Nov 30, 2013

Selamat Tinggal Malaysia

Cukup 4 tahun aku bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat minyak dan gas terkemuka di Malaysia. Namun, seperti mat saleh cakap, "I cannot see my future". Aku melihat diri aku sendiri ke dalam cermin. Seribu satu persoalan.

Ke mana aku selepas ini? Ramai rakan lain sudah mula mengorak langkah untuk lebih maju. Dengan erti kata lain, meninggalkan syarikat sekarang dan mencari peluang pekerjaan yang mampu memberi gaji dua atau tiga kali ganda daripada sekarang.

Benar kata salah seorang senior. Kadang-kadang, kita bekerja ini disebabkan masih ada teman yang satu kepala gila dengan kita. Stress kerja langsung tak dirasai apabila ada teman yang mengajak buat aktiviti pelik-pelik selepas waktu office. Gila apa tiba-tiba ajak join marathon 10km. jogging 1 km pun dah nak mati. Satu minggu aku terkangkang-kangkang nak turun tangga penangan 10km.

Tapi akan sampai satu tahap yang seorang demi seorang akan pergi meninggalkan kita. Sunyi.

Secara serius, aku tak pernah mengimpikan kerja yang bergaji tinggi untuk memuaskan hawa nafsu perbelanjaan. Cukup sekadar untuk menampung makan dan tinggal di flat 2 bilik. Teringin aku meminta kerja sebagai pelayan di restoran, di mana peluang untuk berborak dengan pelanggan. Mengetahui masalah kehidupan seharian mereka. Mengenali lebih ramai kawan. Daripada terperap di depan komputer dan bersedia untuk menjawab segala pertanyaan dari bos besar

***


Bulan depan aku akan memulakan kehidupan baru di luar negara. Dengar kata di tempat itu, tiada elektrik di waktu malam disebabkan generator tutup untuk menjimatkan bahan api.

Gelap. Suram. Aku pasti terpesona dengan taburan bintang di langit malam di sana