Ku tenung wajah mu dari kejauhan. Ayu sekali. Sekadar merenung dari jauh sudah cukup puas bagi ku. Bukan ku tidak mahu mendekatinya, tapi apakan daya, aku tidak seberani itu. Kau terlalu cantik buatku yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan ini.
Siapalah aku...Tidak kaya, tidak juga mempunyai rupa. Hanya seorang yang sederhana menunggu keajaiban jatuh dari langit. Keajaiban yang tidak diketahui. Biarlah masa dan takdir menentukan nasib ku ini.
Kenapa kau perlu muncul dalam hidup ku? Gerak geri mu cukup menawan hati ku. Adakah aku sudah jatuh hati kepada mu. Ku sedar, siapalah aku disisimu. Mungkin engkau langsung tidak pandang kewujudan diri ini. Tapi, senyuman mu sudah cukup membuat aku selesa di tempatku. Biarlah senyumanmu terhadap ku mekar buat selama-lamanya. Aku tak sanggup kehilangannya.
Aku cukup lemah dengan kaum Hawa yang dikategorikan 'cantik' atau 'lawa'...ku tidak tau apakah aku seorang yang mempunyai kelemahan ini. Bila berpeluang bersama mereka, lidah ku kelu, badan ku kaku, mata ku kuyu...simtom-simtom biasa terjadi yang menyebabkan aku dilabel sebagai 'sombong'.
Aku tidak mahu begini. Ingin ku dekati dan mendengar luahan hati dan berkongsi masalah dengan mereka. Aku tidak seperti mereka-mereka yang mudah bergaul. Dengki.
Sayang...
Akan ku dekati mu suatu hari nanti
hey...beautiful girl are every were.dont hunt it dear.
ReplyDeletehunt for luxury.
we never feel the blood of 200km/j yet.come on...work hard...get a BMW.ride a BMW man...enjoy!
wakaka...agreed...but, i prefer superbikes first la...then, BMW will come up to the list...
ReplyDeleteroger me when u got ur own sbk...tgk saje pn dh ok...=p
perempuan cantik, hati busuk tak guna gak bro!ingt tu.sumbat dalam medulla oblongata kamu!
ReplyDeletesalah tu...pmpuan cantik kite jd kan keseronokan dunia la...dh rosak baru la bleh sumbat kt medula apaentah tu
ReplyDelete