Oct 15, 2008

Ke Kiri atau Ke Kanan?

Saya bagi kamu satu situasi.

Kamu berjalan dalam gelap melalui jalan denai di kawasan kampung yang langsung tidak kamu kenali. Berjalan tanpa arah tuju hingga kamu tiba di satu persimpangan.

Kamu memandang ke kanan. Penuh dengan semak.

Kamu memandang ke kiri. Ternampak kelibat beberapa orang manusia yang berjalan.

Kamu keseorangan dalam situasi sebegini. Kamu perlu membuat pilihan untuk ke kiri atau ke kanan. Tiada apa petunjuk untuk kamu ikuti. Dan yang menentukan kamu adalah diri kamu sendiri.

Bergegas, kamu mengambil keputusan untuk memilih jalan yang selamat. Jalan yang dilalui oleh manusia. Ke kiri. Kurang risiko

Persimpangan jalan ditinggalkan dan kamu terus menjejak langkah mengikuti manusia-manusia itu dan terus mengikuti mereka.

Itulah lumrah kehidupan;

Kamu memilih jalan yang seirng dipilih orang ramai, namun kamu tidak sedar yang kamu boleh memilih jalan ke kanan.

Jalan yang dipenuhi semak, tapi kamu tidak sedar jika kamu hanya berusaha sedikit untuk menebas semak itu kamu akan terjumpa suatu jalan tar yang amat elok yang menuju ke arah harta karun. Kamu tidak sedar akan itu.

Kalaupun kamu yang memilih jalan kiri tadi sedar akan kewujudan harta karun di jalan kanan itu tadi, apakah kamu sempat untuk berpatah balik? Jika sempat pun, adakah harta itu masih ada dan bernilai buat kamu?

Itulah lumrah kehidupan;

Aku memilih engineering kerana bapaku.
Mereka memilih medical kerana abang-abang mereka.
Dia memilih bisnes disebabkan kakak-kakak mereka.

Tapi, aku, mereka dan dia tidak sedar bahawa;

Mencuci tingkap KLCC setinggi 88 tingkat dibayar RM500 daily
Menjadi kelasi kapal penghantaran kargo dibayar sehingga 5 angka sebulan

Aku berminat, tapi mungkin tak berpeluang. Kamu?

6 comments:

  1. "The Road Not Taken". Normal la. In life, we should've no regrets in every steps we made. have to be brave enough to continue on with life and bear the consequences. Kalau dok regret je, x kemaner la jawabnye..btul x?

    ReplyDelete
  2. Dat why gua x menyesal meninggalkn vastalux...
    Sbb aku th dan yakin ada tmpt yg lbh baik selepas gua tamat pengajian waluapon ia sukar sekali pon...

    ReplyDelete
  3. to miss minimoy;

    sometimes even u realize or not, there must be a point that makes u think 'why he/she got better than me?'. maybe u wont feel regret, but the mindset of 'why the chances are not on my side' will bother u.

    I agree on urs 'don't give up',I'm trying and it just cross my mind when heard one of my friends already got the chance even we are same initially =)


    to mr. shamimi

    cukuplah hanya beberapa ketika dengan vastalux, cari pengalaman dulu. nanti bleh apply kat incik regu di carigali hess. i will recommend u to him...wakakaka

    ReplyDelete
  4. pakcik nak bekerja dengan emirates~

    boleh bantu

    *hee*

    ReplyDelete
  5. pakcik, kat sini xde bwat application tu...pakcik silap tempat ni...pakcik nk keje ape kt emirates? tukang angkut beg?

    nti fowerd cv kat saye =p

    ReplyDelete

kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!