.
A: Awak still jumpa dia lagi? Kenapa?
D: Dia sangat kesian. Merayu kat saya untuk pergi ke dia semula
A: Awak terima dia selepas apa yang dia buat kat awak dulu?
D: Mestilah tak.
A: Habis kenapa awak keluar juga. Malu saya bila kawan saya report berita tu
D: I am sorry honey. Saya tak sanggup tengok dia macam tu. Kesian
A: Jadi awak tak kesian kat saya?
D: Bukan macam itu. It's different
A: What is different? Don't meet him anymore. I don't want to lose you.
D: Okay darling.
A: Enough is enough. Promise?
D: Promise

Seminggu kemudian, dia keluar lagi dengan ex-BF. Kali ini ke Ipoh. Berdua. Banyak sungguh kaki report aku.

Sigh~

Kenapa aku dijadikan pelakon tambahan dalam dunia percintaan mereka?
Bilakah aku akan mendapat tawaran untuk menjadi pelakon utama?

Ini bukan cerita Korea!!!

Oct 18, 2008

Aku, Dia dan CBR part 5

dari part 1

”Alang-alang tu, save your number sekali kat dalam tu boleh?”

Aku tergamam. Jantungku terhenti. Macam tak percaya ayat terakhir yang terkeluar dari mulutnya.Aku mahu sahaja menjerit keriangan tapi aku masih siuman dengan situasi sekarang. Saham mesti kena jaga beb.

“WOW!!!” Aku menjerit kegirangan dalam hatiku. Betul kah apa yang aku dengar ini.

Tergamam lagi. Sekali lagi aku mendengar dia tertawa.

”You ni suka tergamam ke? Comelnya dia. Hahaha”

Aku tersipu-sipu. Saham aku jatuh lagi. Damn it. Ayat-ayat terakhirnya seperti aku kurang percaya. Aku memang lemah pabila mendengar perempuan secomel itu memuji kelakuan aku tadi. Cair.

P: Dah save belum?
S: Oh...emmm..Okay, it’s done
P: Miss call
S: What? Apa dia? Siapa call?
P: Miss call la nombor you. Save nombor I.
S: Owh..okay…Rite, done

Girang dan berbunga-bunga hatiku.

Tetapi aku juga bimbang. Dengan ini, secara rasminya aku sudah mula membuka jalinan baru dengan Puteri. Aku bimbang. 1001 perasaan dan pertanyaan timbul. Bimbang akan terjalin hubungan yang berakhir dengan perpisahan.

Itulah aku. Seorang skeptical dalam perhubungan. Mungkin sebab itu lah aku masih single sehingga sekarang. Takut untuk memulakan perhubungan kerana memikirkan betapa sakitnya jika perpisahan berlaku.

Pengalaman pahit beberapa tahun lepas masih memberi kesan mendalam terhadap aku. Sejak itu, aku mula berazam untuk tidak menaruh harapan kepada mana-mana perempuan untuk dijadikan pasangan hidup sementara waktu. Kerjaya dan duit perlu diutamakan.

Sekali lagi secara tanpa disedari, kami sudah berada di luar dari lif yang menuju ke parking. Kami berpisah. Aku melihat sekeliling. Sunyi sepi. Ini tak boleh jadi. Aku mendapatkan Puteri semula.

S: Macam sunyi je. Jauh ke you park kereta.
P: Kat hujung tu, belakang tiang. I datang lewat tadi, tak sempat nak cari parking yang dekat sikit.
S: Jom I teman you ke kereta you.
P: Wow, nice of you. Thanks a lot
S: No problem. I don’t mind. So, Apa plan weekend ni? Tidur sepanjang hari?
P: Hahaha. Isk, tak manis perempuan tidur lama-lama, nanti dapur hilang bau
S: Itu petua orang tua-tua ke? Tak pernah dengar pun
P: No lah. But, nothing special. Kemas rumah, tengok tv, internet. Like that la
S: Tak keluar jalan-jalan ke? MidValley ke, The Curve ke?
P: Tengok la kalau ada kawan-kawan yang ajak. I ikut je. How bout you?
S: Hari Sabtu I plan nak tidur sepanjang hari. Hari Ahad maybe Cameron Highland kot
P: Tidur sepanjang hari? Are you serious?
S: Hahha. takde lah, I usually update blog hari Sabtu. Idea dah melimpah ruah ni.hehe
P: Wow, you dah buat I lagi tak sabar nak baca blog you. You pergi dengan siapa ke Cameron nanti.
S: Member-member lama time I belajar dulu. Dah lama tak jumpa. You nak strawberry?
P: Wow, I dah lama tak makan. Thank you.
S: Nanti Isnin you datang ofis bawak bakul, I bawak satu lori untuk you.

Sambil tertawa kecil, Puteri menampar perlahan belakang tangan kanan aku. Terkejut aku. Tak sangka aku dengan perlakuannya. Kami tiba di keretanya. Aku agak terkejut bila melihat keretanya.

S: Wow, Mini Cooper S. Is this really yours?
P: Of course. Hadiah birthday dari Papa I awal tahun lepas.
S: That’s cool.

Aku memerhatikan Puteri memasukkan begnya di bahagian tempat duduk belakang.

P: Thanks for today. See you this Monday.
S: Allright. Drive safely. Kalau mengantuk, singgah kat RnR, ade coffee break.
P: Hahaha. Lawak lah you ni. Macam lah nak balik kampung. Okay, bye Saf.

Puteri masuk ke ruang driver dan memulas kunci. Dia melambai. Aku membalas lambaian ke arahnya. Puteri sempat memberi senyuman yang paling menggugat jiwa ragaku sebelum berpisah. Cair.

‘Looking forward to see you again next Monday.’ Kata hatiku dengan penuh harapan.

Aku tarik nafas dalam-dalam.Tahan. Dan menghembus perlahan. Aku cubit pipi kiriku. Sakit. Masih kurang yakin, aku cubit peha kanan aku. Sakit. Confirm, bukan mimpi.

Aku mengorak langkah meninggalkan ruang parking kereta menuju ke kawasan parking motor.

‘Jauh la pulak nak patah balik. Itulah, siapa suruh aku gatal nak hantar ke kereta dia. Tapi, takpe, sebab dia comel.’ Hatiku mengomel sambil kakiku melangkah ke arah motorku,

Honda CBR 1000 RR edisi 2006 dengan belang merah hitam tersegam gagah dari jauh.

”HOI!!!”satu suara menyergah...menyentap lamunan indah aku.

bersambung part 6

Oct 15, 2008

Aku, Dia dan CBR part 4

dari part 1

“Lupa nak tekan butang lif ni.Patut lah lif tak sampai-sampai”

Sekali lagi dia menahan ketawa sambil menekup mulut. Comel

”I ingatkan apelah yang you terkejut tadi. hahaha. Jangan menjerit lagi tau. Terkejut I tadi”

“Sorry, tak sengaja. Refleks”

Dalam hati aku menyumpah-nyumpah, kenapalah aku teringat pasal lif tadi. Kalau tidak, pastinya aku dan Puteri masih berbual mesra dan malam yang indah ini takkan berakhir dengan sebegitu cepat.

Ting Tong…

Shuttle lif khas yang membawa penumpang terus dari tingkat 42 terus ke ground floor pun tiba. Kami melangkah masuk dan suasana kembali sunyi.

Masing-masing memikirkan modal untuk berbicara. Kelu. Tiada modal. Aku menjeling dengan anak mataku ke arahnya. Tidak berani aku bertentang mata dengannya. Mahu tapi malu.

Ting Tong…

Pintu lif terbuka. Saat-saat yang paling aku tak suka hampir tiba. Saat-saat perpisahan walaupun sementara. Lagi pun, esok adalah cuti hujung minggu. Pastinya aku takkan bertemu dengannya untuk dua hari seterusnya.

Kami berjalan beriringan melepasi security.

P: All rite. I go this way. I park my car there.
S: Samalah dengan I. Tapi I naik motor je.
P: Emm, by the way, Saf. Can I have your blog address? It is a long weekend without things to read. But, If you don’t mind la.
S: Okay. no problem.

Aku mencari-cari pen dan kertas dalam beg sandang aku. Hati aku berbunga-bunga memikirkan ada pembaca comel bakal membaca blog aku yang entah apa-apa entah coretan kat dalam tu.

Kertas yang di cari dijumpai tapi tidak pula pennya. Mengeluh. Kenapalah masa sekarang ni lah benda yang dicari tidak dijumpai.

S: You got pen or pencil?
P: Emm…wait. Nah.

Aku menyambut .Tapi, bukan pen yang dihulurkan tapi PDA. Aku kurang pasti dengan model dan jenamanya, tapi yang aku pasti ia sangat jauh berbeza dengan phone aku yang agak ketinggalan, Motorola Razr V3i yang aku beli second hand beberapa tahun lepas.

S: Wow, nice PDA
P: Thanks. Taiplah dalam tu
S: Kejap ye.

Aku terkial-kial menaip alamat blog aku ke dalam ruang message dan menekan ‘save as draft’. Agak lama aku menaip seperti seolah-olah sengaja melambat-lambatkan masa.

Siap. Lantas aku menghulur kembali PDA itu kepadanya.

“Emm…if you don’t mind…”

bersambung ke part 5

Ke Kiri atau Ke Kanan?

Saya bagi kamu satu situasi.

Kamu berjalan dalam gelap melalui jalan denai di kawasan kampung yang langsung tidak kamu kenali. Berjalan tanpa arah tuju hingga kamu tiba di satu persimpangan.

Kamu memandang ke kanan. Penuh dengan semak.

Kamu memandang ke kiri. Ternampak kelibat beberapa orang manusia yang berjalan.

Kamu keseorangan dalam situasi sebegini. Kamu perlu membuat pilihan untuk ke kiri atau ke kanan. Tiada apa petunjuk untuk kamu ikuti. Dan yang menentukan kamu adalah diri kamu sendiri.

Bergegas, kamu mengambil keputusan untuk memilih jalan yang selamat. Jalan yang dilalui oleh manusia. Ke kiri. Kurang risiko

Persimpangan jalan ditinggalkan dan kamu terus menjejak langkah mengikuti manusia-manusia itu dan terus mengikuti mereka.

Itulah lumrah kehidupan;

Kamu memilih jalan yang seirng dipilih orang ramai, namun kamu tidak sedar yang kamu boleh memilih jalan ke kanan.

Jalan yang dipenuhi semak, tapi kamu tidak sedar jika kamu hanya berusaha sedikit untuk menebas semak itu kamu akan terjumpa suatu jalan tar yang amat elok yang menuju ke arah harta karun. Kamu tidak sedar akan itu.

Kalaupun kamu yang memilih jalan kiri tadi sedar akan kewujudan harta karun di jalan kanan itu tadi, apakah kamu sempat untuk berpatah balik? Jika sempat pun, adakah harta itu masih ada dan bernilai buat kamu?

Itulah lumrah kehidupan;

Aku memilih engineering kerana bapaku.
Mereka memilih medical kerana abang-abang mereka.
Dia memilih bisnes disebabkan kakak-kakak mereka.

Tapi, aku, mereka dan dia tidak sedar bahawa;

Mencuci tingkap KLCC setinggi 88 tingkat dibayar RM500 daily
Menjadi kelasi kapal penghantaran kargo dibayar sehingga 5 angka sebulan

Aku berminat, tapi mungkin tak berpeluang. Kamu?

Oct 12, 2008

Aku, Dia dan CBR part 3

dari part 1

“Fuh, nasib baik sempat mengelak, kalau tak, jatuh saham aku” hatiku berkata.

Dia berpaling ke arahku. Rambut lurusnya terbuai ketika berpaling. Ayu. Jantungku terhenti seketika. Dia tersenyum

“Hi, actualy, I still baru kat sini. Lif yang menuju ke ground level kat mane ye. Tak biasa lagi la tempat ni.” Lunak sungguh suaranya kedengaran.

“…”aku terkelu

“Em, awak…” Dia mengulang, lalu menghentikan lamunan aku.

“Oh…hi. Sorry. Em, be..belakang tu je” Aku menjawab gagap.

Jatuh saham macho aku sekejap tadi. Damn it. Macam mana entah badan aku tiba-tiba kaku bila berdepan dengannya.

Masih lagi dalam terkejut kerana teguran itu, aku cuba berlagak biasa berjalan menuju ke sisinya.

”Hi, I’m Saf. U in which company?” Aku memperkenalkan diri sambil berbasa-basi walaupun aku memang dah tahu dari emel pengumuman yang diterima pagi tadi.

Sudah menjadi adat istiadat dalam syarikat yang mana setiap staf baru yang mendaftar masuk akan diperkenalkan melalui emel. Sedap namanya Puteri Izzati Sofillea. Tidak aku sangk dapat bertemu juga dengannya malam ini.

“Just call me Puteri. I’m in HR, I think we are in the same company kan? You just came from level 64, rite?”

Syarikat aku aku sedang bekerja sekarang mempunyai 3 level, Operation and Development Department di level 64, Subsurface Department di level 67 dan Business Support Department di level 68.

“That’s rite, the level full of nerd engineers. Haha” Aku cuba membuat lawak bosan.

Aku mengalihkan pandangan aku ke arahnya untuk melihat reaksinya. Dia menekup mulutnya menahan ketawa. Comel dan sopan. Barang kali lawak aku menjadi.

Dia memandang aku kembali. Masih lagi menahan ketawa. Aku terus mengalihkan pandangan. Segan untuk bertentang mata tapi mahu.

“You pandai la buat lawak,” masih lagi menahan ketawa sambil menekup mulutnya.

Ini yang aku lemah ni. Tidak ramai yang ketawa dengan lawak aku kecuali semasa aku membuat praktikal dahulu. Teringat aku kepada kakak itu. Aku lupa apa yang aku cakapkan kepadanya tapi lama betul die tahan gelak sampai keluar air matanya. Aku tersenyum sendirian.

Now it’s happen again but to an angel. Siapa yang tidak cair melihatnya ketawa. Aku hanya tersenyum melihatnya, a man need to control his coolness, otherwise he is nothing. Aku membalas

”No lah. Lawak basi je tu.”

Sambil senyum-senyum, aku cuba memulakan perbualan. Peluang sebegini tak boleh dilepaskan. Sayang.

S: Rajin you kerja. Dah lewat ni.
P: Taklah. Actually bukan kerja pun.
S: Then?
P: Internet.
S: Aik, you tak ada internet ke kat rumah?
P: Dial up je. Lagipun kat sini laju, 1GBps.
S: Hahaha. That’s true, Mula-mula dulu I pun addicted
P: Iye? You suka download ke?
S: Ada juga. Tapi I more on blogging.
P: Wow, nice. I tak ada blog tapi I suka baca blog orang lain. U tau blog ‘Syurgamu’ tak?
S: Of course lah. haha. Dulu I refresh that blog looking for his new post every one hour.haha
P: yeah. I like all his posts even only one-sentence-post. But, now it’s deleted already
S: Well, things come and go. But, I am surely won’t delete my blog
P: Hahaha. You ni lawaklah.

Dalam tidak sedar, kami berbual lebih dari setengah jam. Boleh dikatakan yang dia banyak memulakan topik baru berbanding aku dan sering ketawa dengan komen-komen aku yang penuh dengan lawak basi.

Mungkin sikap yang suka ketawa itu yang membuatnya menawan. Plus, she is gorgeous.

Aku seperti merasa yang ini bukan diri aku sebenar. God, what you have done to me?

Aku jarang berbual dengan orang yang pertama kali aku kenal. Tapi, Puteri is different. Dia mampu membuat aku meninggalkan perangai pendiam aku itu.

Aku ingin mengenali lebih dalam tentangnya. Tapi aku juga pasti dia adalah milik orang.

Teringat kata-kata seorang kawanku ketika belajar dahulu;

‘Setiap yang comel itu mesti sudah berpunya, bro. Kurangkanlah berharap...’


Banyak topik yang keluar sampaikan masalah negara pun dapat diselesaikan. Ada tokoh juga aku nak ambil alih tugas PM ni.

Dalam keasyikan itu, aku seperti teringat sesuatu...

”Ya Allah!!!!” Aku separuh menjerit. Puteri terkejut.

”Whats wrong?”

bersambung part 4

Oct 10, 2008

Mari Belajar Sejarah

Hari ini hari Jumaat. (kalau kamu baca bukan pada hari jumaat, siapa suruh kamu lambat). Minggu depan minggu yang bebas dari masa lapang. Bererti sibuk

Assignment Malaysian Studies perlu disiapkan. Buku bertajuk 'Mahathir - Pencteus Tamadun Insaniah' perlu dibaca sebelum membuat konklusi.

Menarik?

Agak la

Tapi aku amat tertarik dengan fakta sebegini...

Perdana Menteri Pertama - Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan

Perdana Menteri Kedua - Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan

Perdana Menteri Ketiga - Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan

Perdana Menteri Keempat - Tun Dr. Mahathir - Bapa Permodenan

...

Perdana Menteri Kelima - Dato' Seri Abdullah Badawi - Bapa Mertua Kepada KJ

dan mungkin

Perdana Menteri Keenam - Dato' Seri Najib - Bapa Altantuya Menangis Kerananya

Salahkah aku?

Oct 9, 2008

Aku, Dia dan CBR part 2

dari part 1

Jam 10pm waktu Kuala Lumpur. Di hadapan kubikel sendiri.

Aku menggeliat lenguh. Memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada orang.

Aku mengeluh lagi. Lewat 2 jam dari apa yang dijadualkan. Yang penting, kerja untuk minggu ini sudah siap, yang tinggal hanya hujung minggu yang aman damai.

Sambil mengira barangan yang perlu aku bawa pulang beberapa kali, aku terdengar pintu kaca yang menghubungkan antara lif dan pejabat dibuka.

“Wah, ini sudah bagus. masih ada lagi yang belum balik”

Aku menghalakan pandangan ke arah pintu kaca. Ceh, pak guard rupanya. Hampa.

Aku melemparkan senyuman kepadanya sambil meneruskan kiraan aku. Bimbang jika ada yang tertinggal.

Dompet. Helmet. Jaket. Kunci. Beg galas.
Beg galas. Jaket. Helmet. Kunci. Dompet.
Helmet. Beg galas. Kunci. Dompet. Jaket.

Siap. Aku lalu membuka langkah menuju ke lif. Menekan punat dan menunggu. Lif terbuka. Kali ini aku terkejut sekali lagi. Terkejut melihat seorang bidadari syurga di hadapan mata. Bidadari yang turun dari langit melalui lif KLCC.

Aku kenal dia. Staff baru di bahagian HRM di tingkat 68 dalam company yang sama. Agak comel.

Sambil membuat lagak normal walaupun hati sudah tak keruan, aku mengorak langkah memasuki lif. Dia tersenyum dan aku membalas senyuman kepadanya.

‘Ada chance ni’ hati ku mula menggatal tetapi itu tidak dizahirkan. Kurang berani.

Aku melangkah masuk ke dalam lif. Pintu lif tertutup dan bergerak turun.

Level 60. Diam. Aku kaku

Level 55. Diam. Fikir topik yang sesuai

Level 50. Diam. Fikir sebab dan akibat

Level 45. Diam. Fikiran melayang

Level 42. Ting Tong. Lif terbuka. Tiba di tingkat pertukaran ke lif lain yang menuju ke tingkat bawah

Tersedar dari lamunan, lantas sebagai seorang yang gentleman, aku memberi peluang kepadanya untuk mengorak langkah terlebih dahulu untuk keluar dari lif.

Aku menuruti langkahnya sambil fikiran aku masih lagi terawang-awang.

Setelah berjalan beberapa ketika, tiba-tiba langkahnya terhenti. Aku hampir- hampir terlanggarnya. Aku pelik.

bersambung part 3

Oct 8, 2008

Aku, Dia dan CBR

Di level 64 Tower 2 KLCC, Jumaat, 3.30pm.

“Tuan, emmm…mill certificate for work order 49 sudah attach belum kat dalam final doc? If done, I need to review first before pass it to our document control for achieve.”

Aku terkebil-kebil memandang rakan sejawat aku, M, sambil jari-jariku ligat menaip laporan mingguan untuk minggu ini sebelum menikmati hujung minggu yang indah.

“Emm..wait for moment. Nak habiskan ayat ni, nanti idea hilang.”

Aku menghabiskan beberapa ayat dan membalas;

“Untuk work order ni ke? Sekejap ye”

Tangan aku lantas meraba-raba susunan fail di bawah meja aku dan menarik sebuah fail berkulit keras yang berlabel ‘WO#49’.

Aku membuka muka depan dan terus membelek ke muka surat paling belakang yang mana disitulah mill certificate biasanya diletakkan

“Damn it…Sorry bos, still pending. Aku langsung lupa nak update dengan Vastabux”

Vastabux ialah syarikat kontraktor yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan yang diamanahkan oleh pihak client.

“It’s okay. Nanti dah siap just pass it to me for review.”

Sambil tersengih-sengih menampakkan susunan gigi yang kurang tersusun, aku membalas;

“Apa sahaja untuk bos”

Aku memandang M berlalu dari kubikel aku. Mengeluh berat.

Sejak diterima oleh Construction Team untuk menguruskan beberapa projek kecil, aku kurang menumpukan perhatian terhadap tugasan dari team aku sendiri, iaitu Inspection Team. Lambakan kerja dari Construction Head sering membantutkan perhatian aku untuk menyelesaikan kerja remeh-temeh ini.

Walau apa pun, tak mengapa. Aku masih muda dan bertenaga. Aku anggap ia untuk saham masa depan nanti

Oleh kerana itu, aku perlu bekerja lebih masa hari ini. Waktu kebiasaan pulang pada jam 6 perlu dilanjutkan ke jam 8.

Aku menyambung kerja-kerja yang tiada berpenghujung.

bersambung part 2

Oct 7, 2008

Missing them

I just browsing my picture folder in my external hard disk and found a picture...

I miss my life at school, Sekolah Tuanku Abdul Rahman
I miss the happy, sad and bullying moment at STAR
I miss riding and convoy together with Kabuki Riderz club
I miss my colleague that spent hard time together on bikes
I miss the colors of bikes that also colors my life

Now, its all i put in the folder called 'In Memories' without thinking if my hard disk crash later on.

Semua itu Adalah Memori

Aku mula melukis komik ketika di sekolah rendah. Setiap buku latihan di bahagian belakang pasti penuh dengan komik yang aku lukis dan jalan ceritanya aku reka sendiri. Inspirasi aku untuk melukis kebanyakannya dari siri Power Rangers, Flashman, Maskman, Gaban etc...Cikgu Hamidah, guru Bahasa Melayu memang sudi meluangkan ceramahnya terhadap telinga aku apabila mendapati karya-karya aku di belakang muka surat buku karangan aku.

Di STAR, aku mula melukis potret, tapi langsung tidak cantik. Lantas, untuk tidak menghampakan kehendak hati, aku meniru lukisan dari komik dan aku juga boleh lah dikatakan pandai dalam melukis pemandangan. Pemandangan padang sekolah memang selalu menjadi mangsa aku dari pelbagai sudut. terima kasih kepada encik Hishamyang menjadi sumber inspirasi aku.

Ketika tahun menjelang SPM, aku mula mengarang. Aku beranggapan aku hanya berbakat dalam seni lukisan tapi aku salah. Aku meninggalkan seni lukisan seketika dan mula tertarik dengan seni tulisan apabila karya main-main aku disiarkan dalam majalah sekolah.

Dan kini di UTP, aku hanya mampumembuat blog dengan celoteh-celoteh yang kurang bermakna