Aug 24, 2008

Hujan Di Kala Convofair Bermain Biola

Wikend ini wikend yang sibuk. Convofair perlu dilaksanakan oleh MPP. Biarlah mereka. Aku terus begini. Menikmati angin sejuk wikend di kala jam 3 pagi. Acara rutin setiap kali wikend.

Hujan memang sinonim dengan setiap Convofair. Bukan band Hujan yang buat gigs tu, tapi hujan yang mat saleh cakap 'rain'. Asal Convofair je hujan, asal hujan je convofair. Huh

Malam yang sejuk selepas hujan memang enak untuk ditiduri, er, I mean, tidur. Well, lepas kempunan tak dapat lihat Nabil Raja Lawak Musim Kedua akibat hujan lebat memang mengecewakan. Apalah dosa aku pada kau wahai Nabil, mungkin sebab aku langsung tak spend 1 sen pin time undi kau ari tu kot.

Isnin ni Convo. next year giliran aku pula, em, mampukah aku?Orang kata nanti, bila dah habis belajar, boleh bawa pulang ijazah dan azizah.Ijazah itu insya Allah, tapi Azizahnye mane?

*Borang J boleh didapati di kaunter-kaunter aktif untuk tempahan Azizah. Sekian

2 comments:

kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!