dari part 1
Aku terjaga dari tidur. Mimpi rupanya. Peluh dingin mengalir di seluruh badan aku. Apakah maksud mimpi ini? Adakah satu alamat? 1001 soalan menerjah masuk ke otak engineer aku. Minda aku masih terfikirkan empunya suara itu dan kenapa dia merayu-rayu untuk menyelamatkan aku?
Tapi, aku pening. Pening kerana aku asyik terfikirkan Ida ketika menunggang motor pulang dari pejabat semalam dan kini Ida hadir dalam mimpi aku. Liat benar untuk kau pergi dari hidup aku. Masih rindukah aku kepadanya walaupun dia telah memusnahkan kehidupan bahagia aku sebelum ini?
Benar kata-sesetengah orang yang kekasih pertama inilah yang paling meninggalkan kesan mendalam dalam hati seseorang.Malas untuk memikirkan maksud mimpi itu tadi, lantas aku melihat jam. 6.45 pagi.
Aku bangun,menuju ke bilik air. Mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh. Selesai solat, aku terlelap kembali memandangkan badan aku masih lesu akibat kekurangan tidur. Aku mengharapkan tidur kali ini ditemani bidadari syurga yang indah-indah.
Jam 12.46 tengah hari.
Aku terjaga. Lama pula aku terlelap. Tapi, badan terasa amat segar. Aku menggeliat dan mencapai tuala untuk mandi. Aktiviti berikutnya,
Makan roti cicah Nescafe.
Layan TV
Bosan.
Online internet.
Friendster. Myspace. Facebook
Membaca blog.
Banyak betul komen-komen yang perlu dibalas. Ini yang susahnya bila blog sendiri menjadi tumpuan ramai. Entah apa yang menarik tentang semua post-post aku. Semuanya berkaitan dengan hasil karutan yang timbul dari kehidupan sekeliling aku. ‘Lurah Dendam’ antara yang paling mendapat banyak komen.
‘Truutut….Truutut’ Handsetku berbunyi. Lantas, aku bangun mendapatkan hanset aku di penjuru sofa. Baru aku teringat ada satu mesej semalam yang belum sempat aku baca.
Aku flip up handsetku. Terdapat 2 mesej diterima. Girang hatiku bila terpandang nama penghantar mesej tersebut. Siapa lagi kalau bukan Puteri. Dengan gelojoh aku terus menekan butang ‘read’
‘Selamat malam. Have a nice dream =)’. Mesej diterima jam 12.15 pagi Sabtu.
‘Alamak, sekarang sudah pukul 2 petang hari Sabtu!’
Aku tersenyum. Gembira. Tapi kecewa pun ada. Kenapalah aku tak perasan mesejnya dari semalam. Mesti dia terasa kecewa sebab aku tak membalasnya semalam. Jariku pantas menaip,
‘Err...hi. How’s ur weekend? Baru terperasan ada msg dari you tadi. Sorry lambat reply’
Aku menunggu Puteri membalas mesej dengan rasa kurang sabar. Merajuk kah dia? Marah kah? Kenapa hati aku pula yang begitu resah dengan hanya satu mesej dari dia?
Aku terbayang-bayang wajahnya yang comel ketika pertama kali bertemu dengannya. Terasa rindu ingin menatap wajahnya. Manis. Aku teringat akan emel dari HR yang dihantar kepada setiap staff setiap kali ada staff baru yang mndaftar masuk. Terus aku menaip alamat webmail syarikat dan log in.
Ada 5 emel baru. Dari vendor dan kontraktor mengenai projek pemasangan pipeline di Greenfield wellhead platform. Argh....persetankan isu itu, aku mahu weekend yang tenang. Satu persatu tajuk emel dibaca dengan harapan terjumpa apa yang dicari.
Ada! Yes!!! Hatiku girang, nasib baik pada masa itu aku tak delete emel ini. Aku membuka dan seraut wajah indah terus terpampang di skrin. Nama Puteri Izzati Sofillea kutatap lama. Cantik nama itu walaupun tidak pernah aku dengar seseorang yang bernama Sofillea selama ini. Unik.
Truutut, hendsetku kedengaran lagi. Kali ini aku terlupa yang aku masih ada satu lagi mesej yang belum dibaca. Aku flip up dan membaca nama penghantar, dari rakan sepejabatku, Azri.
‘Bro, malam ni free tak? Futsal jom. Ampang Sports Planet.’
Kebiasaannya aku kompem tak tolak ajakan untuk bermain futsal. Kehidupan sosial antara rakan sepejabat amatlah perlu. Terutama sekali bila bermain dengan head department. Saham-saham sebegitu perlu dipupuk sejak awal lagi demi menonjolkan diri untuk naik pangkat.
Memandangkan aku perlu berehat dengan secukupnya untuk ke Cameron pada keesokannya, aku menolak ajakan Azri dengan cara yang paling halus, lantas terus membalas mesejnya dengan panjang lebar,
‘Aku tahu kau masih berdendam dengan aku sebab kalahkan kau minggu lepas, tapi sori lah tak dapat join malam ni since aku ada ride ke Cameron. Nanti aku belikan strawberry kat ko yek.’
‘Truutut….Truutut’ Aku girang. Ini mesti mesej dari Puteri.
bersambung part 12
klasik nya truutut truutut
ReplyDeletetu dah macam hp pakcik
kalu bwat ringtone lain, nti org tak paham lak...bwat lagu betonce karang, lagi panjang blog aku sbb lirik die mmg panjang...wakakaka
ReplyDeletehua3 pakcik lebih gemar inteam
ReplyDeletepakcik dah insaf ke?! tak mungkin!
ReplyDelete