Jul 21, 2011

Aku, Jersi dan Dia Part 4



Aku mendongak dan bersedia untuk membalas soalan itu. Terpaku. Tepat aku memandang wajahnya. Ayu. Sang Bidadari Liverpool tadi. Dia tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi. Aku tak tahu mengapa, tapi aku sangat suka melihat senyumannya especially bila ternampak giginya. Pelik betul la aku ni.

“Eh, hi. Nak tukar saiz? Nak saiz L yang tadi tu ke?”

“ Ha’ah. Itulah. Tadi saiz L Nampak macam kecik, actually memang saiz saya.”

Aku mencari-cari jersi Liverpool ladies saiz L di rak baju. Tak jumpa. Tadi macam ada kat tempat gantung tu. Pelik. Baru je ada tadi. Takde pulak. Oh ye, baru aku teringat…

“Alamak, tadi tu dah last stock untuk saiz L tu. Emm, baru je tadi ada orang dah beli”

Aku melihat senyumannya semakin hilang dari raut wajahnya. Tapi, tetap cantik beb.

“alaa, esok boleh dapat tak stock baru? Rugi la tak boleh pakai time Liverpool match malam ni. ”

Aku perlu berbuat sesuatu. Esok hari isnin. dah start kerja balik. Biasanya aku ambil stok antara hari selasa, rabu atau khamis semasa lunch. Dekat dengan tempat kerja je pun. Hari isnin time lunch, biasanya pergi tidur sekejap kat surau. Tak tahu kenapa, tapi macam dah jadi habit.

“Hari selasa ni paling awal stock baru sampai.”

“Oyeke, alaaa, tak sempat la nak pakai untuk tengok match malam ni”

“Em, tengok kat kedai mamak ke?” aku sekadar berbasa-basi, mungkin sengaja untuk mendengar suaranya yang merdu tu. Tak salah kan.

“Ha’ah, kat Hakeem. Baru havoc sikit bila sumbat gol. Bosan la tengok kat rumah”

“Habis tu pergi dengan your boyfriend ke? Dia minat Liverpool jugak ke?”

“Haah, kitorang memang fans Liverpool, dari dulu lagi”

Nasib la korang fans same. Bahagia rumah tangga. Kalau aku, memang haram tak minat bola. Tapi lepas aku start menjual jersi ni, memang at least kena update sikit la. Ye la, mana mungkin orang nak beli jersi Liverpool yang ada nama Torres sekarang selepas dia tiba-tiba berpindah ke kelab Chelsea dan mengecewakan jutaan peminatnya.

Cakap pasal Torres, aku tak tau bomoh mane kau pakai, tapi kau berjaya memusnahkan ramai penjual jersi dari segi mental dan fizikal. Ye lah, siapa yang nak beli jersi Liverpool yang tercetak nama hang. Lebih-lebih lagi aku ni yang baru setengah tahun jagung menjual jersi.

Aku berkata dalam hati, ‘masa ni lah nak tau nama si gadis tu. Aku pasti namanya seindah wajahnya. Plus, dapat contact number lagi tu ’

Aku menghulurkan buku jualan aku kepada si gadis itu. untuk meminta dia menulis nama dan contactnya. Aku bukan seorang yang jenis direct untuk meminta nombor phone dari gadis cantik yang baru berapa minit aku kenal. Segan kot. Dalam drama boleh la.

“Awak tulis nama dan contact kat sini. Nanti bila saya dah dapat stok, saya call awak.”

Dia membalas ‘ok’ sambil tersenyum menampakkan susunan gigi yang cantik. Terdetik hati aku, boyfriend nya mesti suka buat lawak. Hanya dengan itu dia boleh membuat gadis itu ketawa dan menampakkan giginya yang cantik. Tapi terfikir jugak yang taste boyfriend dia dan aku sepastinya lain.

“Alamak, pen takde dakwat la. Macam mana nak tulis ni?”

Time-time macam ni la pulak pen nak buat hal. Apa pen ni anggap aku nak nombor gadis ni untuk mengorat ke? Haiyaa… Aku pun mencapai kotak bisnes kad aku yang tak luak-luak walaupun dah hampir setahun aku print. lalu menarik sekeping kad dan menghulurkan kepada gadis itu.

“Kalau macam tu, ini kad saya. Nanti hari selasa call atau sms saya. Komfem stok dah ada masa tu.”

“safwan”

Tersentap aku mendengar apabila suaranya menyebut namaku. Indah sekali. Aku tak tahu di mana datang perasaan sebegini. Aku seolah-olah familiar dengan perasaan itu. Pengalaman 5 tahun lepas terdetik. Adakah ini…

“Awak Liverpool fan jugak ke?”

“Eh, tak-tak, saya sokong Malaysia je. Kelab-kelab barat ni saya kurang follow, kalau tahu pun, macam Torres buat perangai tu adala.”

“haha, Takdela. Saya tengok logo kat bisnes kad awak ni Liverpool, tu saya tanya tu”

“Oooo, sebab time tengah google cari design bisnes kad, nampak design tu paling cantik”

Cantik macam awak. Aku berkata dalam hati. Mana mungkin aku cakap kuat-kuat, mahu lebam kena sebijik dari boyfriend dia kalau dia mengadu.

Bersambung Part 5

2 comments:

  1. mesti ade citer die di sbalik batu... aku xcayer citer yg serius dr ko..

    ReplyDelete
  2. haha, kehidupan ni mane pernah sempurna.

    kisah aku bukan je di sebalik batu, malah di atas,tepi, bawah, kiri dan kanan batu. tak lupa juga di batu pahat =)

    ReplyDelete

kamu nak komen? atau otomen? Bolos saja komen itu!!!