Oct 23, 2008

Impian dan Realiti

Aku sering membayangkan kehidupan indah. Mestilah. Setiap orang ada impian. Biar lah impian itu tak munkin kesampaian.

Kamu ada impian? Kalau tak ada, jangan baca post ini kerana kamu tidak akan nampak siapa kamu

Kalau nak dibuat senarai, sampai kiamat pun takkan habis. Manusia mana pernah puas

Rumah besar, kereta, kerjaya etcetra etcetra etcetra

Bagi aku,

aku pernah bercita-cita untuk menjadi pengutip sampah yang berjaya kerana seronok melihat pengutip sampah bergayut di lori sampah yang bergerak.

aku pernah ingin menjadi pelakon drama jiwang yang akan memukau perasaan penonton sehingga menitiskan air mata

aku pernah juga ingin mencipta lirik dan menyanyi lagu yang sangat jiwang dan menusuk kalbu pendengar

aku pernah ingin menetap di negara Jepun kerana tertarik dengan keindahan kawasan, bahasa dan budaya mereka memandangkan 4 tahun aku diberi pendedahan sebegitu ketika belajar bahasa jepun di STAR

aku pernah bermimpikan untuk menjadi pelumba moto GP yang terkenal dan terunggul kerana bila di interview setelah menang dalam perlumbaan, aku akan bercakap dalam bahasa melayu. FYI, top 3 pelumba moto GP akan di interview dalam 2 bahasa selepas menang dalm perlumbaan, english dan bahasa ibunda mereka.

tapi aku tahu, impian itu sudah lepas

biarlah ia menjadi kenangan manis

kerana aku sudah dewasa untuk berfikir

dan

aku perlu mencari duit untuk membeli sebuah superbike

No comments:

Post a Comment

kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!