Hari ini hari Jumaat. Hari yang dilabelkan kurang produktif disebabkan otak-otak yang bekerja sudah berada dalam keadaan cuti hujung minggu. Tapi tidak bagiku. Ke Kemaman pula terarah mindaku. Menanti hari yang paling GRAND. Menuju KSB atau Kemaman Supply Base untuk tujuan memeriksa barang-barang yang dihantar oleh vendor KHL terus mengganggu benak minda ku ini.
Tidak ku peduli lagi makanan-makanan enak yang disediakan oleh pihak pengurusan Nikko Hotel untukku sempena meraikan persaraan General Manager Carigali Hess, Mr. Michael John Peck. Ku terus melayani pemikiranku yang sudah berada di lampu isyarat sebelum masuk ke kawasan KSB itu. Merah....menunggu hijau yang tidak kunjung tiba, terlelap
PAP...Lamunanku terganggu.
"Bila mau pergi solat Jumaat ni?" Tanya memberku
Baruku teringat, hari ini hari Jumaat. Terpisat-pisat menyapu mataku daripada kemengantukan melanda. Aku terus bangun, berjalan keluar dari Junior Ballroom Hotel Nikko seiringan. Sudah lewat ni, kompem tak dapat tempat untuk solat di masjid Asy-Syakirin nanti.
Kuterus mengikut jejak langkah memberku dari belakang, menuju KLCC untuk menukar selipar. Bimbang hilang di masjid nanti. Saat-saat sebegini memang dinantikan oleh pencari-pencari selipar atau lebih dikenali sebagai pencuri untuk mencari duit lebih
Teringat kata-kata dari salah seorang bekas staf dulu, berniaga adalah perkara yang paling akhir untuk sesorang menjadi kaya. Sebelum berniaga itu adalah mencuri, merompak, menculik. Pendek kata semuanya tidak baik kecuali berniaga.
Aku sampai di masjid dalam 1.30pm. Penuh. Orang-orang berkeliaran mencari tempat termasuk ku. Melilau pandangan ku mencari tempat. Tiada. Ku cemas. Ini pertama kali terjadi sebegini. Ku duduk di atas tangga di bawah terik cahaya mentari. Penuh khusyuk mendengar khutbah dengan harapan menggunung tinggi untuk mendapat tempat di dalam nanti...
Ku hampa. Iqamah berkumandang selepas habis khutbah kedua, tapi aku masih di tangga. Takbiratul ihram dilaungkan oleh Imam. Aku pun mengangkat takbiratul ihram....di atas tangga selebar dua tapak kaki yang dirapatkan itu aku bersolat Jumaat dengan tenang.