Nov 28, 2008

Clash Dendam

Aku memandang akhbar utusan hari ini, dalam banyak-banyak tajuk menarik (since aku just suke bace headlines je) aku tertarik dengan tajuk berita seorang artis tempatan, Zakiah Anas, yang meminta cerai dari suaminya.

Biasalah tu, artis mana-mana kat dunia ni pasti tak akan berpisah jauh dari berita penceraian kecuali yang belum kahwin atau takde pasangan la. Macam tu lah publisiti secara kurang langsung dapat diraih. Kalau main saham ni memang kompem untung besar.

Aku malas sungguh nak membaca berita tu dengan lebih lanjut, tapi benda-benda macam ni lah yang buat aku terfikir, masih adakah kasih sayang suci dikalangan umat manusia sehingga akhir hayat?

persetankan soalan tadi...

Aku teringat pula kisah seorang sahabat yang clash (ni yang belum berkahwin, tapi tak pasti la pulak dah ehem-ehem belum).

Aku: aku dah lame tak nampak ko keluar dengan awek ko?
Kawan: Dah lama dah clash, sebulan lepas.
Aku: Loh, apehal? ada orang ketiga ke?
Kawan: Tak
Aku: Abes tu
Kawan: ...
Aku: Pehal ko senyap?
Kawan: Bukan orang ketiga, tapi keempat daa
Aku: Wadehel!
Kawan: Cerita dia macam ni
Aku: aku mendengar ni...
Kawan: Aku sebagai A, ex-GF aku sebagai B, ex-BF kepada ex-GF aku sebagai C dan ex-GF kepada ex-BF kepada ex-GF aku tu sebagai D
Aku: Ko jangan memain, baru stat citer ni aku dah pening la.
Kawan: okeh, aku bagi simple punye version, aku sebagai aku, ex-GF aku sebagai ex-GF aku, lepas tu ko berlakon sebagai ex-BF kpd ex-GF aku. dan awek ko skarang ni sebagai ex-GF ko.
Aku: Camni ar, mentang-mentang aku single. dah la takde awek. okeh, go on
Kawan: Mula-mula, ko dengan awek ko bercintan-cintun macam esok dah takde dah. Tiba-tiba lepas tu ko pun clash dengan awek ko atas suatu kejadian yang tak dapat dielakkan.
Aku: teruskan...
Kawan: Kau pun terasa nice sebab dah bebas, tapi tak lama...hati kau terasa sunyi pulak, kao pun mula mencari calon baru.
Aku: teruskan...
Kawan: Kau pun terjumpa seorang awek ni. awek ni ex-GF aku tapi time tu dia single lagi sebab belum ditakdirkan berjumpa dengan aku. Kau pun mula la berjiwang romantik memikat dia dan korang pun declare la kat tepi tasik
Aku: Apehal tepi tasik?
Kawan: Suka hati aku lah, aku director sekarang. jangan mencelah, nanti hilang idea
Aku: ok, teruskan
Kawan: Setelah lama kau couple dengan dia, dia mendapati kau ni seorang pyang panas baran, memang kalau tak berjumpa tak bergaduh tu memang tak boleh. Tiba-tiba satu hari, kau terlepas cakap yang kau nak clash kan dia. Perempuan ni kalu dah dengar ayat-ayat tu memang terasa la lebih-lebih lagi kalau dia sayang betul kat kau.
Aku: teruskan
Kawan: Dia ingatkan kau dah tak nak kat dia, so dia pun menukar status nya kepada single dan tanpa pengetahuan kau, dia dah pun berjumpa dengan seorang mamat ni. Mamat ni kurang sikit kalau bab-bab hati dan perasaan, tapi dia seorang pendengar yang baik. Dan yang lebih penting, mamat ni sanggup mendengar semua luahan perasaan si awek ni. Disebabkan itulah, si awek ni mula jatuh cinta kat mamat ni sebab dia ni macam concern sikit la.
Aku: alahai, mamat ni pun satu, apehal dia nerd giler. patot die kene investigate la perempuan tu dah ade belum, kalu dah ade tak ke naya semua pihak...jadi macam aku kan mudah, single is simple. tak payah susah-suah pikir hari nak buat kejutan ape kat GF, nak belanja ape, nak itu nak ini, tu belum lagi kahwin,...blablabla, atas katil, blablabla

-aku terus memaki hamun mamat yang menjadi mangsa dalam cerita kawan aku tadi sebab innocence sangat-

Kawan: aku lah mamat tu. Hampeh ko!

Itu ayat terakhir yang aku sempat dengar dari mulut kawan aku sebelum aku tersedar di ICU Hospital Ipoh hasil dari Hikmat Tendangan Neraka Peringkat ke-5 dari kawan aku tadi.

Nov 25, 2008

Aku, Dia dan CBR part 11

dari part 1

Aku terjaga dari tidur. Mimpi rupanya. Peluh dingin mengalir di seluruh badan aku. Apakah maksud mimpi ini? Adakah satu alamat? 1001 soalan menerjah masuk ke otak engineer aku. Minda aku masih terfikirkan empunya suara itu dan kenapa dia merayu-rayu untuk menyelamatkan aku?

Tapi, aku pening. Pening kerana aku asyik terfikirkan Ida ketika menunggang motor pulang dari pejabat semalam dan kini Ida hadir dalam mimpi aku. Liat benar untuk kau pergi dari hidup aku. Masih rindukah aku kepadanya walaupun dia telah memusnahkan kehidupan bahagia aku sebelum ini?

Benar kata-sesetengah orang yang kekasih pertama inilah yang paling meninggalkan kesan mendalam dalam hati seseorang.Malas untuk memikirkan maksud mimpi itu tadi, lantas aku melihat jam. 6.45 pagi.

Aku bangun,menuju ke bilik air. Mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh. Selesai solat, aku terlelap kembali memandangkan badan aku masih lesu akibat kekurangan tidur. Aku mengharapkan tidur kali ini ditemani bidadari syurga yang indah-indah.

Jam 12.46 tengah hari.

Aku terjaga. Lama pula aku terlelap. Tapi, badan terasa amat segar. Aku menggeliat dan mencapai tuala untuk mandi. Aktiviti berikutnya,

Makan roti cicah Nescafe.
Layan TV
Bosan.
Online internet.
Friendster. Myspace. Facebook
Membaca blog.

Banyak betul komen-komen yang perlu dibalas. Ini yang susahnya bila blog sendiri menjadi tumpuan ramai. Entah apa yang menarik tentang semua post-post aku. Semuanya berkaitan dengan hasil karutan yang timbul dari kehidupan sekeliling aku. ‘Lurah Dendam’ antara yang paling mendapat banyak komen.

‘Truutut….Truutut’ Handsetku berbunyi. Lantas, aku bangun mendapatkan hanset aku di penjuru sofa. Baru aku teringat ada satu mesej semalam yang belum sempat aku baca.

Aku flip up handsetku. Terdapat 2 mesej diterima. Girang hatiku bila terpandang nama penghantar mesej tersebut. Siapa lagi kalau bukan Puteri. Dengan gelojoh aku terus menekan butang ‘read’

‘Selamat malam. Have a nice dream =)’. Mesej diterima jam 12.15 pagi Sabtu.

‘Alamak, sekarang sudah pukul 2 petang hari Sabtu!’

Aku tersenyum. Gembira. Tapi kecewa pun ada. Kenapalah aku tak perasan mesejnya dari semalam. Mesti dia terasa kecewa sebab aku tak membalasnya semalam. Jariku pantas menaip,

‘Err...hi. How’s ur weekend? Baru terperasan ada msg dari you tadi. Sorry lambat reply’

Aku menunggu Puteri membalas mesej dengan rasa kurang sabar. Merajuk kah dia? Marah kah? Kenapa hati aku pula yang begitu resah dengan hanya satu mesej dari dia?

Aku terbayang-bayang wajahnya yang comel ketika pertama kali bertemu dengannya. Terasa rindu ingin menatap wajahnya. Manis. Aku teringat akan emel dari HR yang dihantar kepada setiap staff setiap kali ada staff baru yang mndaftar masuk. Terus aku menaip alamat webmail syarikat dan log in.

Ada 5 emel baru. Dari vendor dan kontraktor mengenai projek pemasangan pipeline di Greenfield wellhead platform. Argh....persetankan isu itu, aku mahu weekend yang tenang. Satu persatu tajuk emel dibaca dengan harapan terjumpa apa yang dicari.

Ada! Yes!!! Hatiku girang, nasib baik pada masa itu aku tak delete emel ini. Aku membuka dan seraut wajah indah terus terpampang di skrin. Nama Puteri Izzati Sofillea kutatap lama. Cantik nama itu walaupun tidak pernah aku dengar seseorang yang bernama Sofillea selama ini. Unik.

Truutut, hendsetku kedengaran lagi. Kali ini aku terlupa yang aku masih ada satu lagi mesej yang belum dibaca. Aku flip up dan membaca nama penghantar, dari rakan sepejabatku, Azri.

‘Bro, malam ni free tak? Futsal jom. Ampang Sports Planet.’

Kebiasaannya aku kompem tak tolak ajakan untuk bermain futsal. Kehidupan sosial antara rakan sepejabat amatlah perlu. Terutama sekali bila bermain dengan head department. Saham-saham sebegitu perlu dipupuk sejak awal lagi demi menonjolkan diri untuk naik pangkat.

Memandangkan aku perlu berehat dengan secukupnya untuk ke Cameron pada keesokannya, aku menolak ajakan Azri dengan cara yang paling halus, lantas terus membalas mesejnya dengan panjang lebar,

‘Aku tahu kau masih berdendam dengan aku sebab kalahkan kau minggu lepas, tapi sori lah tak dapat join malam ni since aku ada ride ke Cameron. Nanti aku belikan strawberry kat ko yek.’

‘Truutut….Truutut’ Aku girang. Ini mesti mesej dari Puteri.

bersambung part 12

Nov 24, 2008

Nikon D60 on the way


i just patiently waited for this moment
not moment of inertia in physics
but, the moment to get hands-dirty on my own dslr
wait for me bebeh

Nov 20, 2008

When I am bored with the reality of life

It has been a long time I ain't post in English since almost my favourite post title cannot be translated into English because of afraid that the reader ain't understand what-the-F I am talking about.

Well, while facing the next paper of Petroleum Exploration, it seems a bit boring because of reading subject. I don't want to hate it since I hate calculation subject even more.

And then I've come to do a wasting time activity...editing the pictures


this is the original picture that taken few years ago



Stamp mode

Desaturate mode

Red neon glow mode

Sumi-e mode

Yellow neon glow mode

Horizontal grain mode

Cutout mode

Blue neon glow mode

Diffuse glow mode

The last picture seem to be my favourite one since it is glow and makes me likes a model-on-superbike just like in bikers magazines. The only diffrent is usually the model is super-hot-naughty-bitches model, but I am just a simple one T_T

Nov 15, 2008

Aku, Dia dan CBR part 10

dari part 1

Aku membuka kelopak mata. Hairan. Di mana aku sekarang? Bukan di katil, tapi di tengah-tengah kota yang tidak berpenghuni. Sunyi. Aku memandang ke atas. Langit membiru ditemani awan Komulonimbus di ufuk timur langit. Indah. Tapi aku di mana? Signboard pun takde. Jabatan Kerja Raya ni tak buat kerja ke ape? Nak kena saman ni.

Dari jauh, satu lembaga bersusuk perempuan sederhana menghampiri aku. Aku kenal dia, Ida. Memori silam mula menggamit kembali. Sudah lama aku lupakan dia. Kenapa harus dia datang lagi? Apa tempat ni? Dia semakin mendekati aku. Aku berpaling darinya, buat-buat tak nampak. Dari belakang, Ida menegur,

I: Hai. Lama tak jumpa.
S: Emm...hai. Ha ah
I: Sayang sihat?
S: Sihat. But, stop call me that word!
I: Sorry.
S: Awak buat ape kat sini? Apa tempat ni?
I: Saya nak jumpa awak. Awak nak tau tak, saya masih sayang awak.
S: Sayang?! Awak nak sakitkan hati saya lagi?
I: Sampai hati awak cakap macam tu. I miss you.
S: But I’m not missing you.
I: Setelah setahun kita bersama, awak langsung tak rindu kat saya ke?
S: Tak. What for? Lagi sekali saya Tanya, apa tempat ini.
I: Ini dunia ciptaan saya. Boleh awak maafkan saya. Saya janji tak buat lagi
S: Stop bullshitting me. I’m full of them.
I: … (air mata bergenang)
S: (dalam hati) ini yang aku lemah ni.
I: Lets start a new life, please. I want it
S: Sorry, my new and dream life was started long time ago, since when I already lost hope with you. You can go now!

Aku ternampak air mata mengalir deras dari mata Ida. Kalau dulu, aku pasti akan belai dan sapu air matanya setiap kali dia bersedih. Itu dulu. Tapi, sekarang hati aku langsung tak terusik. Maafkan aku. Sebagai seorang lelaki, aku perlu tegas dalam hal-hal sebegini.

Setelah mendengar kata-kata terakhir aku tadi, Ida terus berlari menjauhi aku. Aku memandang ke arah Ida yang bergerak semakin jauh dari aku, tanpa rasa kesal.

Aku terpandang kelibat sekumpulan manusia pada arah yang sama Ida pergi. Masing-masing berkot hitam. Smart. Memandangkan tiada apa yang dapat aku buat, lantas aku bergerak perlahan menuju ke arah mereka dengan pelbagai persoalan di minda.

‘Eh, ini bukan ke geng-geng balak Ida ni’... Aku gusar kerana aku tahu balak Ida memang gangster. Aku menghentikan langkah. Takut mulai menguasai diri bila ternampak seperti masing-masing bersenjata. PARANG!!! Shit!

“KEJAR!!!”

Oh shit again! Aku mula berlari. Berlari sepantas mungkin menjauhi kumpulan itu. Lari daripada ancaman sekumpulan manusia yang ingin menetak aku. Gerun aku melihat parang dihayun-hayun. Seperti dahagakan darah. Aku masih sayangkan nyawa aku.

Mereka masih lagi mengejar aku dari belakang, kurang dari 10 meter. Aku semakin mengah. Aku bukan seorang ahli pecut yang berstamina tinggi. Nafas aku sudah hilang aturannya, pandangan semakin kabur. Kaki semakin kebas kerana kekurangan bekalan oksigen. Langkahku semakin perlahan.

Tiba-tiba, kepalaku dihentak dengan suatu objek tumpul. Aku terjelepuk jatuh. Aku pasrah. Apa nak jadi, jadilah. Mataku berpinar. Hampir pengsan. Satu suara garau kedengaran.

”Menate nih! Mung toksoh lari dari aku. Mung tahu dok hok mung nih kacau gewe aku. Takdok orang lain ke hok mung nok kacau? Mung memang nok mapuh ni. HAAA!!!”

Lebih dari 5 lembaga sedang mengelilingi aku. Pandangan aku kabur, langsung tidak cam wajah-wajah mereka. Yang pastinya masing-masing bertubuh sasa yang bersedia untuk membalun tubuh aku yang lemah ini. Kepalaku berdenyut-denyut. Tanganku menekup dahi aku. Darah!

Aku keliru. Adakah aku yang bersalah? Ida datang ke dalam hidupku sedangkan ketika itu dia masih lagi bersama dengan balaknya. Kalau aku tahu memang mampus aku tak layan Ida tu. Aku langsung tidak tahu. Dan kini, aku diburu geng-geng balaknya itu.

Aku rela digelar status ‘bujang terlajak’ daripada mendapat gelaran ‘orang ketiga’. Aku tak sedesperate itu untuk merampas awek orang lain. Tak aku sangka Ida melayan aku hanyalah sebagai back up ketika dia bergaduh dengan boyfriend nya.

Aku hanyalah mangsa perlakuan perempuan dan kini mangsa kekejaman lelaki. Malang.

Tiba-tiba aku terdengar suara halus dan kurang jelas suara itu. Bukan Ida. Aku pasti perempuan. Merayu-rayu suara itu kedengaran. Seolah-olah memujuk mereka melepaskan aku. Siapakah dia? Aku seperti mengenali suara itu.

Syikin ke? Bukan.
Fara ke? Bukan jugak.
Kamal ke? Confirm la bukan. Dah la nama lelaki

Sebelum sempat aku berfikir lebih panjang, tiba-tiba satu lembaga hitam menerpa ke arahku sambil melimbas parang panjangnya ke arahku. Aku pasrah. Badan aku kaku. Aku memejam mata sebelum libasan parang betul-betul di leher aku.

Selamat tinggal CBR…Selamat tinggal Puteri…Selamat tinggal Reen…

bersambung part 11

Nov 12, 2008

Cicak Dendam

Akhirnya sudah habis satu kertas peperiksaan, Malaysian Studies, untuk semester ini. Masih ada lagi 3 subjek yang perlu di projek kan. Tak sabar menunggu cuti, walaupun aku ni malas betul nak balik rumah. Kalau ada port baik, roger aku weyh...

Badan aku semakin hari semakin membesar. Dah terlebih besar pun sebenarnya. Untuk diet, sekarang aku dah mengamalkan makan nasi sehari sekali je. Kalau lapar tu terpaksa buat buat air je la. Milo, nescafe dan yang terbaru kopi putih bandar ipoh lama. Mengancam tu. Aku harap tahun depan boleh turun 15 kg lagi. cewah.

Lepas minum ni nak dijadikan cerita punyalah pemalas aku. Kalau minum pagi, malam baru basuh. Kalau minum malam, pagi baru basuh. Kalau tak minum macam mane?! Tak payah basuh la bang. Tapi, jangan bimbang, aku memang basuh dengan cukup detail, celup sabun dalam air panas lagi tu untuk menanggalkan kotoran degil. Memang bersih habis. Sebab tu lah gelas tu dapat bertahan sehingga kini.

Satu malam yang juga dirahsiakan detailnya untuk mengelakkan fitnah durjana...

Aku seperti biasa. Lapar mula menjenguk ke dalam perutku. Orang cakap kalau nak diet jangan makan malam. So, aku pun pun mengambil keputusan yang biasanya aku buat. Minum air. Since pagi tadi dah minum mili, malam ni nak minum nescafe pula since nak tidur lewat sikit sebab keesokannya hari weekend. Nice.

Aku melangkah lapar ke arah dapur untuk memanaskan air. Mengisi air ke dalam heater lalu menekan butang 'ON'. Lampu pun menyala. Sambil itu, aku meletakkan gelas plastik 'Nescafe' yang penuh dengan keladak-keladak dari Milo yang dibuat pagi tadi.

Sambil menunggu air masak, aku cuba untuk menonton berita. Namun berita-berita politk di Malaysia amat mengguris hati fragile aku ini. Penuh dengan sampah sarap tak mungkin akan bersih. Buang masa betul orang yang update berita dan blog mengenai politik jadah ni. Baik sedekah je duit untuk aku beli sebuah MV Augusta 1043 RR.

Ketap!!!

Bunyi yang menandakan air sudah siap dimasak. YES!!! ... aku dengan pantas terus menuang sedikit air panas ke dalam gelas plastik aku untuk membasuh keladak-keladak bekas air milo pagi tadi. Lantas mengacau dengan sudu agar keladak itu tanggal.

Eh...ape ni?!

Sudu yang aku guna untuk mengacau air panas itu seperti berat kerana terlanggar sesuatu. Aku lantas menjenguk ke dalam gelas.

CICAAAK!!!....OH SHIT!!!!!

Aku tak geli dengan cicak mahu pun kucing. Tapi bayangkan perasaan itu bila anda mengacau air yang anda tahu ada cicak di dalamnya. Bulu kening pun boleh meremang beb!? Nasib baik aku tak melatah

Apehal la kau lepak dalam gelas aku ni wahai cicak? Takde port lain ke nak lepak. Dalam gelas aku jugak. Kang dah kena air panas dengan aku. Terus mampus...Cuba la cari port lain kalau nak lepak. Sogo ke, Lot 10 ke, Suria KLCC ke, tak pun paling cikai pun kat Hotel Palace of Golden Horses pun okey ape. Bukannya dalam gelas aku.

Kepada cicak yang terkorban tu, saya harap anda telah membeli insuran nyawa sebelum ini untuk support anak bini keluarga. Tapi, bukan ke kalau bunuh cicak ni dapat pahala?! Tapi malam tu bukan malam Jumaat?!

Satu malam aku rendam gelas aku dengan dettol+air panas ditambah lagi dengan semburan pewangi-sape-punye-entah. Trauma tu beb

Nov 7, 2008

Aku, Dia dan CBR part 9

dari part 1

Jam 2.30 pagi. Sabtu.

Malam beransur tua. Aku menguap. Lantas meminta diri untuk membayar harga makanan untuk semua. Sekali-sekala belanja tiada salahnya. Walaupun agak mahal harga makanan di Kopitiam Pak Li, tapi memang berbaloi dengan rasa dan menu yang ditawarkan.

Hery, Zai, Zid, Mel dan Ikin mula bergerak ke arah motor masing-masing untuk memanaskan enjin. Aku menjeling ke arah Reen yang masih lagi di meja makan. Dia menggamit ke arahku. Mungkin mahu personally mengucapkan terima kasih kerana belanja dia. Ini sudah bagus.

Setelah menerima duit baki, aku lantas berjalan ke arahnya. Berdebar-debar

S: Err...Hai, tak gerak lagi ke?
R: It’s okay. I tunggu you. Thanks anyway sebab belanja tadi.
S: Takde hal. Sekali-sekala apa salahnya.
R: Serius I tak tau makanan kat sini best. Kalau tau dari dulu lagi I join group korang
S: You are welcome. Boleh je join. Tapi memang kat sini tak boleh lawan tempat lain la die punya makanan.

S: Emm..Diorang dah tunggu tu. Jom gerak. Rumah you kat mane?
R: Bukit Jelutong. Taklah jauh sangat pun. You?
S: Belakang tu je. Enjin pun tak sempat panas.Jom

Aku menyarung jaket aku dan bergerak beriringan dengan Reen ke motor. Tiba di CBR, Hery mula mengusik perlahan

H: Hoi bro. Kurang hajaq kau, tadi punyalah malu-malu nak borak dengan Reen. Alih-alih, kau pulak yang nak tekel dia guna taktik belanja kau tu ye
S: Cilakak ko Hery. Belanja sikit macam tu pun kira tekel ke? Niat aku suci dowh
H: Hehehe. It’s okay. Mane tau ada rezeki nanti. Boleh jugak aku makan nasi minyak
S: Kalau ade aku turut gembira. hehehe
H: Eh, aku gerak dulu la. Jauh lagi nak sampai ni. thanks belanja tadi. Minggu depan belanja lagi okay
S: Aahh…mane aci camni. Turn kau la pulak next week. Hehe, jumpe Ahad nanti. Jangan bangun lambat pulak
H: Eleh, kau tengok nanti aku sampai paling awal. Ok, cau

Kesemua yang lain bergerak meninggalkan aku. Aku memanaskan enjin. Tangan kanan aku meraba poket mencari handset. Flip. Satu mesej diterima.

Belum sempat aku menekan butang ‘Read’, aku terdengar bunyi enjin superbike baru dihidupkan. Mataku tecari-cari akan bunyi itu. Jumpa. Honda CBR 1000 RR 2006 Repsol theme. Ini Reen punya. Tak balik lagi rupanya. Aku lantas memasukkan handset semula ke dalam poket dan memulas throttle CBR aku. Aku bergerak perlahan menuju ke arah CBR Reen.

S: Hai cik adik. Sorang je ke?
R: Eh. Isk. Hai. Terkejut I. Tak balik lagi ke?
S: Tunggu you la. Haha, takdelah. Panas enjin kejap. I ingat you dah gerak dengan yang lain tadi.
R: Tak sempat. Dah menghilang tadi. Lagipun kawan I call tadi.
S: Lewat-lewat macam ni pun ada yang call lagi. Oh lupa, ni malam weekend, mesti tengah enjoy lagi tu
R: Hahaha. Betullah tu. Em bu the way, tadi bila you datang, I terkejut juga tengok you pakai CBR jugak. Tak sangka.
S: Oh, really? Zai tak bagi tahu you ke?Moto second hand je pun. Tapi, cantik la theme color motor you. Repsol. Minat Nicky Hayden ke?
R: Thanks. Minat sangat. Handsome la dia tu
S: Macam I?
R: hahaha. Memang…langsung tak sama
S: Isk
R: Emm...Saf. I perasan tadi, you asyik pandang I je.
S: (Oh,shit…kantoi) Err…Err…tak…tak. Oh, tadi ke? Takdelah, I pandang ada sorang mamat kat belakang you tadi, dia bawak laptop Apple. I minat model tu. Nice
R: Oh ye ke? Hahaha. Sorry. My mistake. You punya jeling tu bahaya lah. Boleh buat perempuan cair. Hehehe.
S: (taktik menjadi) Oyeke? Eh, you better gerak sekarang. Dah lewat ni.
R: Okay. See you Ahad ni. Bye

Kami berpisah memandangkan jalan untuk ke rumahku tidak sama dengan jalan yang menuju ke Bukit Jelutong. Ish, tempat orang kaya tu. Bayangkan kat situ renovate rumah saja pun dah 1 juta, apetah lagi nak beli sebuah.

Tapi, betul ke jelingan aku boleh buat perempuan cair? Setakat yang aku tahu, anak kucing pun boleh tebunuh dengan ketajaman jelingan aku. Entahlah. Tapi memang orang yang kurang biasa dengan aku pasti beranggapan aku seorang yang garang. Riak muka aku memang nampak garang bila aku tak tersenyum.

Aku menguap. Jam sudah menunjukkan pukul 3.05 pagi. Ini sudah melebihi had tidur aku. Confirm petang esok baru dapat bangun ni.

Sebaik tiba di rumah sewa, aku lantas membuka baju pejabat dan mandi ringan untuk menyejukkan badan. Dengan badan yang sejuk, ditambah lagi dengan bantal yang empuk bersama comforter yang meng‘comfort’kan, aku terus terlena sebaik sahaja kepalaku mencecah bantal.

Oh bidadari syurga, datanglah ke dalam mimpiku.

bersambung part 10

Nov 3, 2008

Angin Dendam (ini bukan lanjutan dari siri Lurah Dendam)

Sekarang musim angin monsun study week. Damn, masa untuk exam sudah dekat. Preparation cam haram je. final year project (FYP) presentation nak kena buat lagi. Tensi tensi

Tapi kalu tensi senang je bagi aku, moto 'take a walk, dude' memang selalu diamalkan. Bukan lah take a walk kat ipoh, kat dalam utp suda.

Nak bersukan tapi takde member. Semuanya jenis stok-stok study je. Kalau yang ada pun, bersukan dalam mimpi atas katil petang-petang. Pastu bila bangun berpeluh-peluh, mulalah kata kat aku yang dia baru lepas bersenam. Ape kes ni brader? Apa lagi, joging je la jalan penyelesaian nyer. Betapa keseorangannya hidup aku. huhu. cewah

Nak berjoging pun bukan senang. FYP eh FYI, utp ada 2 tempat paling hot untuk pergi berjoging. Satu mengelilingi kolam, satu lagi mengelilingi padang besar. So, nak kena pilih mana port yang bagus sebelum menyesal. Mindset aku, padang= lelaki manakala kolam = aweks2 yang hot+sexy+wangi

Mesti aku pilih kolam punya. Lagipun dengan wujudnya trek joging keliling kolam, makin ramai aweks2 yang hot+sexy+wangi turut joging. Tak tau kenapa, sebelum trek tu wujud, susah betul nak nampak diorang joging. Tapi, aku tetap mengamalkan dasar terbuka. Pandang dan nikmati saja apa yang patut.

Setakat joging satu round complete memang takde hal. Tapi dah masuk round kedua tu memang pancit habis. Kurang macho sikit disitu. Takpe, kalau ada orang tanya, cakap je dah 5 round. Ada orang tanya ke? Ah, nak cakap jugak!

Apa yang membuat utp lagi berwarna-warni ialah dengan kewujudan foreigner yang turut bersenam sekali. Suasana integrasi dapat dirasai walaupun bukan di sekolah berasrama penuh integrasi. Aku suka begitu.

Aku paling suka kalau joging dengan mengharungi angin yang kuat. Selesa. Memang fevret bila angin menuju ke arah aku. kalau dapat menuruti aweks2 yang hot+sexy+wangi, memang kembang kempis hidung aku dengan kewangian mereka. Yang paling penting, pandangan mata tetap di jaga (kot?!)

Suatu petang yang indah, (tarikh ddirahsiakan kerana mengelak kontroversi)...

Aku tengah berjoging hingga separuh dari trek, tiba-tiba aku terdengar derap langkah yang agak kerap dari arah belakang aku. Ada yang tengah berjoging dibelakang aku la tu.

Aku pantang betul bila berjoging kalau ada orang yang turut berjoging di belakang aku. Mesti aku control macho sket. Kalau aweks2 yang hot+sexy+wangi kat belakang memang berbaloi la control sket. Tapi kalau balak, memang terasa sia-sia je hidup ini. Dey, kalau nak laju, tak payah la ikut belakang aku lama-lama, potong suda. Rimas ni

Aku memulakan mode control aku. Kalau aweks2 yang hot+sexy+wangi, memang best ni. Malas nak menoleh, obvious pulak nanti. Usha diam-diam suda. Aku terus berjoging sambil menikmati angin yang bertiup ke arahku dari hadapan. Mata mencari-cari aweks2 yang hot+sexy+wangi yang lain. Dimanakah kamu?

Derap langkah dari belakang semakin mendekati dan zaasss.....

Terdapat lembaga gelap (walaupun pada masa itu masih petang) melintasi aku. Foreigner rupanya. Mungkin dari Sudan atau Mozambique. Mungkin juga Afrika Selatan, yang pastinya bukan dari negara Kelantan. Aku pasti yang itu. Sebab aku pun dari sana

Aku lega. Kan senang kalau potong awal-awal, takdela aku control lama-lama.Dah la lelaki, sia-sia je control.

Angin masih bertiup kencang ke arahku...

Aku tiba-tiba perasan yang angin bertiup ke arah aku itu sudah bertukar. Bukan bertukar rupa atau warna, tapi BAU. Oh shit!. mamat foreigner tu yang bawak bau hangit yang memang tak hengat la. Damn it. Aku sesak nafas. Bayangkan tengah joging dengan nafas yang tak keruan, tiba-tiba bau itu muncul. Apa kamu sempat untuk berbuat apa-apa?

Dah nama angin, Aku tak dapat mengelak. Tangan aku menepis-nepis, tetapi angin+bau itu pandai. Langsung tak bagi peluang kat aku. Lantas menerjah ke hidung aku. Sungguh menusuk kalbuku. F**k it. Aku terus berhenti joging. Mamat-foreigner-hangit-punya-bau tu pun turut berhenti joging. Pancit kot. Berjalan tak jauh didepan aku. TIDAK!!! kenapa kau seksa rongga hidung aku.

Angin masih menderu bertiup ke arah ku melalui mamat-foreigner-hangit-punya-bau. Rongga hidung seperti dipenuhi molekul-molekul palat yang amat. Aku menekup hidung. bernafas melalui mulut. Mahu juga bernafas melalu kulit. Tapi kulit aku tak lembab seperti katak. Pengsan

Dan angin terus bertiup sepoi-sepoi bahasa tanpa rasa kesal....

***

Pengajaran: Jaga pandangan mata anda terhadap aweks2 yang hot+sexy+wangi dan sila bawa penutup hidung ketika joging