May 27, 2008

A Nite When An Artist Meet A Blogger

It is not always we get what are dream for. Sometimes, and it always do, the things that turn up is not as colorful as we expected. Not something brightful but it always do affect our life

As the picture posted above is one of the sweetest things that may be somebody else dreamt of, but not me. Confront with Anuar Zain right in front of my eyes is not what I am dream for but it had put a bookmark in my life diary with titled "A Nite When An Artist Meet A Blogger"

Yes, I am not a die-hard-fan of him but it does made any girl jealous because somebody said that his 'aura' is strong and yes it is. Just as he entered the stage, all young, old, makcik, gadis screamed hapilly don't know why.

Just let them happy. Forgot to say another thing, the author in the pic above received an autograph, original, latest CD after success at 6th place in Anuar Zain Trivia Contest held before that night.

May 15, 2008

Duit, Racun dan Kehidupan

Kau hancur kan hatiku lagi. Perit sudah aku memberi warning dari sudut gelap hatiku ini. Apakah kau tidak mengerti. Aku mengankat kau di suatu tempat yang cukup tinggi dalam hatiku.

Tapi kau tak mengerti. Cukup indah bagimu barangkali untuk menyakiti hati ku. Aku tidak mengerti. Tidak mengerti akan apa yang sudah berlaku. Hatimu cukup lembut untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih membuatkan hati ku menjerit

Hati yang sering sunyi ini sudah tidak sesunyi seperti dahulu dengan kehadiran perangai mu di lubuk yang sepatutnya terlalu indah ini.

Tiada lagi kedewian mu akan ku puja.Tiada lagi kekusutan bakal melanda. Kusangka kan duit adalah racun, tapi tidak, duit adalah penawar ketika bersamamu. Duit yang akan bertukar menjadi penawar apabila keperluan mu dituruti. Tiada duit, itulah yang akan menjadi racun dalam perhubungan kita

Tapi, duit aku sudah habis. Habis ditelan oleh mu dalam masa yang cukup singkat. Penawar yang selama ini menjaga perhubungan kita kini sudah hilang. Racun kian timbul dan jelas dengan berkadar songsangnya dengan jumlah duit ku di bank-bank tempatan

Siapa kata duit itu racun?Siapa kata di sebalik lelaki yang berjaya, ada seorang perempuan di baliknya. Siapa kata perempuan baik hanya ditemukan dengan lelaki yang baik dan sebaliknya.

Merenung masa hadapan amat mudah. Tetapi, tidak untuk merancang. Masa indah yang diimpikan pastinya tidak akan menjadi kenyataan. Mimpi-mimpi indah begitu mudah bertukar menjadi mimpi-mimpi ngeri.

Sesungguhnya, aku seorang lelaki yang amat memerlukan bantuan-Mu

Iklan sejenak

Q: Berita apa yang tidak memberi informasi?
A: BERI TAwel aku balik, camane aku nk kluar tandas ni

May 14, 2008

Fleet Card for Fuel Subsidy

Malaysia government have decide to give the advantage of fuel subsidy only for those needed. Means that rich person will pay higher to get same amount of fuel compared to those needed one.

But, is this plan will proceed smoothly

I believe, as I observed Malaysian attitude, I strongly agreed that Malaysian will do something to get those subsidy part for who-knows-reasons to gain benefit. Of course, we are Malaysian,

Malaysia Boleh, Melayu Boleh

Can we survive in this "always rising price oil" world. Seeing the latest news, $124 per barrel. Who gains benefit for this rising price?Of course, the government

Using fleet card to differentiate those who are eligible for fuel subsidy is an easy way to Malaysian. Of course. We can see "Cetak Rompak" pirates can easily do copy for CD and it is not possible to do it for card. I will forsure want to get one copy of it

Anyway, it is good for Malaysia Government to take this step to those who needed since rice price increasing until 400% nowadays.

May 13, 2008

Sichuan yang Gempa

Antara kemusnahan melanda tanpa amaran

Aku memerhati tajuk utama berita pagi ini. Membaca tajuk yang memang sudah diketahui akan isinya selepas mendengar berita jam 8 malam semalam

"Quake hit Sichuan"

Apa yang sudah berlaku pada bumi kita? Baru sahaja telinga dan mataku menatap berita mengenai perkhabaran ribut taufan Nargis yang melanda Myanmar. Kini datang lagi musibah kepada umat manusia.

Memang benar, bala Tuhan tidak mengenal sesiapa ketika ia menimpa. Tiada siapa yang tahu siapa yang bersalah antara kita sehingga Tuhan menurunkan bala sedemikian.

8600 manusia terkorban dan 10,000 lagi yang tercedera. Angka yang cukup besar tetapi amat kecil apabila dibandingkan dengan angka korban Taufan Nargis. Adakah itu suatu pujian atau kata-kata sinis?

Itu belum lagi dicampurkan dengan jumlah yang bakal terkorban ketika kerja-kerja menyelamat dilakukan. Bangunan-bangunan yang sudah hilang strukturnya memang amat menanti-nanti akan manusia yang datang untuk dihimpit.

Dengan gempa berskala 7.8 Ritcher yang melanda di tengah-tengah kesibukan manusia seumpama sebutir bom meletup di tengah-tengah peminat yang sedang menyaksikan konsert Akademi Fantasia.

Sekian...
Pakcik ini menunjukkan kawasan yang musnah dilanda gempa sambil berkata "Tempat inilah yang musnah tapi saya tak rasa pun gegarannya di atas kapal terbang ini, pelik betul"

May 8, 2008

Teksi vs Motot

Bodoh punya teksi driver

Jerit hati batinku. Dalam sejarah hidupku sebagai seorang rider, tidak pernah aku menyumpah sesiapa. Tetapi, aku dapat mengagak bahawa untuk menjadi seorang pemandu teksi yang berjaya, diwajibkan untuk tidak melihat side mirror atau cermin pandang belakang apabila membelok atau berhenti

Aku pasti mereka terlalu patuh akan arahan tersebut. Aku berimaginasi bahawa mereka sedang mendengar taklimat mengatakan yang mana pemberi taklimat tersebut sering mengulangi ayat-ayat:

"Barang siapa yang melihat cermin sisi atau cermin pandang belakang untuk membelok atau berhenti mengambil penumpang, maka tamat lah pekerjaan nya sebagai pemandu teksi dan lesen teksi serta lesen memandunya akan di 'black list' unless Malaysia ini telah bebas dari gejala dadah. Kita mesti mengutamakan dan menghormati penumpang, tetapi bukan penunggang motor"

Bodoh punya sikap

Sambil terngiang-ngiang di telinga ku akan gelak syaitannirojim pemandu-pemandu teksi apabila berjaya menjatuhkan atau hampir menjatuhkan penunggang motor. padahal dia sedar bahawa motor itu sudah lama mengekorinya di belakang pada jarak yang selamat

Aku juga pasti mereka telah mengadakan pertandingan

"Kepada pemandu-pemandu teksi yang berjaya menjatuhkan penunggang motor paling banyak, maka beliau akan dianugerahkan bonus, iaitu tidak perlu membayar sewa teksi selama satu tahun"

Dan seorang QS telah membuat survey dan menemui bahawa 200% pemandu teksi menyokong pertandingan itu dan sehingga kini sudah banyak kemalangan yang dilabelkan 'top secret' oleh pihak berkuasa. Manakan tidaknya, kemalangan yang hanya melibatkan penunggang motor terbabas yang disebabkan oleh kecuaian pemandu teksi

Maka fikirkan lah, penunggang motosikal sering didakwa kerana menjadi punca kemalangan. Tetapi, bak kata pepatah:

Setiap lelaki yang berjaya pasti ada perempuan di sebaliknya,
Setiap kemalangan motosikal pasti ada teksi mendajalinya

May 5, 2008

Perjalanan Mencari Erti Kehidupan

Melihat di sekeliling sudah cukup membuat ku terpaku dan terfikir bagaimana untuk survive dalam dunia serba materialistik ini. Lama aku melangu mencari-cari erti kehidupan ini

Erti kehidupan ini tidak bererti tanpa duit. Dengan membuat konklusi mudah, erti hidup ini memang bererti dengan adanya duit. Jadi, dengan adanya duit, hidup lebih bererti

Politik wang? Disitulah erti kehidupan. Tanpa politik wang, tiada lah media dan BPR membuat andaian dan siasatan. Tanpa andaian dan siasatan bererti tiada kerja untuk dilakukan. Tiada kerja bererti tiada lah erti kehidupan]

Konklusi mudah, politik wang adalah erti kehidupan

Wang, duit, money, okane...sejenis syaitan yang memberi nafas kehidupan terhadap makhluk bernama manusia. Tanpa wang, manusia tiada erti kehidupan. Sudah ramai mayat hidup yang tiada visi untuk mencari erti kehidupan.

Erti kehidupan cukup mudah. Tiada erti tiadalah wang. Wang adalah erti kehidupan