May 8, 2008

Teksi vs Motot

Bodoh punya teksi driver

Jerit hati batinku. Dalam sejarah hidupku sebagai seorang rider, tidak pernah aku menyumpah sesiapa. Tetapi, aku dapat mengagak bahawa untuk menjadi seorang pemandu teksi yang berjaya, diwajibkan untuk tidak melihat side mirror atau cermin pandang belakang apabila membelok atau berhenti

Aku pasti mereka terlalu patuh akan arahan tersebut. Aku berimaginasi bahawa mereka sedang mendengar taklimat mengatakan yang mana pemberi taklimat tersebut sering mengulangi ayat-ayat:

"Barang siapa yang melihat cermin sisi atau cermin pandang belakang untuk membelok atau berhenti mengambil penumpang, maka tamat lah pekerjaan nya sebagai pemandu teksi dan lesen teksi serta lesen memandunya akan di 'black list' unless Malaysia ini telah bebas dari gejala dadah. Kita mesti mengutamakan dan menghormati penumpang, tetapi bukan penunggang motor"

Bodoh punya sikap

Sambil terngiang-ngiang di telinga ku akan gelak syaitannirojim pemandu-pemandu teksi apabila berjaya menjatuhkan atau hampir menjatuhkan penunggang motor. padahal dia sedar bahawa motor itu sudah lama mengekorinya di belakang pada jarak yang selamat

Aku juga pasti mereka telah mengadakan pertandingan

"Kepada pemandu-pemandu teksi yang berjaya menjatuhkan penunggang motor paling banyak, maka beliau akan dianugerahkan bonus, iaitu tidak perlu membayar sewa teksi selama satu tahun"

Dan seorang QS telah membuat survey dan menemui bahawa 200% pemandu teksi menyokong pertandingan itu dan sehingga kini sudah banyak kemalangan yang dilabelkan 'top secret' oleh pihak berkuasa. Manakan tidaknya, kemalangan yang hanya melibatkan penunggang motor terbabas yang disebabkan oleh kecuaian pemandu teksi

Maka fikirkan lah, penunggang motosikal sering didakwa kerana menjadi punca kemalangan. Tetapi, bak kata pepatah:

Setiap lelaki yang berjaya pasti ada perempuan di sebaliknya,
Setiap kemalangan motosikal pasti ada teksi mendajalinya

No comments:

Post a Comment

kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!