Jun 18, 2009

Kejadian Kelmarin Dulu

Seperti biasa, aku cuba menghidupkan enjin kereta Honda Odyssey kepunyaan mak aku di perkarangan rumah. Rutin ke pasar telah dimasukkan ke dalam jadual penanaman anggur aku.

Lantas, aku menerobos masuk ke dalam ruang tempat duduk driver. Memulas kunci. Terasa pelik kerana tiada lampu alarm yang biasanya terpasang bila kunci dipulas sebelum ignition.

Aku cuba untuk ignite enjin. Bunyi keldai kedengaran dan terus senyap.
aku cuba lagi. Bunyi keldai itu lagi. Hampa
Dan terus mencuba. Masih hampa.

Kompem dah rosak ni.

Call workshop. Jemput pomen datang.

'Ini punya keleta maa, dia punya starter kunci maa, sudah rosak la maa... mau kena angkat pegi sana workshop maa...', bebel pomen cina itu.

brape banyak daa kau punya 'maa'... kalau la syarikat insurans MAA tu hire ko, memang kompem la insurans diorang tiap2 hari laku, ye la publisiti percuma.

'Abes, mau panggil toltrak ke?'

'Tak payah la maa...nanti I buat magic, you pejam mata skejap...'

'Lepas tu terus hilang ke?'

'...'

Tiba2 enjin berbunyi, uish betul2 magic ni

'mane ade, ala...macam itu muvie la...hot wire. itu starter suda rosak, mane boleh start enjin'

-aku terlopong kebingungan-

'ape yang magic nye...aku pun tahu hot wire tu. bukannya susah, cume tak tahu je nak gune wire mane satu'

Naib baik pomen tu laki. kalu amoi, memang siap la...

No comments:

Post a Comment

kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!