Aku mula melukis komik ketika di sekolah rendah. Setiap buku latihan di bahagian belakang pasti penuh dengan komik yang aku lukis dan jalan ceritanya aku reka sendiri. Inspirasi aku untuk melukis kebanyakannya dari siri Power Rangers, Flashman, Maskman, Gaban etc...Cikgu Hamidah, guru Bahasa Melayu memang sudi meluangkan ceramahnya terhadap telinga aku apabila mendapati karya-karya aku di belakang muka surat buku karangan aku.
Di STAR, aku mula melukis potret, tapi langsung tidak cantik. Lantas, untuk tidak menghampakan kehendak hati, aku meniru lukisan dari komik dan aku juga boleh lah dikatakan pandai dalam melukis pemandangan. Pemandangan padang sekolah memang selalu menjadi mangsa aku dari pelbagai sudut. terima kasih kepada encik Hishamyang menjadi sumber inspirasi aku.
Ketika tahun menjelang SPM, aku mula mengarang. Aku beranggapan aku hanya berbakat dalam seni lukisan tapi aku salah. Aku meninggalkan seni lukisan seketika dan mula tertarik dengan seni tulisan apabila karya main-main aku disiarkan dalam majalah sekolah.
Dan kini di UTP, aku hanya mampumembuat blog dengan celoteh-celoteh yang kurang bermakna
Hey dun give up...
ReplyDeleteU r gd writter what...
hehe..thanks
ReplyDeleteSTAR ada ke pemandangan nak dilukis??kiddin.sekolah kamu quite close to my parents' house,malah dekat juga dgn teknik saya dahulu.hahahh!saya suka area di situ.tenang. :)
ReplyDeletepemandangan tak semstinya yang cantik2 saje, even tandas pun buleh jadi abstract ape =p
ReplyDeletewah...rumah kat area situ ke?sekolah teknik ipoh ke? kenapa kita tak pernah berjumpa?cewaah
memang tenang dan nice tempat tu.
semuanya dalam kenangan T_T