Apr 14, 2009

sayu

mungkin aku seorang sahaja yang merasai, siapa yang tahu. Korang tahu tak apa yang paling membuat aku tersentuh hati?

yang pastinya bukan menonton drama korea, tapi apabila melihat seorang tua, tak kisah la datuk ke nenek ke, sedang membelek-belek permainan atau gula-gula di kedai dengan harapan dapat lah dihadiahkan kepada cucu-cucunya. Sambil mulut terkumat-kamit mengatakan 'cucuku mesti suka kalau aku belikan dia ni'

Tetapi 5 minit kemudian, datuk/nenek itu pun berlalu dari kedai itu tanpa membeli apa-apa.

Bukan kerana dia tiada duit, tetapi dia tahu kalau dia beli sekali pun memang tak tahu lagi bila dia dapat ketemu dengan cucu-cucunya.

mungkin korang tidak perasan, tapi cuba lah perhatikan jikalau terserempak dengan individu itu.

Hatiku aku tiba-tiba sayu, teringat nenek di kampung tinggal seorang diri.

macam tu la kot bila aku dah tua nanti