Aug 14, 2010

Eye Range

Aku menekan punat 'Run' di software MBAL, sebuah perisian yang akan mensimulasikan ramalan pengeluaran (dalam bahasa barat dipanggil production forecast). Kepuasan kerana berjaya menyiapkan forecast untuk gas field di Malaysia Timur. Lama betul aku menghabiskan masa untuk model ini

Tapi senyuman kepuasan aku tak bertahan lama.

"This is not logic. Do you expect you can produce gas this much? With this porosity and permeability, the recovery factor should no t exceed 80%. Man, you need to think man. Think as a reservoir engineer. Take count all these input."

Itulah kata-kata indah daripada seorang profesional yang telah berkhidmat dalam bidang ini lebih dari 20 tahun. Berbanding aku yang setahun jagung ni, walaupun tak sampai lagi setahun aku berkecimpung. Terlalu baru bagi aku untuk melawan.

Pulang semula ke workstation aku.

Jam menunjukkan angka 10 pagi. Perut dah berbunyi. Nak makan, tapi puasa. Menyesal aku tak bangun sahur tadi.

Masih bengang dengan model aku yang gagal, aku meneruskan usaha membaiki model aku.

"Hi. Tak puasa ke?"

Aku mendongak pabila terdengar suara halus menyapa aku. Ternampak wajah si amoi comel yang aku panggil Wai Wai. Hati aku yang panas tadi terus disimbah ais kering.

A: Eh hai, Wai Wai. What bring you here?
W: I want to see my bos, but he is not there.
A: Boss always busy la.You should call first?
W: Thats why laa. Buat letih je turun. I pun puasa juga hari ni.

Aku terkesimatun. Belum sempat fikiran aku tersasar jauh, dia menyambung,

W: I tak makan breakfast pun lagi. haha
A: Hahaha.

Dia menarik kerusi di workstation sebelah dan duduk di sebelah aku. Wangi dan of course, comel. Alamak, boleh tergugat iman dan terbatal puasa ni. Aku terus mengaplikasikan perkara yang terlalu biasa yang aku selalu lakukan, iaitu control macho.

Aku tak tau sama ada perkara ini betul atau tidak. Biasanya dalam drama, sang lelaki mesti terus gelabah bila bertemu sang perempuan cantik. Mula lah sang lelaki itu tersasul, terjatuh, tak tentu arah. Mungkin salah satu cara untuk pengarah drama itu mahu menonjolkan betapa cantiknya sang perempuan itu. Kalau sang pengarah itu ambil aku sebagai pelakon, mampos drama tu takde feeling. Sebab tu la aku tak jadi pelakon (ayat memujuk)

Sejam kemudian kami borak pasal kerja. Malas nak post, aku pun tak ingat sangat sebab...well, bila kita berborak, mesti la memandang ke satu sama lain. Memandang wajah comel macam tu sudah cukup untuk melupakan kebengangan aku sekarang. Apatah lagi dapat melupakan perkara panjang lebar yang dibincang.

Terdetik dalam hati aku,"Kan bagus kalau inspirasi macam ni datang tiap-tiap hari. Sepuluh reservoir model pun aku boleh siap kan"

Lain kali, bila interview kerja, aku nak demand,

Aku:My motivation is quite low eventhough my work effort is high. So, if possible, I'd like to apply the position with highest possibilities of motivational serrounding in your company.
Interviewer: What do you mean?
Aku: A position where beautiful and charming girls within my eye range.

Aug 11, 2010

Sudah Sekian Lama

Sekarang aku tengah layan lagu 'Secret' yg dinyanyikan oleh OneRepublic berulang kali sambil menulis blog. Yup, it has been a while i drop at this site. Damn it, tiba2 je terasa nak berblog kembali.

Bagi aku, feeling untuk menulis blog ni datang bila tiba2 kau terasa kehidupan seharian sangat boring dan kau tak tahu ke mana nak meracau.

Bulan puasa datang kembali, cukup setahun dalam kalendar Islam sejak aku masuk kerja di company Sanortep. Kalu dalam kalendar barat, aku perlukan satu bulan lagi untuk cukup setahun bekerja. Terasa amat sekejap. Tapi dalam CV dah boleh secure 1 year working experience, at least in case aku nak cari kerja lain, priority utk aku drpd fresh grad. noob fresh grad

kerja+kerja=no life

statement yang biasa didengari dari semua orang yg bekerja. rutin seharian aku sangat digeruni oleh rakan2 aku.

0500 - air cond tertutup dengan sendiri (of course setting, xdenye nk bgn awal2)
0550 - alarm nokia e71 berbunyi (lagu situasi-bunkface)
0600 - menggeliat bangun dari katil. damn, sejuk air cond masih terase
0605 - iron baju sementara tgu sejuk dari badan hilang
0615 - mandi. WTF sejuk!!! (duration mandi dirahsiakan)
0630 - brekfast (kalau ada)
0645 - start enjin moto dan menunggang moto (bukan memandu yer anak2)
0720 - tiba di LRT asia jaya
0755 - sampai di ofis

and of course 8am to 7pm is fucking working time

kecuali isnin dan jumaat, aku keluar dari ofis tepat jam 5. reasonnye ialah, by 5pm on hari isnin mesti sakit kepala sebab hari sabtu dan ahad sebelumnya asyik main game, layan series, layan muvi dan tidur tak hengat dunia. hari jumaat pulak adalah kerna hari celebrate habis nya kerja untuk minggu tersebut (layan panggung la, apelagi)

Well, setakat ni kehidupan dilalui sangat dull. tiada perempuan cantik terpikat kat aku. mungkin ratio perempuan cantik aku jumpa seharian pun kurang. aku pun tak tau kat mane silap nye. adakah perempuan di KL ni semuanya dah tak cantik? atau taste aku semakin meninggi?

Another thing change bout me, aku sudah berjaya membuang satu item dari wishlist yang aku create since study lagi. sudah lebih kurang sebulan stngah sejak aku di operate...

LASIK

Goodbye glass, Welcome sunglass