Nov 3, 2008

Angin Dendam (ini bukan lanjutan dari siri Lurah Dendam)

Sekarang musim angin monsun study week. Damn, masa untuk exam sudah dekat. Preparation cam haram je. final year project (FYP) presentation nak kena buat lagi. Tensi tensi

Tapi kalu tensi senang je bagi aku, moto 'take a walk, dude' memang selalu diamalkan. Bukan lah take a walk kat ipoh, kat dalam utp suda.

Nak bersukan tapi takde member. Semuanya jenis stok-stok study je. Kalau yang ada pun, bersukan dalam mimpi atas katil petang-petang. Pastu bila bangun berpeluh-peluh, mulalah kata kat aku yang dia baru lepas bersenam. Ape kes ni brader? Apa lagi, joging je la jalan penyelesaian nyer. Betapa keseorangannya hidup aku. huhu. cewah

Nak berjoging pun bukan senang. FYP eh FYI, utp ada 2 tempat paling hot untuk pergi berjoging. Satu mengelilingi kolam, satu lagi mengelilingi padang besar. So, nak kena pilih mana port yang bagus sebelum menyesal. Mindset aku, padang= lelaki manakala kolam = aweks2 yang hot+sexy+wangi

Mesti aku pilih kolam punya. Lagipun dengan wujudnya trek joging keliling kolam, makin ramai aweks2 yang hot+sexy+wangi turut joging. Tak tau kenapa, sebelum trek tu wujud, susah betul nak nampak diorang joging. Tapi, aku tetap mengamalkan dasar terbuka. Pandang dan nikmati saja apa yang patut.

Setakat joging satu round complete memang takde hal. Tapi dah masuk round kedua tu memang pancit habis. Kurang macho sikit disitu. Takpe, kalau ada orang tanya, cakap je dah 5 round. Ada orang tanya ke? Ah, nak cakap jugak!

Apa yang membuat utp lagi berwarna-warni ialah dengan kewujudan foreigner yang turut bersenam sekali. Suasana integrasi dapat dirasai walaupun bukan di sekolah berasrama penuh integrasi. Aku suka begitu.

Aku paling suka kalau joging dengan mengharungi angin yang kuat. Selesa. Memang fevret bila angin menuju ke arah aku. kalau dapat menuruti aweks2 yang hot+sexy+wangi, memang kembang kempis hidung aku dengan kewangian mereka. Yang paling penting, pandangan mata tetap di jaga (kot?!)

Suatu petang yang indah, (tarikh ddirahsiakan kerana mengelak kontroversi)...

Aku tengah berjoging hingga separuh dari trek, tiba-tiba aku terdengar derap langkah yang agak kerap dari arah belakang aku. Ada yang tengah berjoging dibelakang aku la tu.

Aku pantang betul bila berjoging kalau ada orang yang turut berjoging di belakang aku. Mesti aku control macho sket. Kalau aweks2 yang hot+sexy+wangi kat belakang memang berbaloi la control sket. Tapi kalau balak, memang terasa sia-sia je hidup ini. Dey, kalau nak laju, tak payah la ikut belakang aku lama-lama, potong suda. Rimas ni

Aku memulakan mode control aku. Kalau aweks2 yang hot+sexy+wangi, memang best ni. Malas nak menoleh, obvious pulak nanti. Usha diam-diam suda. Aku terus berjoging sambil menikmati angin yang bertiup ke arahku dari hadapan. Mata mencari-cari aweks2 yang hot+sexy+wangi yang lain. Dimanakah kamu?

Derap langkah dari belakang semakin mendekati dan zaasss.....

Terdapat lembaga gelap (walaupun pada masa itu masih petang) melintasi aku. Foreigner rupanya. Mungkin dari Sudan atau Mozambique. Mungkin juga Afrika Selatan, yang pastinya bukan dari negara Kelantan. Aku pasti yang itu. Sebab aku pun dari sana

Aku lega. Kan senang kalau potong awal-awal, takdela aku control lama-lama.Dah la lelaki, sia-sia je control.

Angin masih bertiup kencang ke arahku...

Aku tiba-tiba perasan yang angin bertiup ke arah aku itu sudah bertukar. Bukan bertukar rupa atau warna, tapi BAU. Oh shit!. mamat foreigner tu yang bawak bau hangit yang memang tak hengat la. Damn it. Aku sesak nafas. Bayangkan tengah joging dengan nafas yang tak keruan, tiba-tiba bau itu muncul. Apa kamu sempat untuk berbuat apa-apa?

Dah nama angin, Aku tak dapat mengelak. Tangan aku menepis-nepis, tetapi angin+bau itu pandai. Langsung tak bagi peluang kat aku. Lantas menerjah ke hidung aku. Sungguh menusuk kalbuku. F**k it. Aku terus berhenti joging. Mamat-foreigner-hangit-punya-bau tu pun turut berhenti joging. Pancit kot. Berjalan tak jauh didepan aku. TIDAK!!! kenapa kau seksa rongga hidung aku.

Angin masih menderu bertiup ke arah ku melalui mamat-foreigner-hangit-punya-bau. Rongga hidung seperti dipenuhi molekul-molekul palat yang amat. Aku menekup hidung. bernafas melalui mulut. Mahu juga bernafas melalu kulit. Tapi kulit aku tak lembab seperti katak. Pengsan

Dan angin terus bertiup sepoi-sepoi bahasa tanpa rasa kesal....

***

Pengajaran: Jaga pandangan mata anda terhadap aweks2 yang hot+sexy+wangi dan sila bawa penutup hidung ketika joging

9 comments:

  1. cube ko cium ketiak ko sndrik..baru cmner..haa~

    ReplyDelete
  2. hahaha
    habis la rosak saraf hidung lu..

    ReplyDelete
  3. lias;
    wangi ape...lg pun ni bukan pasal ketiak la. dah tu aweks2 tu wangi je pun bile joging.hehe.ni bau yg spesis nye mmg xleh blah ar bro

    illy;
    mmg agak kasihan tym tu. rase mcm nak lancarkan tendangan tanpa bayang je kt foreigner tu

    poyotito;
    side efek lepas kejadian tu mmg saraf hidung aku rosak smpai setiap kalu masuk tandas je terbau bende2 busuk. xtau kenapa.badi kot.hehe

    ReplyDelete
  4. ooooo...ko masuk tandas busuk sb ko lupe nk flush kot..

    ReplyDelete
  5. mane ade aku lupe.ni tandas awam daa, mmg busuk sepanjang masa

    ReplyDelete
  6. Ahaha.. Funny. Kalo ko lari ngan penutup hidung, nanti rg ingat awak ada penyakit.. Ahahaha.. Lagi teruk.. Masa tu aweks2 pun tak nak tengok kat awak. Kalo nak tengok pun takkan nampak muka. ahah.. :P

    ReplyDelete
  7. lepas baca entri ni, baru teringat yang sem ni tak pernah pergi jogging. oh oh foreigner tu memang salah satu punca pencemaran bau di utp. hehe

    ReplyDelete
  8. charl3n3;
    btul jgk tu.tak logik pulak nak joging smbil tutup hidung. lagi lemas adelaa...aweks2 pun lari smbil ckap "ade alien dtg!". hehe. us huld gv me one idea la mcm mane nk joging dgn tenang + wangi =)

    syafiqah;
    jgn x joging, penting ni. tym2 study week ni la kene byk exercise sket. release tensi + nikmati pmandangan + bau.hehe. foreigner tu xpat nk bwat pape la. kne pasrah je bile terkena tempiasnya.wakaka

    ReplyDelete

kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!