Aug 24, 2008

Hujan Di Kala Convofair Bermain Biola

Wikend ini wikend yang sibuk. Convofair perlu dilaksanakan oleh MPP. Biarlah mereka. Aku terus begini. Menikmati angin sejuk wikend di kala jam 3 pagi. Acara rutin setiap kali wikend.

Hujan memang sinonim dengan setiap Convofair. Bukan band Hujan yang buat gigs tu, tapi hujan yang mat saleh cakap 'rain'. Asal Convofair je hujan, asal hujan je convofair. Huh

Malam yang sejuk selepas hujan memang enak untuk ditiduri, er, I mean, tidur. Well, lepas kempunan tak dapat lihat Nabil Raja Lawak Musim Kedua akibat hujan lebat memang mengecewakan. Apalah dosa aku pada kau wahai Nabil, mungkin sebab aku langsung tak spend 1 sen pin time undi kau ari tu kot.

Isnin ni Convo. next year giliran aku pula, em, mampukah aku?Orang kata nanti, bila dah habis belajar, boleh bawa pulang ijazah dan azizah.Ijazah itu insya Allah, tapi Azizahnye mane?

*Borang J boleh didapati di kaunter-kaunter aktif untuk tempahan Azizah. Sekian

Aug 23, 2008

Penurunan Harga Minyak Bukan Isu Logik

Akhirnya, setelah sekian lama kata-kata 'harga minyak turun' tidak didengari oleh rakyat Malaysia telah menjadi kenyataan semalam. Persoalannya, adakah kita gembira mendengar berita itu?

Penurunan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi (23 Ogos)

Ketika harga minyak mentah dunia naik dahulu, petrol dan diesel tempatan meningkat dengan terus mendadak dan naik hampir RM1 per liter. Tapi, ketika harga minyak mulai turun, kerajaan melengah-lengahkan pengumuman penurunan harga minyak hampir satu bulan.

Cukup dengan 1 soalan untuk menyoalkan kredibiliti kerajaan;

Di manakah janji-janji mereka untuk menjadikan harga minyak floating mengikut harga minyak pasaran dunia? Bukti, hargaminyak ketika turun tidaklah se mendadak seperti ketika menaikkan harga minyak. Tak usah cakap lah mengenai keunungan yang diperolehi ketika itu

Pasaran harga minyak turun dari $150/bbl kepada $113/bbl menunjukkan kalkulator kerajaan dipenuhi dengan korupsi. Simple matematik yang dilakukan oleh budak sekolah rendah dapat membandingkan penurunan hanya dari Rm2.70 ke Rm2.50 sahaja.

Harga minyak turun lebih dari 20% dalam pasaran dunia. Tetapi, hanya 8% sahaja harga minyak turun di Malaysia. Where the heck another 12%? if governement service tax is 5%, where the s*** another 7%.

Enough s*** talking here. Anyway, looking in better perspective, penurunan harga minyak diharap dapat menurunkan harga barangan seharian. Inilah faktor paling penting dalam menentukan kehidupan rakyat seharian.

Seperti kata rumet, turunkah? Persoalan yang membangkitkan isu sikap peniaga, harga diesel turun 8 sen je, nak. Harga barang secara logik pemikiran pun hanya turun 8 sen. Emm, baik tak payah turun.

Kita sebagai rakyat sperti anjing yang tersepit di tengah-tengah bukit. Tersepit dengan kekuatan pihak lain. As a conclusion, penurunan harga minyak bukan isu yang logik. Taraf hidup tetap meningkat

Aug 18, 2008

Nasi Itu

"nasi lemak,nasi lemak"

"hotdog, hotdog"

"burger, burger"

itulah ayat-ayat yang sering didengari apabila tepat jam 11 malam dari dalam bilik. mempromosikan makanan yang dijual. Bukan sekali dua,malah tiap-tiap malam

Dem it

"sial la..bosan aku dengar ayat tu"

"dah tu, kau nak buat ape?nak suruh dia senyap?nak kunci bilik pun still boleh dengar lagi ape"

"takkan la, camne die nak jual nanti"

"abis tu?'

"kau tengok aku buat jap gi k"

***

Dia keluar dari bilik dan seberapa ketika, terdengar ketukan dari luar bailik sambil berkata

"NASI KANGKANG, NASI KANGKANG"

Aug 9, 2008

Takkan Lagi Aku Menunggumu

Sindarela yang ditayang dari kaca televisyen memang tidak aku lepaskan siarannya. Boleh dikatakan cerita Melayu yang berjaya meruntun jiwa kentalku sebagai seorang lelaki melalui jalan cerita dan lagu temanya

Melihat rancangannya mengingatkan kenangan silam aku yang pahit. Lakonan Bront sebagai Husin yang sering menitiskan air mata apabila teringat kenangan bersama Zoela, lakonan Sharifah Amani, sambil diiringi lagu Warkah dendangan Bau, itulah yang menyebabkan aku statik dihadapan kaca televisyen.

Siapakah yang merakam kisah hidupku ke dalam siri ini? Walaupun bukan 100% sama tapi, lirik lagu Warkah sangat menepati kisah silamku.

Kesetiaan seorang lelaki menanti seorang perempuan untuk memberi sepenuh hati kepadanya sambil dihalang oleh realiti kehidupan dan orang ketiga.

Apakah lelaki itu kejam untuk melepaskan perempuan itu walaupun perempuan itu mengatakan separuh hatinya ada pada lelaki itu dan separuh lagi pada orang ketiga? Lelaki itu sanggup menunggu dan terus menunggu dan terus menunggu sehingga dunia bukanlah penghalangnya.

Cinta itu tidak pernah ada walaupun penungguan itu mengorbankan segala-galanya yang ada pada lelaki itu.

Lelaki itu mewarkahkan perasaannya sebelum melangkah pergi...



Lirik lagu dipetik dari OST Sindarela, Warkah - Bau

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Aug 2, 2008

Aku sudah Final Year

2 minggu sudah berlalu sejak kembalinya ke UTP selepas 8 bulan menempuh kehidupan internship. Terlalu sekejap rasanya berada di Carigali Hess. 8 bulan bagaikan 8 hari. Namun kehidupan harus diteruskan.

Final Year memang amat mencabar bagiku lebih-lebih lagi kelas bermula jam 10 setiap hari dan Jumaat pula tiada kelas. Membuatkan jadual biologi ku terganggu oleh kehendak nafsu sendiri.

Bangun jam 9.30am dari Isnin ke Khamis manakala jam 12 pada hari Jumaat. Sabtu dan Ahad tak payah cakapla, petang baru mata dibuka untuk membuktikan yang aku masih hidup lagi di dunia ini.

Papehal pun hidup mestilah diteruskan. FYP perlu dimulakan. Tahun depan saya mahu graduate. Superbike 1000cc perlu dibeli untuk memenuhi impian hati setelah sekian lama.