Aug 9, 2008

Takkan Lagi Aku Menunggumu

Sindarela yang ditayang dari kaca televisyen memang tidak aku lepaskan siarannya. Boleh dikatakan cerita Melayu yang berjaya meruntun jiwa kentalku sebagai seorang lelaki melalui jalan cerita dan lagu temanya

Melihat rancangannya mengingatkan kenangan silam aku yang pahit. Lakonan Bront sebagai Husin yang sering menitiskan air mata apabila teringat kenangan bersama Zoela, lakonan Sharifah Amani, sambil diiringi lagu Warkah dendangan Bau, itulah yang menyebabkan aku statik dihadapan kaca televisyen.

Siapakah yang merakam kisah hidupku ke dalam siri ini? Walaupun bukan 100% sama tapi, lirik lagu Warkah sangat menepati kisah silamku.

Kesetiaan seorang lelaki menanti seorang perempuan untuk memberi sepenuh hati kepadanya sambil dihalang oleh realiti kehidupan dan orang ketiga.

Apakah lelaki itu kejam untuk melepaskan perempuan itu walaupun perempuan itu mengatakan separuh hatinya ada pada lelaki itu dan separuh lagi pada orang ketiga? Lelaki itu sanggup menunggu dan terus menunggu dan terus menunggu sehingga dunia bukanlah penghalangnya.

Cinta itu tidak pernah ada walaupun penungguan itu mengorbankan segala-galanya yang ada pada lelaki itu.

Lelaki itu mewarkahkan perasaannya sebelum melangkah pergi...



Lirik lagu dipetik dari OST Sindarela, Warkah - Bau

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

4 comments:

  1. i like this song and the story too...

    ReplyDelete
  2. yeah. me too. hopefully this drama will continue for another season

    ReplyDelete
  3. safwan..
    orang kata sambungannya kat cerita rona roni makaroni kat astro tu..tapi husin bukan lagi mentibang..
    sumtimes,..cinta itu bukan milik kita..ia akan pergi walau kita sayang utk lepaskan..
    sy fhm..

    ReplyDelete
  4. mmg ade tgk citer tu, tapi x abes la. tapi cam suke je tgk lakonan bront palarae tu.cam ade sikit2 same ng saya.hehe

    ReplyDelete

kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!