Aku memerhati tajuk utama berita pagi ini. Membaca tajuk yang memang sudah diketahui akan isinya selepas mendengar berita jam 8 malam semalam
"Quake hit Sichuan"
Apa yang sudah berlaku pada bumi kita? Baru sahaja telinga dan mataku menatap berita mengenai perkhabaran ribut taufan Nargis yang melanda Myanmar. Kini datang lagi musibah kepada umat manusia.
Memang benar, bala Tuhan tidak mengenal sesiapa ketika ia menimpa. Tiada siapa yang tahu siapa yang bersalah antara kita sehingga Tuhan menurunkan bala sedemikian.
8600 manusia terkorban dan 10,000 lagi yang tercedera. Angka yang cukup besar tetapi amat kecil apabila dibandingkan dengan angka korban Taufan Nargis. Adakah itu suatu pujian atau kata-kata sinis?
Itu belum lagi dicampurkan dengan jumlah yang bakal terkorban ketika kerja-kerja menyelamat dilakukan. Bangunan-bangunan yang sudah hilang strukturnya memang amat menanti-nanti akan manusia yang datang untuk dihimpit.

Dengan gempa berskala 7.8 Ritcher yang melanda di tengah-tengah kesibukan manusia seumpama sebutir bom meletup di tengah-tengah peminat yang sedang menyaksikan konsert Akademi Fantasia.

Sekian...

No comments:
Post a Comment
kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!