Mar 4, 2013

Sebuah Kehidupan Baru

21 Feb 2013, Khamis

Group rakan sepermainan aku, seperti biasa akan berkumpul di gelanggang badminton bermula jam 4.30 petang selepas waktu kerja. Memang tiap-tiap minggu kami akan berbadminton sehingga ke Maghrib dan dinner beramai-ramai selepas solat Maghrib.

Antara dalam group kami, aku namakan dia sebagai N, cukup suka bermain badminton. Dan skill permainannya bukan seperti tipikal gaya seorang perempuan bermain. Above average, terbukti apabila berjaya membalas pukulan smash aku. Mungkin level permainannya melebihi aku, kerana aku suka main-main jer. Just to have fun

Hari ini genap 2 bulan aku mula menaruh minat terhadap N. Lama aku memendam rasa kerana aku sedar aku tak hensem, tapi agak macho (bak kata member aku la). Perasaan merendah diri itu sangat tebal, walaupun orang lain selalu cakap 'Go for it!'

Sedikit flashback...

Hampir 7 tahun selepas aku putus cinta dengan kekasih pertama aku. Mungkin kurang pengalaman sebelum ini dalam usaha untuk mengekalkan hubungan apabila ada masalah.
Status terakhir yang aku tahu dari FB, dia sudah berkahwin. Semoga bahagia ke anak cucu cicit.

Berbalik kepada N, kami mungkin sudah kenal lebih dari 2 tahun di tempat kerja, tapi mula rapat ketika kami bekerjasama ketika menguruskan Teambuilding company kami hujung tahun lepas. Tapi, ketika itu aku memang memandangnya dengan biasa-biasa sahaja. Rajin betul dia buat kerja dan sanggup volunteer menjadi emcee ketika aku tengah serabut untuk menjadi stage manager

Tapi perasaan ini wujud sehabisnya Teambuilding. Dia datang ke workstation aku untuk meminta bantuan dalam bab kerja. Sebenarnya bukan aku yang dia cari untuk selesaikan masalah itu, tapi terdetik hatinya untuk bertanya kepada aku. Dan dia berjumpa dengan orang yang betul, kerana aku ada pengalaman untuk selesaikan masalah tersebut.

Tapi tak semudah itu untuk aku membantu dia. Aku secara bergurau menyuruh dia untuk belanja aku makan atas pertolongan aku. Dia seperti sangat gembira mengiyakan permintaan aku. Mulai malam selepas dinner itu, aku mula berfikir panjang. Setiap malam aku tidak cukup tidur. Seperti cinta pandang pertama. Pada mulanya, aku menganggap ini hanyalah sementara. Biasalah, orang lelaki ini cepat je jatuh cinta, dan cepat jugak perasaan itu lenyap.

Masa tidur aku yang normal 6-7 jam menjadi 4-5 jam sahaja. Nasib baik hujung tahun, kerja tidak banyak dan tiada siapa sedar yang aku sudah tak terurus sangat seperti dulu. Aku tak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Sebelum habis tahun 2012, group kami bercadang untuk mendaki Bukit Broga. Dan N sangat gembira kerana excited untuk mengambil gambar. Oh ya, aku kagum dengan skill street photography dia. Aku pun sebenarnya minat photography,tetapi tidak aktif sangat. Aku lebih kepada candid moment.

N mempunyai senyuman manis. Sangat indipendent, mungkin sebagai anak sulung dan juga bersekolah asrama penuh. Langsung tak pernah tengok dia berdrama (mengada-ngada). Sangat pandai bergaya, tetapi langsung tak menunjukkan ciri-ciri high maintenance. Aktif berbadminton. Tak suka membalas sms aku on the spot (buat aku tertunggu-tunggu). Langsung aku tak faham akan dia. Itu yang buat aku tertarik.Setiap hari, aku akan sms dan cuba chatting dengan N. Aku mahu kenal N dengan lebih rapat

Banyak kali aku bertekad untuk meluahkan perasaan, tetapi tak pernah berjaya kerana lidah aku sangat kelu. Ini first time untuk aku cuba untuk propose. Sebelum ini, aku di propose oleh ex aku ketika belajar dulu. Bukan senang untuk meluahkannya. Drama-drama Melayu sangat misleading kerana nampak senang untuk propose dan diterima.

Kali pertama - ketika sambutan tahun baru. result: tiada masa sesuai (alasan aku) terlepas peluang
Kali kedua - ketika sambutan hari jadi aku. Result: tiada masa sesuai (alasan aku lagi) terlepas peluang lagi
Kali ketiga - berjaya mengajak dinner. ketika menghantarnya pulang...kelu lidah aku. mungkin dia menyedari akan niat aku.Terlepas peluang lagi!

Selepas itu, tiba-tiba N sangat susah untuk dinner bersama. Mungkin masa yang aku pilih tak sesuai. Banyak kali ditunda mostly disebabkan timing (pada hemat aku). Tapi aku tak pernah berputus asa. Aku langsung tak nampak tanda-tanda yang aku di reject. Setiap kali memulakan perbualan, dia sangat responsive. Dan aku anggap itu signal yang sangat baik.

Habis flashback...

Sehabis group kami bermain badminton, terus mandi dan solat Maghrib. Sehingga saat ini aku tidak terasa nak buat move terhadap N kerana dalam group ramai-ramai, segan kot. Selepas mandi dan solat Maghrib, terus kami dinner dan lepak beramai-ramai sehingga jam 9. Aku berpisah dengan group aku di eskalator kerana aku menaiki motor dan mereka temasuk N menuju ke LRT untuk pulang.

Ketika aku menunggang motor keluar dari parking, tiba-tiba tercetus idea gila. Apa kata aku meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati aku ini malam ni juga? Memang gila. Sangat gila. Mungkin sudah tak dapat menahan perasaan aku yang terbuku ini. Aku tahu di mana stesen LRT yang dia turun sebelum mengambil teksi untuk ke rumahnya.

Terus aku memacu motor aku ke stesen LRT tersebut.

Sesampai di parking motor LRT tersebut, aku masih tak percaya dengan keputusan yang bakal aku buat sekejap lagi. Ini kerja gila ni. Tak sampai 2 minit, aku melihat dia melangkah keluar dari stesen LRT menuju ke bus stand untuk menahan teksi. Ketika itu, dia masih tak nampak aku kerana aku agak tersorok berada di belakang bas yang tengah parking.

Aku berkata dalam hati yang aku masih boleh back off lagi masa ni dan biarkan sahaja dia naik teksi dan terus pulang. Tapi kaki aku tak mahu berundur, seperti tak mahu habiskan hari ini begitu sahaja tanpa ada keputusan. Aku maju sedikit ke bus stand supaya dia dapat melihat aku.

Aku berdiri di sebelah bus stand dengan kaku. N ternampak aku dan sangat terkejut sambil ketawa. Aku tahu ketawa itu ikhlas dan obviously dia tak expect aku untuk berada di situ. Aku berjaya buat dia terkejut dan aku juga tahu yang dia dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya.

Aku masih kelu sambil tersenyum. berdebar-debar. Now, it is too late to back off. Sangat pelik kalau aku tak luahkan perasaan aku pada malam ini selepas aku tiba-tiba saja berdiri di situ. Dan mungkin aku takkan dapat peluang sebegini lagi di kemudian hari.

N: Eh, apa yang kau buat kat sini? Bukan ke kau dah lama balik lepas dinner tadi?
Aku: Saje je tunggu kau kat sini. (Aku tak tau kenapa aku cakap macam tu, seolah-olah aku tak berniat langsung untuk berjumpa dengan N)

N masih tergelak-gelak, tak sangka aku muncul di situ. Dia berdiri di depan aku tapi tak keruan. Aku juga tak keruan, tapi aku perlu tunjuk konfiden

Aku: Emmmm, sekejap, (lama gila aku kelu ketika ini)...macam mana nak cakap ye (Aku mengulangi ayat ini 3 kali sebab aku masih nervous)
N: (sambil gelak-gelak untuk cover nervous, berundur sedikit ke belakang) Janganlah, aku takut
Aku: (Aku confirm yang dia sudah tahu apa yang akan aku katakan kemudian). Aku...aku...aku...
N: (sambil menunggu dengan nervous, masih dengan ketawa kecil...kali ini dia bergerak ke kiri ke kanan, berpusing-pusing seperti mahu mengelak. comel betul) aku takut...

Aku masih tak dapat bayangkan macam mana aku mengumpul tenaga untuk melafazkan kata-kata selepas itu,

Aku: (dengan sangat perlahan, what done is done!) Aku suka kat kau!
N: Ape dia? (tak dengar kot, di tambah lagi bunyi kenderaan melintas)
Aku: AKU SUKA KAT KAU!!! (aku meninggikan suara aku sedikit selepas 2 kali aku mengulangi ayat yang sangat embarassing itu)

N tersenyum malu sambil menutup muka dan terduduk di bus stand itu. Aku pun seperti keletihan kerana satu beban yang cukup besar dah berjaya aku luahkan. Pada masa itu, suasana sunyi seketika, aku tak tahu apakah jawapan yang bakal aku terima. Cukup lama masa berlalu. Suspens.

Seketika kemudian, N memulakan bicara, aku seperti kelam kerana sangat nervous dalam hati ni.

N: Kau suka aku sebab gosip kan? (gosip ini timbul bila kami mula rapat ketika buat kerja bersama)
Aku: Gosip pasal kita berdua ni baru je timbul few weeks lepas. Apa yang aku rasa sekarang ni dah lama. Right after teambuilding, masa tu kau datang kat aku untuk minta tolong pasal kerja. Masa tu kalau kau perasan, aku langsung tak cukup tidur sebab selalu teringat kat kau, banyak jerawat start naik masa tu.

N: Wauuu, beraninya kau. Aku pun ada minat kat orang, tapi aku tak pernah berani pun nak luahkan perasaan aku. Seganlah
Aku: Berani? Aku tergagap-gagap kot nak cakap tadi tu. Tapi, ni dah cukup 2 bulan dah aku start ada perasaan ni. Dah lama aku nak cakap, tapi tak pernah dapat peluang yang baik untuk bagitahu kau.

Terdiam seketika. N sambil tunduk, dia melafazkan jawapannya setelah sekian lama aku menunggu.

N: Sayangnya. Kau lambat la.
Aku: (dengan tak bermaya apabila mendengar jawapan itu) Oh, ye ke? Aku lambat ke? (Nada kecewa, tak sanggup lagi aku meneruskan soalan lain)

N: Aku pun suka kat kau. Kalau kita jadi, mesti bestkan? Adik-adik aku pun suka kat kau bila jumpa hari tu. Diorang selalu tanya pasal kau. Tapi, (terhenti seketika) kau lambat la. Aku dah ada boyfriend.
Aku: (sambil menarik nafas dalam-dalam. sangat terasa sebak di dada) Okeh! aku dah clear. Aku faham. Aku tak tahu pun. Nanti aku bagitahu yang lain supaya tak gosip kan kita dah.
N: Eh, janganlah cakap pasal ni kat diorang. Nanti diorang cakap aku jahat.
Aku: Eh, kenapa kau yang jahat pulak? Bukan kau yang salah. Kau dah ada kan. Aku la yang kacau line. Tapi takpe, nanti aku fikir macam mana nak handle gosip ni.

Ada beberapa kali N mengulangi ayat sama, iaitu 'Kau lambatla...'. Mungkinkah dia juga meminati aku, tapi memandangkan dia dah berpunya, N tak mahu bermain api dan mengeruhkan keadaan. Aku dapat merasakan yang dia mahu memberitahu aku sesuatu tapi tidak keluar pun dari mulutnya. Aku langsung tak ada semangat untuk bertanya lebih-lebih.

Aku pun sebenarnya langsung tak tahu yang dia dah berpunya. Pandai betul dia simpan private life dia daripada geng-geng ofis yang lain. Kalau aku tahu, kejadian malam ini tak mungkin berlaku. Aku harap kejadian malam ni tak mengganggu hubungan N dan BF nya.

N: Kau baik sangat. Semua orang kau layan dengan baik. Aku rasa bersalah
Aku: Kenapa kau pula yang rasa bersalah? Aku yang bersalah, aku tak patut buat macam ni. Tapi aku tak tahu yang kau dah ada.

N: Hmmm. Kau lambatla...Emm, aku tolong kau nak? Aku ada ramai kawan, kau nak yang macam mana? Yang putih, yang bertudung labuh, yang pakai skirt...
Aku: (tak sempat dia menghabiskan ayat itu) Jangan la. Jangan sebab kau rasa bersalah, kau nak tolong aku carikan yang lain. (sebak). Aku tak ada preference mana-mana jenis perempuan. Bila perasaan itu timbul, i just go for it. Mana tahu kalau aku ada peluang.

Selepas itu, aku sudah tak dapat ingat apa yang kami bualkan. Otak aku langsung tak keruan selepas mendapat jawapan itu. ingat-ingat lupa. Sedar tak sedar dah sejam kami berbual di bus stand tu. Bermacam-macam topik keluar yang tak berkaitan

Jam dah menunjukkan angka 11 malam. Sudah 3 kali aku menyuruh dia balik kerana, sebenarnya aku yang nak lari dari tempat itu setelah mendapat tahu jawapannya, tapi N tak berganjak seolah-olah masih tak puas hati untuk memujuk aku untuk mengatasi rasa bersalahnya. Aku takut aku akan break di depan dia. So not cool.

Aku pun bangun dari situ untuk menyuruh N pulang kerana sudah lewat. N akur dan terus bangun untuk menahan teksi. Sambil berkata,

Aku: Apa yang terjadi malam ni kita habiskan kat sini saja. Kau jangan rasa bersalah. Kalau kau rasa bersalah, aku jugak akan rasa bersalah. After this kita still boleh be professional, still main badminton dan jangan lupa belanja aku makan. (Memang nampak macam ayat memujuk, tapi hati aku sangat pedih kerana aku sendiri tak yakin yang aku boleh kotakan apa yang aku kata)

Sambil teksi bergerak pergi, N melambai tangannya sambil tersenyum manis kepada aku. Aku membalas lambaiannya sambil tersenyum pahit.

Mission failed.

Aku start enjin motor untuk beredar dari situ dengan hati yang kosong, badan yang lesu, lemah tak bertenaga. Namun fikiran aku masih waras untuk menunggang motor dengan cermat. Aku tak mahu terjadi accident malam itu dan N akan rasa bersalah esoknya. Nampak tak cool giler

Setibanya aku di rumah sewa aku 15 minit kemudian, aku perasan ada sms yang berbunyi,

'You're such a good man with a kind heart. Insyaallah, you'll find someone. =)'

Malam tersebut aku hanya berjaya melelapkan mata selama 3 jam sahaja. Keesokannya, nasib baik aku ditenggelami dengan timbunan kerja yang banyak. Tapi aku tak pasti bagaimana aku mahu menempuhi hujung minggu tanpa berfikir perasaan ini. Aku cuba menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang kelakar supaya aku tak terlalu melayan perasaan.

Orang cakap, senang datang senang juga pergi...Setelah 2 bulan memendam perasaan, mungkinkah aku memerlukan 2 bulan juga untuk melupakan N? Agak susah. Aku tak mahu membuat andaian-andaian negatif tentang kejadian malam itu. What happens there, stay there. Bus stand dan bulan menjadi saksi kisah aku dan N.

Air mata aku langsung tak keluar, perasaan itu seperti di tahan-tahan daripada keluar. Aku mahu nampak cool walaupun sangat fragile di dalam. Sangat susah untuk diluahkan. Tak mahu orang lain tahu akan kejadian malam itu.

Sehinggalah aku ter klik satu video di Youtube, ketika melihat video lagu Nella Fantasia yang dinyanyikan oleh Choi Sung Bong semasa first audition untuk rancangan Korea's Got Talent, air mata aku mencurah-curah keluar. Shit!

Aku tahu aku akan akan tergelak sorang-sorang bila baca post ni anytime in the future. Betapa bodohnya aku.

I just need to find a pharmacy that can prescribe 'time' medication. Let the time heals my heart.