Nov 7, 2008

Aku, Dia dan CBR part 9

dari part 1

Jam 2.30 pagi. Sabtu.

Malam beransur tua. Aku menguap. Lantas meminta diri untuk membayar harga makanan untuk semua. Sekali-sekala belanja tiada salahnya. Walaupun agak mahal harga makanan di Kopitiam Pak Li, tapi memang berbaloi dengan rasa dan menu yang ditawarkan.

Hery, Zai, Zid, Mel dan Ikin mula bergerak ke arah motor masing-masing untuk memanaskan enjin. Aku menjeling ke arah Reen yang masih lagi di meja makan. Dia menggamit ke arahku. Mungkin mahu personally mengucapkan terima kasih kerana belanja dia. Ini sudah bagus.

Setelah menerima duit baki, aku lantas berjalan ke arahnya. Berdebar-debar

S: Err...Hai, tak gerak lagi ke?
R: It’s okay. I tunggu you. Thanks anyway sebab belanja tadi.
S: Takde hal. Sekali-sekala apa salahnya.
R: Serius I tak tau makanan kat sini best. Kalau tau dari dulu lagi I join group korang
S: You are welcome. Boleh je join. Tapi memang kat sini tak boleh lawan tempat lain la die punya makanan.

S: Emm..Diorang dah tunggu tu. Jom gerak. Rumah you kat mane?
R: Bukit Jelutong. Taklah jauh sangat pun. You?
S: Belakang tu je. Enjin pun tak sempat panas.Jom

Aku menyarung jaket aku dan bergerak beriringan dengan Reen ke motor. Tiba di CBR, Hery mula mengusik perlahan

H: Hoi bro. Kurang hajaq kau, tadi punyalah malu-malu nak borak dengan Reen. Alih-alih, kau pulak yang nak tekel dia guna taktik belanja kau tu ye
S: Cilakak ko Hery. Belanja sikit macam tu pun kira tekel ke? Niat aku suci dowh
H: Hehehe. It’s okay. Mane tau ada rezeki nanti. Boleh jugak aku makan nasi minyak
S: Kalau ade aku turut gembira. hehehe
H: Eh, aku gerak dulu la. Jauh lagi nak sampai ni. thanks belanja tadi. Minggu depan belanja lagi okay
S: Aahh…mane aci camni. Turn kau la pulak next week. Hehe, jumpe Ahad nanti. Jangan bangun lambat pulak
H: Eleh, kau tengok nanti aku sampai paling awal. Ok, cau

Kesemua yang lain bergerak meninggalkan aku. Aku memanaskan enjin. Tangan kanan aku meraba poket mencari handset. Flip. Satu mesej diterima.

Belum sempat aku menekan butang ‘Read’, aku terdengar bunyi enjin superbike baru dihidupkan. Mataku tecari-cari akan bunyi itu. Jumpa. Honda CBR 1000 RR 2006 Repsol theme. Ini Reen punya. Tak balik lagi rupanya. Aku lantas memasukkan handset semula ke dalam poket dan memulas throttle CBR aku. Aku bergerak perlahan menuju ke arah CBR Reen.

S: Hai cik adik. Sorang je ke?
R: Eh. Isk. Hai. Terkejut I. Tak balik lagi ke?
S: Tunggu you la. Haha, takdelah. Panas enjin kejap. I ingat you dah gerak dengan yang lain tadi.
R: Tak sempat. Dah menghilang tadi. Lagipun kawan I call tadi.
S: Lewat-lewat macam ni pun ada yang call lagi. Oh lupa, ni malam weekend, mesti tengah enjoy lagi tu
R: Hahaha. Betullah tu. Em bu the way, tadi bila you datang, I terkejut juga tengok you pakai CBR jugak. Tak sangka.
S: Oh, really? Zai tak bagi tahu you ke?Moto second hand je pun. Tapi, cantik la theme color motor you. Repsol. Minat Nicky Hayden ke?
R: Thanks. Minat sangat. Handsome la dia tu
S: Macam I?
R: hahaha. Memang…langsung tak sama
S: Isk
R: Emm...Saf. I perasan tadi, you asyik pandang I je.
S: (Oh,shit…kantoi) Err…Err…tak…tak. Oh, tadi ke? Takdelah, I pandang ada sorang mamat kat belakang you tadi, dia bawak laptop Apple. I minat model tu. Nice
R: Oh ye ke? Hahaha. Sorry. My mistake. You punya jeling tu bahaya lah. Boleh buat perempuan cair. Hehehe.
S: (taktik menjadi) Oyeke? Eh, you better gerak sekarang. Dah lewat ni.
R: Okay. See you Ahad ni. Bye

Kami berpisah memandangkan jalan untuk ke rumahku tidak sama dengan jalan yang menuju ke Bukit Jelutong. Ish, tempat orang kaya tu. Bayangkan kat situ renovate rumah saja pun dah 1 juta, apetah lagi nak beli sebuah.

Tapi, betul ke jelingan aku boleh buat perempuan cair? Setakat yang aku tahu, anak kucing pun boleh tebunuh dengan ketajaman jelingan aku. Entahlah. Tapi memang orang yang kurang biasa dengan aku pasti beranggapan aku seorang yang garang. Riak muka aku memang nampak garang bila aku tak tersenyum.

Aku menguap. Jam sudah menunjukkan pukul 3.05 pagi. Ini sudah melebihi had tidur aku. Confirm petang esok baru dapat bangun ni.

Sebaik tiba di rumah sewa, aku lantas membuka baju pejabat dan mandi ringan untuk menyejukkan badan. Dengan badan yang sejuk, ditambah lagi dengan bantal yang empuk bersama comforter yang meng‘comfort’kan, aku terus terlena sebaik sahaja kepalaku mencecah bantal.

Oh bidadari syurga, datanglah ke dalam mimpiku.

bersambung part 10

14 comments:

  1. saya suka juga makan di pak li. oh btw, cerita ni pasal apa actly? sory tak ikut dari mula. =P

    ReplyDelete
  2. waah..kamu kenal kopitiam pak li jgk ke? bleh pegi lepak skali nti.

    crite ni pasal mengarut + fantasi + halusinasi pasal seorang lelaki, perempuan dan superbike. nak tau lg detail kne bace dari part 1

    ReplyDelete
  3. pak li tu dah jadi macam trade mark orang shah alam. hehe

    oo..means cerita rekaan je la eh? or based on experience?

    ReplyDelete
  4. burn ni baaaaanyak pengalamn nye cik syafiqah

    mengalahkan pakcik

    ReplyDelete
  5. burn,aku suke bace cite ko ni..dah jadi peminat setia "aku,dia dan CBR"..haha.nice2!!

    ReplyDelete
  6. syafiqah:
    oyeke?! xtau lak dah jadi trademark, tp mmg sedap lepak kt situ. ramai aweks+balaks hot kt situ.hehe.anyway, crite ni hanylah crite rekaan yg based on true story =)

    warongkopi;
    ni sebut pasal pengalaman yg mane satu ni pakcik?nk tgk sape lg bpengalaman? jom ar malam ni.hehe

    jimi:
    welcome to the club bro.ikuti releease setiap ujung minggu. ape2 cadangan bleh disalurkan dgn percuma...wakakaka

    ReplyDelete
  7. yeap. citer Burn ni mmg best. aku pon dok tertunggu2 next release everytime after reading one. tapi aku agak keliru di sini.

    citer ni, imaginasi ke..or mmg real dari pengalaman idup ko?

    ReplyDelete
  8. pakcik tak paham

    malam ni di bilik atau di bilik mandi

    *keliru*

    ReplyDelete
  9. hmm... laptop apple?
    pakcik warongkopi, ko kena hati2. ntah2 trus kena kebas laptop ko tuh.

    ReplyDelete
  10. minimoy:
    thanks.hehe.crite ni campur2, ada part yg memang kene menipu sket sbb nak bagi best. ade jgak part yg mmg btul2 berlaku. papehal pun enjoy k

    warongkopi:
    pakcik mmg x paham2. kat mane2 pn bleh...orang putih ckp 'flexible'

    jimbungkangkung:
    ape daa nick panjang tul aku nk taip...hehe, laptop apple warongkopi tu mmg secure habes, xde can nk tgk dkt2 tu, trus masuk almari...wakakaka. jgn mrh

    ReplyDelete
  11. siapakah jimbungkangkang itu-terima kasih utk peringatan itu

    burn itu utk keselamatan bagi mengelakkan pakcik kehilangan buah epal utk kali kedua ye

    ReplyDelete
  12. jimbungKANGKANG? typo yg mmg takleh blah ar weyh...die mmg baik karna sudi bagi peringatan tu kt blog aku! terharu?!

    tu lah pakcik, jgn hilang buah epal lg...tu blom buah sedri yg hilang tuh

    ReplyDelete
  13. lah silap ka

    pakcik tua2 faham2 lah

    burn buah tu tak mungkin hilang

    dia setia bergantung di situ

    ReplyDelete
  14. pakcik memang byk pengalaman lar dlm bab2 ni....speechless

    ReplyDelete

kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!